Monday, August 10, 2026

CSR Program Heart To Heart Bersama Anak-Anak Yatim Miskin ( PAYASUM) Sungai Udang Melaka Part 1

Assalamualaikum wrt..

Selamat pagi....SA kerja hari ni...alhamdulillah rasa kebah sikit tapi masih lalok ubat...kuatkan hati jugak pergi kerja sebab SA nak settlekan bab KPI...blom siap-siap lagi...patut last week SA siapkan dan hantar ke boss tapi mood tu x sampai...deadline will be this week 14hb tapi SA percaya akan delay lagi tu...syukur kurang dah batuk tapi masih mengalami sakit kepala waktu awal pagi..2am SA akan sakit kepala...dan selalunya SA akan makan ubat waktu ni la...SA ni makan panadol ke apa ke tetap akan mengantuk..so pagi ni SA menganruk dan akan mengantuk sampai la petang...

Alhamdulillah..semalam berjalan lancar program CSR Heart To Heart anjuran KSRM UCAM dimana SA hadir mewakili sponsor dan menyampaikan goodies bag kepada anak-anak yatim Payasum Melaka. Awal pagi SA dan Suami gerak ke Sungai Udang Melaka...Dania mintak SA sampai dalam pukul 9.00am dan SA manage sampai sana sebelum pukul 9.00am.

Program ini bertujuan memberi kasih sayang, sokongan moral serta menceriakan anak-anak yatim melalui aktiviti yang di jalankan. Semoga  perlaksanaan aktiviti ini turut meningkatkan keyakinan diri anak-anak Payasum. SA nampak matlamat program ni memang mampu melahirkan mahasiswa yang prihatin, berjiwa sukarelawan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat..Syabas KSRM UCAM...

Jom kita tengok gambar





Sampai aje call Dania, mintak dia ambil goodies bag dan makanan yang SA infaq untuk anak-anak yatim tu...besar jugak kawasan ni dan kami sempat berbual dengan Pengetua dan tanya sedikit sebanyak tentang rumah anak yatim serta penghuninya...



Banner di Stage..nampak x ada 3 sponsor tu termasuk SA



Goodies bag dan barangan yg di sponsor oleh Bul Bul Art Studio..Keychain dari Manik Wani ada dalam goodies bag


Comel kan? selain bantal Owl tu yang di sponsor oleh Bul Bul Art Studio, buku nota tu adalah sumbangan adik Bongsu SA...terima kasih Acu...



SA masuk aje dewan, anak-anak tengah buat aktiviti...ada 2 aktiviti kalau tak salah..aktiviti pertama buat gelang hiasan dan aktiviti ke 2 adalah mewarna.


Khusyuk masing-masing





SA dan suami yang sentiasa menemani dan memberi semangat..














Menurut Pengetua atau pengurus PAYASUM , mereka mempunyai 30 orang anak-anak yatim miskin dan kesemuanya adalah perempuan berumur antara  9-17 tahun. Menurut beliau bukan senang nak jaga anak-anak perempuan ni semua...lucky mereka haramkan penggunaan handphone di sini so anak-anak ni semua x terdedah dengan dunia luar..mereka juga x tau apa perkembangan di luar melainkan melalui tv dan bahan bacaan..sedangkan anak-anak kita semua lahir-lahir je dh terdedah dengan teknologi serta media sosial. Kesemuanya merupakan anak yatim dan hanya seorang aje yang Yatim Piatu. Masa mereka dihabiskan di sekolah dan juga di rumah tersebut. Sekiranya cuti sekolah panjang, mereka akan balik bercuti di rumah waris masing-masing. Mereka juga akan di hantar dan dijemput semula oleh pihak pengurusan...Untuk pengetahuan readers dan follower blog ini Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Islam ini merupakan NGO dibawah seliaan JKM.

Syukur alhamdulillah kebajikan mereka terjaga.

Kita sambung kisah anak -anak ini di part 2 ye...

Jumpa lagi next entry...


19 comments:

  1. Alhamdulilah berjaya juga program csr yg SA attend tu ye..

    Kafang seronok buat csr mcm ni kan.. dulu kitrg blogger under msjbox ada buat csr mcm ni tapi kami buat di JB..

    Kalau kat KL oernah juga buat kat rumah anak yatim area ulu klang..

    Semoga semua yg memberi sumbangan dimurahkan rezeki dan dpt.mwnggembirakan anak² yatim tersebut

    ReplyDelete
  2. congrats utk SA, dania dan semua yg terlibat menjayakan program CSR ni. moga jd pahala kebaikan asbab ke syurga insya Allah. barakallah fiikum jami'an

    ReplyDelete
  3. congrats....program yg sgt baik...alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Congratulations. I wish you all the best.

    ReplyDelete
  5. Syukur alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih semua yang terlibat dalam program sebegini, Semoga mendapat ganjaran sewajarnya di sisi Allah SWT.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki sponsor2 event CSR ni termasuk jugak SA dan adik SA 🤲🏻

    ReplyDelete
  7. Murah rezeki SA&suami, kak mieja tgk gambar dah rasa bergenang air mata, apatah lagi kalau kesana, agaknya hujan tgk anak-anak yatim

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah congrats SA! Semoga beroleh berkat dan lancar rezeki utk semua yg terlibat.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah
    Saham akhirat ni
    Seronoknya , join aktiviti begini

    ReplyDelete
  10. Comel cenderamata yang disediakan. Alhamdulillah. Harao-harap anak yatim ini ceria dan bersemangat apabila dewasa.

    ReplyDelete
  11. Seronoknya mereka beraktiviti dan dapat hadiah pula. Menceriakan mereka juga. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Semoga Allah lipatgandakan rezeki SA sekeluarga. Bagus betul didikan di situ, anak-anak perempyan jauh dari pengaruh medsos.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah semoga diberkati mereka yang berkongsi rezeki dengan anak2 yatim. Bagus la mereka tak terdedah dengan gajet. Boleh la fokus untuk belajar.

    ReplyDelete
  14. Syafakallah SA, moga urusan KPI lancar! Bagus sungguh program CSR KSRM UCAM ni, moga anak-anak Payasum terus ceria.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...Dapat juga memberi sumbangan dan menghadirkan diri ke majlis ni. Mesti mereka semua seronok dan menghargainya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat mereka semua yang terlibat dalam program dan majlis ni. Aamiin...

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. Semoga adik2 ni happy dgn program ni...Amin =)

    ReplyDelete
  17. Bab telephone tu betul...letih tau x bagi budak2 tgk phone...tapi itu jugak yang diorg nak..

    ReplyDelete
  18. bestnyaaa.. nak ikut boleh tak SA

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah..
    Seronok anak² tu bila ada aktiviti mcm ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah