Tuesday, September 9, 2025

Fenomena Gerhana Bulan Penuh

Assalamualaikum..

Selamat pagi...

Pagi ni hujan lebat dari 2am...SA sampai Kajang pun masih hujan lebat...kalau cuti kan sedap tido...time cuti takde plak hujan lebat-lebat...kalau x boleh tarik toto

Semalam nak cerita tentang gambar bulan yang SA snap kat Stesen Kajang  ni...rupanya Fenomena Gerhana Bulan Penuh atau dikenali sebagai 'Blood Moon' menghiasi langit Malaysia malam  7 September apabila bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi, iaitu kira-kira 364,773 kilometer (km). Patut la subuh semalam bulan cantik sangat..cuma SA x dapat la capture yang sedang gerhana...yang ada blood moon tu..memang x nampak la...tp kalau tengok betul-betul lingkaran tu ada warna merah kan..


Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena itu berlaku apabila bumi berada antara matahari dan bulan, menyebabkan bayang-bayang bumi menutupi bulan sepenuhnya.




Hp SA x canggih..tp ni la capture terbaik SA pagi semalam..

Cantik kan?

Pagi ni hujan lebat memang xde la bulan..x nampak pun..sana sini air naik..risau banjir je tadi..nasib baik allah permudahkan...lambat sikit naik MRT...kul 6.30am td...masa entry ni SA publish, SA dah kat Stesen Sri Raya...hari ni x tido macam semalam... risau terlepas lagi...hahaha...

Korang dah bangun buat sarapan ke belum tu?

Bangunnnn....


10 comments:

  1. Skrg 7.27am. Masih dlm bus lg ha baru lepas tol sg besi

    ReplyDelete
  2. subhanallah..cantik nya bulan...
    sama la ngan Ayu, tersedar masa hujan pagi tadi....kalaula cuti ..best nya la.
    he he he..

    ReplyDelete
  3. nasib baik pukul7 cmtu dah berhenti...
    itupun on the way g kerja, bas kilang terbabas..jem..

    ReplyDelete
  4. Subhanallah cantik sungguh!
    Pandai SA capture gambar tu 👍🏻
    Sini pun hujan. Tengok dlm group sekolah anak² ramai update sampai lambat sbb heavy traffic this morning

    ReplyDelete
  5. morning SA! pg td memang renyai2 jugak kat gombak tp now matahari dh bersinar terang

    ReplyDelete
  6. Sini pun hujan...nak sidai baju pagi ni pun x jadi tgk mendung jer...

    ReplyDelete
  7. Hari ni gi keje dgn Hata...Plus hujan lagi masa kami keluar dr rumah htr baju taska che mek, htr kids ke sekolah, htr baju SRA Ammar then baru grk ke LRT KL Sentral..

    ReplyDelete
  8. Tak sedar hujan lebat malam tadi. Bangun jam 5 lebih dah hujan lebat macam dah lama hujan. Syukur tak terlajak. Hujan-hujan ni sedap tidur. Tak sempat nak tengok fenomena blood moon semalam. Dah balik rumah, malas pulak nak keluar semula. Aduh, naya kalau terlelap terlepas stesen tu.

    ReplyDelete
  9. Isssh saya ketinggalan laaah. Paling sukaaa memang memotret bulan purnama, apalagi gerhana beginiii ❤️❤️❤️. Malah tak keluar. Teman saya yg sempat memotret, dan baguuus hasilnya.

    Di sinipun hujan pagi jelang siang kak. Paling tak suka kalo hujan turun pas pergi kerja. Macet sangat jadinya

    ReplyDelete
  10. Tak buat sarapan alasan takde sapa nak makan pagi 😎

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah