Assalamualaikum...
Hari ni hati SA sedikit sebak, dari pagi airmata ni asyik mengalir...cengeng sikit SA pagi Jumaat ni...
Alhamdulillah, tempahan kepok kubur arwah mak akhirnya siap sepenuhnya. Hati ini sebak bila melihat rumah baru mak yang kekal di sana. Walaupun hanya batu dan simen, tapi inilah tanda kasih dan ingatan kami yang tak pernah padam. Sebenarnya kepok ni dah siap 2 hari yang lepas..sengaja SA pilih hari ni untuk publish di blog sebagai kenangan...
Pagi ni adik SA, Lissa ziarah kubur Mak..Lissa cakap pokok hijau tu dah layu...maybe akarnya cedera semasa kerja- kerja binaan kepok ni dilakukan..takpe la akalu mati pokok ni SA akan beli pokok lain an tanam baru...insyaallah esok SA ziarah kubur mak dan tenok macam mana..
Rupanya pakej RM1500 tu sekali dengan batu- batu kerikil kecik tu dan jugak rumput carpet..alhamdulillah..berbaloi dengan harga..kena siram rumput tu hari- hari kata tukang kubur..ini untuk menggalakkan pertumbuhan rumput...
Tidak lupa, terima kasih yang tidak terhingga buat semua adik-beradik yang turut sama menyumbang dan menjayakan usaha ini. Jasa kalian takkan pernah SA lupakan. Bukan untuk orang lain, ini semua untuk mak kita juga, yang telah banyak berkorban demi kita.
Setiap inci kepok ini menyimpan doa dan rindu yang tak terucap. Moga kepok ini bukan sekadar binaan, tetapi menjadi hadiah dan pahala berpanjangan buat mak di alam sana.
Mak, semoga mak tenang di sisi Allah, dihimpunkan bersama para solihin. Kami di sini akan terus mendoakan, sampai kita bertemu lagi, insyaAllah.
Semoga arwah di tempatkan pada golongan orang yang beriman..
ReplyDeleteAllah hati SS yang membaca turut sayu...cantik rumah baru kak SA. Nampak kemas. Nanti kak SA sharelah contact contractor tu. InsyaAllah mana tahu boleh save siap-siap bila tiba waktunya.
ReplyDeleteSemoga arwah mak kak SA ditempatkan dalam golongan orang beriman dan dinaungi rahmat Ilahi...aminnn
Sedih dan rindu yang takkan pernah hilang. Alhamdulillah selesai satu urusan keluarga akak. Okay tu pakejnya sekali rumput dan batu.
ReplyDeletemoga arwah bahagia di taman2 syurga
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukur, semuanya dah siap...
ReplyDeletesemoga Mak Pah tenang di sana..Al fatihah...
kak SA jgn sedih2 ok,rindu itu pasti takkan hilang sampai kita pejam mata...
Alhamdulillah dah jadi.... Simple tapi kliatan bersih suci sebab putih ❤️. Semoga Mak pah selalu diberi kelapangan kubur dan diterima semua amal kebaikan beliau saat di dunia
ReplyDeleteAlhamdulilah .. mmg sakit kehilangan orang yang kita sayang, sebab tu Sis jarang nak cerita pasal arwah Emak.. takut menaip sedih sampai sakit dada huhuhuhu
ReplyDeleteAlhamdulillah..dah lawa dah tempat bersemadi Arwah MP..
ReplyDeleteKemas orang tu buat Kak SA..
Cantik, orang tu buat. Alfatihah untuk arwah mak SA.
ReplyDeleteAlhamdulillah.... dah siap semuanya
ReplyDeleteKemas buatannya
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeleteSemoga arwah Mak Pah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman 🤲🏻
ReplyDeleteMoga yang indah2 untuk Mak Pah di alam sana...
ReplyDeleteAlhamdulillah, tercapai hajat SA...semoga arwah mak pah ditempatkan di kalangan org2 yang beriman..aamin
ReplyDeletePH pun ziarah kubur mak juga pagi tadi 🥹
ReplyDeleteMudah-mudahan roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT