Friday, July 7, 2023

Resepi Pajeri Terung

Assalamualaikum....

Tengah duduk- duduk kat office ni tetiba kawan- kawan cerita pasal pajeri terung...pandai buat ke tak apa segala la...SA tak berapa pandai tapi Mak Pah pandai la buat pajeri terung...lagi satu pajeri nenas...teringat SA 2017 dulu ada kenduri arwah sepupu SA..Makcik buat lauk Pajeri terung...memang sedap...terbayang- bayang plak dah ni...

Pajeri terung sering dijadikan lauk sampingan bersama dengan lauk-lauk lain untuk dimakan bersama nasi. Masakan pajeri terung ini berasal dari utara semenanjung. Pajeri terung ini keistimewaannya terletak pada kerisik dan santannya yang menambah keenakkan rasa dan aroma yang wangi. Oleh itu, pastikan kerisik yang digunakan adalah sedap dan lazat. Adalah lebih baik jika kerisik tersebut disediakan sendiri sebelum memasak.

Selalunya kita akan dapat melihat pajeri terung di kenduri kahwin atau pun kedai makan tengah hari. masakan ini menjadi kegemaran orang ramai tidak kira yang tua ataupun muda. Pajeri terung ini menjadi pilihan utama sekiranya terhidang diatas meja. Gabungan pajeri terung dan ikan masin boleh menyebabkan kita menambah nasi! 



Jom, apa kata kali ini, kita buat sendiri resepi yang enak ini. Boleh kita berpeluang memikat selera keluarga kita. Ini resepi complete pajeri terung..macam SA nak masak nanti ni maybe ada bahan x boleh letak macam udang kering...memang faham udang kering adalah bahan utama tapi Mak Pah x boleh makan udang kering mahupun ikan bilis..so kena ubah sikit la. Tak tahu la nanti sedap ke tak sedap jadinya...mungkin nanti SA akan masukkan telur rebus beberapa biji at least Mak Pah boleh makan dengan berselera...

Jom kita tengok resepi...


Resepi Pajeri Terung


Bahan-Bahan :

3 biji terung panjang

5 ulas bawang merah – dikisar

3 ulas bawang putih – dikisar

1/2 inci halia – dikisar

7 cili kering – dikisar

rempah ratus – bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis

3 ulas bawang merah – dihiris

2 ulas bawang putih – dihiris

1 sudu besar udang kering – ditumbuk

2 sudu besar rempah kari daging

2 sudu besar kerisik

Santan secukupnya

Asam jawa

Garam, Gula serta Gula Melaka


Cara Membuat:

1. Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah2nya tapi jangan sampai putus.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.

4. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.

5. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.

6. Masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.

7. Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.

8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.  


Kredit Resepi  to Telegram >ResepiDuniaMasakan


8 comments:

  1. Waa tak pernah lagi makan pajeri terung. Pajeri nenas mmg fav saya!

    ReplyDelete
  2. pajeri ni makan kuah dia dgn nasi panas...sedapp!!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lauk pajeri terung. Suka pajeri terung kalau orang lain masak. Lagi lagi kalau mak masak. Selain pajeri terung, suka pajeri nanas juga. Terima kasih untuk resipinya kak. Nanti boleh cuba cuba kalau teringin. Rasanya belum pernah masak pajeri terung lagi. hihi...

    ReplyDelete
  4. nampak sedap....tp MZ tak mkn terung hahahah rasa mcm nak kena try mkn la lps niiii..MZ tak fussy sgt bab2 vege tp tulah, terung ni lom masuk dlm list vege yg MZ mkn laaa

    ReplyDelete
  5. sedapnya..pernah makan kat perak dulu..:)

    ReplyDelete
  6. Alaaaa.. sedap ni, one day nak try jugalah. thx share resepi.

    ReplyDelete
  7. banyak2 makanan pajeri la saya tak pernah cuba buat kak.. risau tak jadik je

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah