Pameran yang paling buat Dania teruja ialah “The Historical Maritime Exhibition of a World Naval Hero: Enrique de Malacca”. Baru Dania tahu, Enrique orang Melaka mungkin individu pertama mengelilingi dunia bersama Magellan. Cerita ni memang patut diangkat, dan SA suka cara pameran ni gabungkan fakta sejarah dengan teknologi interaktif.
Menuju Visit Malaysia 2026
Yang lagi menarik, Perdana Menteri turut melancarkan kempen Visit Malaysia 2026 semalam. Jadi, World Tourism Day 2025 ni bukan sekadar festival ia pembuka tirai untuk Malaysia tarik 16.5 juta pengunjung tahun depan dengan sasaran pendapatan RM23.48 bilion. Besar, kan?
“Sustainable Transformation” – Melaka Versi Hijau
Walaupun festival ni besar, kerajaan negeri nampak serius bab kelestarian.
Laluan bas ulang-alik percuma untuk kurangkan kenderaan.
Banyak tong kitar semula ditempatkan di setiap sudut.
Pameran teknologi hijau pun ada, tunjuk macam mana pelancongan boleh kekal mesra alam.
Bagi SA, ini menarik, Melaka nak buktikan yang bandar bersejarah bukan sekadar nostalgia, tapi juga contoh pelancongan masa depan.
Kalau korang plan ke Melaka minggu ni, datang awal sebab parkir memang penuh. Naik bas percuma lagi senang. Pakai kasut selesa banyak tempat menarik nak diterokai.
Melaka malam semalam rasa hidup dengan muzik jalanan, aroma kopi baba nyonya, lampu neon di Sungai Melaka. Dalam hati, SA bangga tengok warisan kita jadi perhatian dunia, sambil tetap jaga alam dan budaya.
Jadi, kalau korang cari destinasi hujung minggu yang sarat budaya tapi bernafas global, Melaka semasa World Tourism Day 2025 memang tak mengecewakan..
Cepat...masih ada banyak masa lagi ni..boleh bergambar di kapal besar tu....
Rasa macam nak ke Melaka la malam kang ...
Seronok juga karnival macam ni. Macam2 ada, jualan produk, pameran. Boleh la cuci mata & poket sekali.
ReplyDeletebagusnya dania rajin snap2 pic bila attend event! my ariff..tgh attend program kat penang (sek punya program). tak de satu pun gmbr yg dihantar haishhhh
ReplyDeletemelaka ni selalu padat tiap kali cuti sekolah. kalau tourists luar negara nk pergi negeri luar dari KL pun, biasanya akan ke melaka je sebab tak jauh sangat.
ReplyDeletemelaka sepatutnya kena jadi walkable city. banyak kereta sangat jadi serabut kann
Terbaik Negeri Melaka...SA da pesan kat Dania ke minta snap gbr banyak² haha...rajin keduanya
ReplyDeleteRinduuuuu saya dengan Melaka. 😍😍😍. Sukaaaa kota ini. Waktu itu kesana dengan 2 teman saya, menginap 3 malam. Memang best... Nak healing saja kami bertiga , ladies trip 😄. Memang teringin ke Melaka lagi ajak suami
ReplyDeleteIsteri kepada owner Cendol Kampung Hulu tu memang suka masuk contest. Selalu juga menang. Diantaranya contest photo dia menang RM100,000. Rezeki. Banyak betul ya photo dari phone Dania.
ReplyDeletewah meriah melaka. Mesti jem hujung minggu orang ramai masuk melaka.Macam pernah baca buku panglima awang tu. Best tapi tak ingat sapa penulisnya
ReplyDeleteseronoknya...zaman belajar la zaman yg paling seronok, kena explore & enjoy the moment..kannn
ReplyDeletekawan-kawan Khilfi ada buat persembahan Choral Speaking kat sini. Best juga CS dorang...pastu cikgu share budak-budak ni siap berjoget lambak lagi lepas habis event. Bukan main ekkkk korang.
ReplyDelete