Assalamualaikum wrt..
Semalam SA bawa Pak Zain, ke Affin Bank di Bandar Seremban. Tujuan asalnya Pak Zain nak check baki pinjaman kereta dia. Tapi perjalanan kecil yang tak sampai satu jam tu rupa-rupanya jadi momen yang buat SA rasa hangat sepanjang hari. Terbayang senyuman arwah Mak, kalau Mak masih ada Mak pun akan senyum sampai ke telinga..Masuk je ke bank, Pak Zain terus “mode serius”. Walhal SA tahu dalam hati dia, dia memang teruja.
Bila petugas bank semak akaun dan beritahu yang baki pinjaman kereta Pak Zain tinggal 3 bulan je lagi, SA dapat tengok sendiri senyuman lebar yang SA dah lama tak nampak. Serius, senyuman dia waktu tu macam senyuman masa mula-mula ambil kereta dengan Arwah Mak.
Lebih manis lagi, geran kereta pun dah dapat. Dalam kereta masa nak balik, Pak Zain genggam geran tu macam dia genggam hadiah paling bermakna dalam hidupnya. 7 tahun tunggu kan...eh lebih sikit sebab pandemik kan..hampir 8 tahun jugak la...
Katanya sambil ketawa kecil,
“Lama Abah tunggu ni… akhirnya nak habis juga bayar, 3 bulan je lagi”
SA pun ikut tersenyum. Kadang-kadang kita lupa… kebahagiaan orang tua tak semestinya datang dari benda besar. Kadang cuma perlukan seseorang untuk temankan mereka uruskan hal kecil, tapi hati mereka penuh rasa lega dan bangga.
Dup dap menanti
Keluar je dari bank, terus Pak Zain tanya...
“Nak beli apa-apa tak kat Pasar Seremban?”
Saya dan Dania jawab laju,
“Tak nak…”
Tapi bila kita tengah happy, kadang-kadang kita sendiri pun terpancing dengan mood tu. Masa lalu gerai buah, SA terasa nak beli sesuatu.
SA pun cakap:
“Beli buah aje la…”
Dania pula tak tunggu masa.
“Nanas! Nanas!”
Anak SA yang seorang ni memang peminat tegar buah nanas. Kalau jumpa nanas, memang dia tak boleh kompromi. Nanas kuning, manis, berjus itu dia punya heaven.
Kami pun berhenti di gerai. Pak Zain pilih-pilih nanas dengan penuh teliti, macam tengah pilih hadiah perpisahan untuk pinjaman kereta yang hampir habis tu. Dania pula berdiri di sebelah, ikut tengok macam tengah jadi ‘panel penilai nanas terbaik Malaysia’.
Momen simple, tapi manis.
Kadang-kadang itu lah yang kita perlukan masa kecil bersama orang yang kita sayang.
Akhirnya, perjalanan kecil semalam jadi satu memori yang manis untuk SA, Pak Zain dan Dania. Kadang-kadang kita fikir kebahagiaan datang dari perkara besar, tapi hakikatnya ia sering tersembunyi dalam momen-momen kecil bersama orang yang kita sayang. Senyuman Pak Zain, kegembiraan Dania dengan nanasnya, dan detik santai bersama mereka, itu semua adalah harta paling berharga yang tidak ternilai dengan wang ringgit.
Dalam kesibukan hidup, jangan lupa hargai detik kecil. Kerana suatu hari nanti, detik kecil inilah yang kita ingat dan senyum sendiri bila terkenang..
“Bahagia itu kadang-kadang hadir dalam momen kecil yang kita luangkan bersama orang yang kita sayang.”








Dapat melihat kegembiraan orang tua adalah momen yang terindah apa lagi bersama-sama meluangkan masa bersama-sama.
ReplyDeletesetuju kak...simpan semua memori dengan abah kan...saat2 mcm ni memang SA rakam dan simpan
DeleteTouching pulak post kak SA ptg ni
ReplyDeleteSemalam pun dah touching dah..nasib dia x nampak..tp rasanya dia perasan..anak sulung dia ni memang neng yatimah...cepat menangis
DeleteAlhamdulillah, moga setiap ruang kehidupan yang dialui sentiasa terpenuh dengan momen-momen indah..
ReplyDeleteAminnn....
Delete