Sunday, July 13, 2025

Tempoyak by Pak Zain

Assalamualaikum...

Musim durian ni PZ memang akan buat  tempoyak. Tak banyak pun tapi dia memang akan beli durian tempoyak. Adakala oeang akan jual durian longgok2 mana yang x berapa elok tu semata -mata untuk tempoyak..selonggok dalam RM50. Ada la 15 biji atau lebih..at least something kan..

Pagi semalam sempat la SA tengok PZ buat tempoyak..rupanya semalam dia pi beli durian longgok RM30 ada 8 biji durian...haihhh...dia pegi sorang2 plak tu..dia bukan boleh angkat barang berat2...suka betul dia buat apa2 x bagitau...



Isi durian yang dah dileraikan dari bijinya..memang durian ni jenis warna kuning ye..campur2 tapi kuning terserlah cantik..PZ belajar huat tempoyak dari arwah Mak..no added colouring macam kunyit ke atau pewarna kuning ke..memang real durian isinya kuning


Biji durian kumpul tepi...lepas tu buang .sampai licin isinya PZ kerjakan


Isi tempoyak yang dah siap..real isi durian xde serbuk kunyit ye...


Dapat sebotol botol kuih raya ni...


PZ cakap tahun ni harga durian dah jatuh..x.mahal dah macam tahun-tahun lepas...sebab tu dia berani beli...yang jual longgok area Petronas Ampangan tu pun ada isinya yang boleh dimakan dan masih elok..campur2 kadang tu..mana yang boleh dimakan tu asingkan simpan dalam fridge..boleh makan sejuk-sejuk...sedap..tapi x boleh la makan lebih-lebih sebab durian tinggi gulanya...x bagus untuk kesihatan...

Hari ni SA jenjalan lagi cari durian murah dan durian tempoyak..PZ nak buat stok nanti nak bagi kat adik2 gak..bukan la nak makan sendiri je ..nanti diorang balik nanti boleh bagi sorang sebekas sorang...Sama-sama  merasa kan....

Kalau buat masak tempoyak daun kayu pun sodap kan..guna tempoyak baru...nak cari daun tu yang masalah tu..kalau daun pucuk ubi semata x best...nanti nak ajak adik2 buat la...masak lauk tempoyak daun kayu sedap masak ramai2....


11 comments:

  1. keluarga pokcik pengemar tempoyak... setiap kali dia orang balik kampung .. perkara wajib dimasak oleh isteri .. patin tempoyak

    ReplyDelete
  2. Cantiknya warna tempoyak!

    ReplyDelete
  3. My arwah ayah suka buat dan suka mkn tempoyak..miss him..😔

    ReplyDelete
  4. Linda makan durian je..tempoyak tak makan...hihihi

    ReplyDelete
  5. Taufik memang hantu durian...tapiiiiiii tak makan tempoyak hahahahahaha

    ReplyDelete
  6. Best tu kalau masak guna tempoyak baru. Akak suka makan tumbukkan cili dan bubuh garam+tempoyak. Sedap tempoyak daun kayu, pernah buat 2 kali je.

    ReplyDelete
  7. Rajinnya Pak Zain buat tempoyak. Kalau kat kedai tu bukan setakat campur gula, pewarna, ada juga yang campur pisang ke apa entah nak bagi isi tu banyak. Macam-macam cara orang berniaga ni kan nak untung punya pasal. Baiklah buat sendiri puas hati tanpa campuran apa-apa kecuali garam. Begitulah kan, kalau buat apa-apa buat lebih so yang lain dapat merasa juga. Sedapnya sambal tempoyak daun kayu. Betul tu kak, kalau pucuk ubi semata-mata je tak sedap. kena juga tambah daun-daun lain. Tapi tulah payah nak mencari. Kalau mak mentua saya buat kena mencari kat rumah jiran daun-daun tu. Yang ada kat kampung daun kaduk je. Itupun entah ada ke tidak lagi.

    ReplyDelete
  8. Rajin PZ buat tempoyak. Biasanya durian untuk buat tempoyak murah2 je. Isi tak berapa elok kan.

    ReplyDelete
  9. msk lemak tempoyak laa yg paling best niiiii

    ReplyDelete
  10. Suka makan tempoyak tapi tak reti nak buatnya.

    ReplyDelete
  11. rajin pak zain buat tempoyak, ni mesti hantu doyan tegar ni hehe.
    haritu ada baca kat sosmed, harga durian jatuh sebab terlalu banyak lambakan durian. daripada jual mahal2 pastu takde orang beli, elokla jual murah je

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah