Salad bajet...guna apa yang ad kat rumah je
Keledek rebus
Caesar Salad Dressing
Keledek kukus
Tak letak garam, tak tambah apa-apa pun. Manis asli keledek tu pun dah cukup sedap.
Kenyang, ada serat & bantu kurangkan craving manis.
Lepas makan, rasa ringan sangat. Tak rasa mengantuk macam lepas makan nasi. Badan pun tak rasa “berat”. Alhamdulillah, ini antara perubahan kecil yang SA cuba konsistenkan.
Malam pula, SA dah tak ambil nasi. Kalau lapar sangat, SA makan buah je biasanya epal, betik atau anggur. Kadang buat infused water bagi ada rasa sikit masa minum.
Azam SA nak turunkan berat badan dengan cara sihat, perlahan-lahan tapi konsisten. Harapnya program ni jadi titik permulaan untuk gaya hidup yang lebih baik.
Kalau korang pun tengah dalam fasa jaga makan, kita geng! Share juga menu ringkas korang, mana tahu boleh saling tukar idea.
Aduh, dengar Pak Zain cakap kita macam nak patah semangat juga. hihi...Okay dah tu kak salad bajet akak. Kenyang dah tu. Yang penting telur tu wajib, Salad dan buah boleh tukar tukar lain kalau tak nak bosan menu sama. Terus konsistent kak. Semoga berjaya.
ReplyDeleteSiyes kenyang giler...kawan- kawan duk perli2 makan makanan...akak x peduli..lantak laaa
DeletePZ, sila hijack, hahahah.
ReplyDeleteOh nooooo.....
Deletebrand sos selain yg kakSA pegang tu ada ke? rasa mcm tak pernah nampak je di pasaraya rmh kita ni.
ReplyDeleteCha bleh guna brand kewpie gak...ada banyak...
Deletecaiyok caiyok sis... you can do it!
ReplyDeleteSedap tu kak, telur memang sesuai kalau untuk diet, ubian macam keledek, kentang ubi memang sesuai untuk jadi karbohidrat
ReplyDeleteSA punya kedek mengoda sungguh.....
ReplyDeletesedap salad SA tu.. sis pun sejenis yang suka mengunyah time kerja.. jadi biasanya akan ada salad, tomato atau capsicum untuk snacking.. dressing sis selalu pakai kewpie roasted sesame..
ReplyDeleteSedap tu saladnya. hahahaha PZ mesti nak hijack sebab dia tak dapat ayam masak cili api yang SA selalu masak. hehehe
ReplyDeleteGood job ni SA!!
ReplyDeleteusaha tangga kejayaan kak...Cayokkkk
ReplyDeleteMoga impian SA tercapai. Go SA.....
ReplyDeleteMenu salad tu memang Kak Amie selalu bawa pergi menoreh cuma sosnya pakai sesame kewpie. Sekarang kawan-kawan pun ikut bawa salad ke ladang. . In syaa Allah SA boleh berjaya turunkan berat badan. Kak Amie dulu cuba DSSS tapi tak seronok sebab tak kenyang. Turun jugalah tapi tak banyak dan kena disiplin terutama kuantiti makanan. Akhirnya Kak Amie amalkan makan sebelum maghrib, dan tidur awal. Alhamdulillah dalam empoh setahun memang turun banyak.
ReplyDeleteTeruskan SA 💪💪
ReplyDeleteAkak kadang buat lepas tu ke laut paling dalam huhu