Friday, July 18, 2025

Menu Lunch SA Hari Ini ~ Caesar Salad Versi Bajet & Keledek Kukus

Assalamualaikum...

Hari ni SA sambung lagi misi untuk jaga makan sempena program "Loose Weight Challenge" yang dianjurkan oleh pihak syarikat atau nama rasminya Malakoff WELL-Lympics Challenge 2025. Harapnya dengan usaha kecil setiap hari ni, turunlah juga beberapa kilo 😅💪

Untuk lunch hari inj, SA pilih menu yang simple, sihat dan cepat disediakan:

Caesar Salad versi bajet

2 biji telur rebus

Daun salad segar

Beberapa keping timun

Dressing Caesar salad yang beli dekat Jaya Grocer (ni memang penyelamat hidup 😆)



Salad bajet...guna apa yang ad kat rumah je

Keledek rebus

Caesar Salad Dressing

 

Keledek kukus

Tak letak garam, tak tambah apa-apa pun. Manis asli keledek tu pun dah cukup sedap.

Kenyang, ada serat & bantu kurangkan craving manis.


Lepas makan, rasa ringan sangat. Tak rasa mengantuk macam lepas makan nasi. Badan pun tak rasa “berat”. Alhamdulillah, ini antara perubahan kecil yang SA cuba konsistenkan.

Malam pula, SA dah tak ambil nasi. Kalau lapar sangat, SA makan buah je biasanya epal, betik atau anggur. Kadang buat infused water bagi ada rasa sikit masa minum.

Azam SA nak turunkan berat badan dengan cara sihat, perlahan-lahan tapi konsisten. Harapnya program ni jadi titik permulaan untuk gaya hidup yang lebih baik.

Kalau korang pun tengah dalam fasa jaga makan, kita geng!  Share juga menu ringkas korang, mana tahu boleh saling tukar idea.

Petang ni SA nak beli wrap, dada ayam dan salad2 skit...esok boleh buat wrap je..harap-harap PZ x hijack usaha SA ni...dia siap cakap suka sangat menyiksa diri nanti x pasal-pasal sakit...alaaaaaaaa....jangan la...SA tengah semangat ni....

16 comments:

  1. Aduh, dengar Pak Zain cakap kita macam nak patah semangat juga. hihi...Okay dah tu kak salad bajet akak. Kenyang dah tu. Yang penting telur tu wajib, Salad dan buah boleh tukar tukar lain kalau tak nak bosan menu sama. Terus konsistent kak. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siyes kenyang giler...kawan- kawan duk perli2 makan makanan...akak x peduli..lantak laaa

      Delete
  2. brand sos selain yg kakSA pegang tu ada ke? rasa mcm tak pernah nampak je di pasaraya rmh kita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cha bleh guna brand kewpie gak...ada banyak...

      Delete
  3. caiyok caiyok sis... you can do it!

    ReplyDelete
  4. Sedap tu kak, telur memang sesuai kalau untuk diet, ubian macam keledek, kentang ubi memang sesuai untuk jadi karbohidrat

    ReplyDelete
  5. SA punya kedek mengoda sungguh.....

    ReplyDelete
  6. sedap salad SA tu.. sis pun sejenis yang suka mengunyah time kerja.. jadi biasanya akan ada salad, tomato atau capsicum untuk snacking.. dressing sis selalu pakai kewpie roasted sesame..

    ReplyDelete
  7. Sedap tu saladnya. hahahaha PZ mesti nak hijack sebab dia tak dapat ayam masak cili api yang SA selalu masak. hehehe

    ReplyDelete
  8. usaha tangga kejayaan kak...Cayokkkk

    ReplyDelete
  9. Moga impian SA tercapai. Go SA.....

    ReplyDelete
  10. Menu salad tu memang Kak Amie selalu bawa pergi menoreh cuma sosnya pakai sesame kewpie. Sekarang kawan-kawan pun ikut bawa salad ke ladang. . In syaa Allah SA boleh berjaya turunkan berat badan. Kak Amie dulu cuba DSSS tapi tak seronok sebab tak kenyang. Turun jugalah tapi tak banyak dan kena disiplin terutama kuantiti makanan. Akhirnya Kak Amie amalkan makan sebelum maghrib, dan tidur awal. Alhamdulillah dalam empoh setahun memang turun banyak.

    ReplyDelete
  11. Teruskan SA 💪💪
    Akak kadang buat lepas tu ke laut paling dalam huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah