Assalamualaikum...
Minggu lepas beberapa hari berturut2 SA minum air kelapa muda....kenapa?SA ada masalah hormon...biasalah dah umur- umur macam ni..dah nak masuk 48 tahun next year..pasti akan mengalami hormon bercelaru, dan SA dah start hadapi di umur 47 tahun ni...orang perempuan faham la apa permasalahan wanita tu, maybe ada antara korang dah pun mengalami...Badan SA sentiasa panas, tak selesa, susah tidur malam dan untuk sejukkan badan SA,SA minum air kelapa..
Sehari sebiji..
Membantu ke? tak langsung sebenarnya..tapi dah set dalam minda..air kelapa sejukkan badan...sebenarnya Air kelapa muda mempunyai pelbagai khasiat untuk wanita, seperti membantu penghidratan dan menggantikan elektrolit, meredakan kram haid, serta meningkatkan kesihatan kulit dengan sifat antioksidan dan anti-radangnya. Ia juga dapat membantu mengawal berat badan, melancarkan sistem pencernaan, dan mencegah masalah seperti jangkitan saluran kencing dan osteoporosis
Harga sebiji kelapa muda sekarang mahal ye..antara RM5 ke RM6 kat tempat SA..
Bolehkah minum air kelapa setiap hari?
Minuman tinggi khasiat ini boleh diminum pada bila-bila masa yang sesuai dengan diri. Tetapi ia disyorkan untuk diambil pada separuh hari pertama, sebelum waktu petang.
Bolehkah minum air kelapa waktu malam?
Air kelapa juga boleh mengambilnya pada waktu petang dan malam. Namun bagi sesetengah individu ia boleh mengakibatkan kembung perut. Sekiranya korang turut mengalami keadaan yang sama, elakkan.
Berkaitan dengan jumlah pula, tiada sukatan yang dihadkan. Ia lebih bergantung kepada keadaan keperluan dan kesihatan diri serta usia kita.
Seeloknya dapatkan nasihat doktor la..macam SA dah dapatkan nasihat doktor...air kelapa bukanlah jawapan kepada permasalahan SA..tapi boleh je minum sekiranya ianya membantu...Doktor sarankan SA ambil Evening Pimprose Oil dan makan supplement...
Korang ada mengalami masalah macam SA? boleh share cara korang atasi masalah tersebut?
Aah memang gitu harga kat tempat Cie ni pun sama jugak.
ReplyDeleteRasa macam hot flashes kan? Panas je. Saya pun ada rasa. Simpton pra-menopause rasanya. Saya takde ambil apa-apa. Sebab ia datang dan pergi dan tidak berterusan. Elok juga ambil evening primrose oil tu.
ReplyDeleteMungkin boleh amalkan air minuman buang panas.
ReplyDeleteSama je harga nya tu..dulu masa mengandung anak sulung, dah hujung² trimester tu, hari² minum air kelapa..nasib baik ada pokok kelapa dekat rumah mak, adik la yang kait hari²..kikiki
ReplyDeleteWah ternyata kita masih seusia
ReplyDeleteSaya jualan kelapa
ternyata air kelapa manfaatnya sungguh luar biasa
mahalnya kelapa muda sekarang.
ReplyDeleteNasib baik wak ada banyak pokok kelapa, dapat free aje