Assalamualaikum...
Kalau Mummy Ayu dengan bekal tiffinnya...SA ngan bekal SA la...complete meal dari snacking, breakfast dan lunch...hari ni lunch SA mee goreng udang...bangun 4.00am macam biasa...masak la sebab bahan dah prep masa balik kerja semalam..nanti senang pagi- pagi terus masak aje...untuk suami SA buat bekal yang sama jugak cumanya takde buah...stok buah pun x banyak...
So ramai la tegur bila SA susun bekal SA kat meja macam ni...hahahaha....kena rajin wak..kalau x rajin macam mana plak kan...SA dalam misi berjimat cermat dan dalam misi turunkan berat badan anjuran company...so kena rajin dan disiplin capai matlamat...
Jom tengok bekal SA
3 bekas sekali ha..
Mee goreng udang...cili tu is a must sebab mee goreng SA x pedas
Sandwich sardin 2 set
Apple hijau dan jambu seedless
begitu la kisahnya bekal SA hari ini...
Food Court kat bawah dah officially buka semalam..SA x pergi tour lagi...x rasa nak berjalan la...lagipun SA kan bawak bekal so macam xde keperluan nak ke sana...kata diorang- diorang ni...food court dah diuruskan oleh operator yang baru...ada 4 kedai je buka..lain- lain masih kosong...suasana dah cantik dan tak mustahil makanan akan jadi mahal la lepas ni...nanti la SA buat lawatan tapak...hahahaha...Jumaat ke kan...biasa Jumaat SA x bawak bekal...
Korang makan apa lunch hari ni?
sedapnya sandwich sardin!
ReplyDeleteSedapnya bekalan kak SA...
ReplyDeleteSandwich dan jambu batu....nyumsss....
ReplyDeleteLama dah tak membawak bekal ke office sejak duduk dekat dah. Balik selalunya lunch time.
ReplyDeleteMi goreng akak tu menggoda sungguhlah. Banyak letak udang saya suka. Lengkap sampai petang bekalnya tu. Dapat jimat banyak. Jumaat nanti bolehlah buat tour. Kalau mahal sesekali je lah boleh beli kan.
ReplyDeleteWah...menarik. Akak setakat ni bawa bekal juga tp takat 2 bekas aje untuk pagi dan tengahari. Snacking tu je kadang-kadang ada kadang-kadang tak.
ReplyDeleteanak kak ana pun laa nih bawa bekal ke ofisnya SA, malas nak turun food court jemu pun ye katanya ;)
ReplyDeleteBawa sendiri bekal dah paling bagus lah. Sehat dan lebih hemat. Saya terliur sangat lihat mi goreng kak SA 😍😍😍😍. Kalau sedang buat masakan, saya pun begini kak, Cili potong dipisah sebab anak sulung tak suka pedas. Malas masak 2x dah laah, yg suka pedas mengalah. 😄
ReplyDeleteMakan mi segera Numee je tadi sebab teringin nak rasa cemana.
ReplyDeletehari nie masak sardin dengan telur dadar...malas nak masak lauk ayam.. hahha
ReplyDeleteammi harini lunch makan roti dan tuna je. kita tukar cara diet, pagi minum shake, lunch makan sikit pastu dinner.
ReplyDeleteNak jimat dan nak sihat, memang kena rajin.
ReplyDeleteCukup lengkap bekalannya.
ReplyDelete