Wednesday, October 22, 2025

Badan Sentiasa Panas, Minum Air Kelapa Sehari Sebiji...Membantu Ke?

Assalamualaikum...

Minggu lepas beberapa hari berturut2 SA minum air kelapa muda....kenapa?SA ada masalah hormon...biasalah dah umur- umur macam ni..dah nak masuk 48 tahun next year..pasti akan mengalami hormon bercelaru, dan SA dah start hadapi di umur 47 tahun ni...orang perempuan faham la apa permasalahan wanita tu, maybe ada antara korang dah pun mengalami...Badan SA sentiasa panas, tak selesa, susah tidur malam dan untuk sejukkan badan SA,SA minum air kelapa..

Sehari sebiji..

Membantu ke? tak langsung sebenarnya..tapi dah set dalam minda..air kelapa sejukkan badan...sebenarnya Air kelapa muda mempunyai pelbagai khasiat untuk wanita, seperti membantu penghidratan dan menggantikan elektrolit, meredakan kram haid, serta meningkatkan kesihatan kulit dengan sifat antioksidan dan anti-radangnya. Ia juga dapat membantu mengawal berat badan, melancarkan sistem pencernaan, dan mencegah masalah seperti jangkitan saluran kencing dan osteoporosis



 
Harga sebiji kelapa muda sekarang mahal ye..antara RM5 ke RM6 kat tempat SA..


Minuman tinggi khasiat ini boleh diminum pada bila-bila masa yang sesuai dengan diri. Tetapi ia disyorkan untuk diambil pada separuh hari pertama, sebelum waktu petang.

Bolehkah minum air kelapa waktu malam? 
Air kelapa juga boleh mengambilnya pada waktu petang dan malam. Namun bagi sesetengah individu ia boleh mengakibatkan kembung perut. Sekiranya korang turut mengalami keadaan yang sama, elakkan.

Berkaitan dengan jumlah pula, tiada sukatan yang dihadkan. Ia lebih bergantung kepada keadaan keperluan dan kesihatan diri serta usia kita. 

Seeloknya dapatkan nasihat doktor la..macam SA dah dapatkan nasihat doktor...air kelapa bukanlah jawapan kepada permasalahan SA..tapi boleh je minum sekiranya ianya membantu...Doktor sarankan SA ambil Evening Pimprose Oil dan makan supplement...

Korang ada mengalami masalah macam SA? boleh share cara korang atasi masalah tersebut?

6 comments:

  1. Aah memang gitu harga kat tempat Cie ni pun sama jugak.

    ReplyDelete
  2. Rasa macam hot flashes kan? Panas je. Saya pun ada rasa. Simpton pra-menopause rasanya. Saya takde ambil apa-apa. Sebab ia datang dan pergi dan tidak berterusan. Elok juga ambil evening primrose oil tu.

    ReplyDelete
  3. Mungkin boleh amalkan air minuman buang panas.

    ReplyDelete
  4. Sama je harga nya tu..dulu masa mengandung anak sulung, dah hujung² trimester tu, hari² minum air kelapa..nasib baik ada pokok kelapa dekat rumah mak, adik la yang kait hari²..kikiki

    ReplyDelete
  5. Wah ternyata kita masih seusia
    Saya jualan kelapa
    ternyata air kelapa manfaatnya sungguh luar biasa

    ReplyDelete
  6. mahalnya kelapa muda sekarang.
    Nasib baik wak ada banyak pokok kelapa, dapat free aje

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah