Monday, February 6, 2023

Cencaru Masak Kicap Pedas Bersama Perahan Jus Limau Kasturi


Assalamualaikum...

SA sekarang mencari resepi yang simple-simple untuk SA masak samada untuk menu bawa bekal ke office atau menu masakan harian...yang simple -simple yang SA suka..campak-campak pun sedap kan..selalunya buntu x tau nak masak apa bila nak masak untuk bekal..la ni banyak je orang share resepi simple -simple....

Jom tengok resepi..



Tak sangka ramai peminat masakan simple yang tanya2 pasal resepi  masakan  yang simple-simple..SA sendiri refer kat resepi orang...sendiri punya resepi kadangkala share kadangkala lupa nak share..SA suka resepi simple macam ni...

CENCARU MASAK KICAP PEDAS BERSAMA PERAHAN JUS LIMAU KASTURI 

BY ~ Aleen Aireis


Bahan-bahan :

  1. 2 ekor ikan cencaru
  2. 4-5 tangkai cili kering 
  3. 1 biji bawang besar 
  4. 3 ulas bawang puith 
  5. 2 sudu besar cili sos
  6. 3 sudu besar kicap lemak manis
  7. 1 sudu makan sos tiram
  8. 1 mangkuk kecil air (boleh agak-agak sendiri)
  9. 1 sudu makan tepung jagung bancuh dengan air
  10. 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  11. 10 biji cili api - dipotong
  12. 4 biji limau kasturi - dibelah dua


Caranya :

1) Ikan cencaru dicuci bersih kemudian dicampur dengan serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak, ketepikan.

2) Bahan bertanda (  ) dikisar lumat, panaskan kuali tumis bahan kisar hingg garing.

3) Masukkan air, cili sos, kicap, sos tiram dan bawang besar potong dadu, masak mendidih. Letak garam, gula secukup rasa jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung supaya kuah kicap pedas likat sedikit.

4) Tuang atas ikan cencaru, tabur cili api potong dan letak limau kasturi.

5) Cara makan, semasa menjamu selera nanti, perahkan 2 limau kasturi dalam hidangan itu, tidak perlu perah semua.. nanti rasa nak makan lagi.. perah lagi ..


NOTE : cencaru ini tak mau goreng nak bakar pun boleh


Jom buat ..


11 comments:

  1. Lama x makan ikan caru ni... boleh try masak mcm ni..selalu Kak Ngah bako aje..hihihi

    ReplyDelete
  2. sedap cencaru ni buat masak kicap :)

    ReplyDelete
  3. Dulu-dulu ikan kegemaran saya ialah cencaru masak sambal..

    ReplyDelete
  4. Yang simple dimple itulah yang sedap kan SA.

    ReplyDelete
  5. Menu simple ni lah yg selalu membunuh diet seseorang SA. Hihihihihi! Dap nye!

    ReplyDelete
  6. sedap nampak nya..plus dgn limau2 tu..emmm.. yum yum

    ReplyDelete
  7. wah..sedap ni..nak kna cuba la ni..:)

    ReplyDelete
  8. ammi pun rasa berselera tengok

    ReplyDelete
  9. ni memang sodap! makan dengan nasi putih panas-panas, boleh bertambah nasi!

    ReplyDelete
  10. ini kira simple ke kak? kalau dana istilah simple tu ikan bakar bodo atau ikan goreng je hahahha

    ReplyDelete
  11. Tak boleh tengok.. rasa teringin

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah