Saturday, May 16, 2026

Kari Telur, IKan Keli Berlada & Bok Choy Goreng Menu Lunch Hari Ini...

Assalamualaikum wrt...

Balik dari KPJ tadi tengok PZ kat dapur tengah masak...tinjau- tinjau kari telur rebus....ok la tu...SA ingat nak goreng sayur je..sekali tengok ada ikan keli 2 ekor PZ dah potong 2...SA goreng je berlada...mula nak buat bakar macam yang Carneyz mintak ajarkan dan boleh la SA amik gambar step by step...tapi PZ cakap bukan susah pun..cakap kat kawan ko tu....

1. Ikan keli tu basuh bersih2 dan gosok dengan limau kasturi...maksudnya...belah 2 dan perah limau kasturi 5-6 biji, gosokkan dengan ikan...sental macam sental baju tepi sungai...hahahaha...lepas tu bilas...

2. Dah bersih ikan tu lumurkan dengan garam dan kunyit serbuk..perap kejap dalam 15 minit

3. PZ bakar guna kuali ajaib je...dalam kuali ajaib tu sapukan sedikit minyak masak, pasang api

4. masukkan ikan dan tutup kuali ajaib...api jangan besar sangat....biarkan 10 minit, lepas tu buka..tengok satu bahagian dah masak ke? kalau belum tutup lagi...lepas 5 minit check balik...

5. lepas tu balik kan ikan...sama jugak macam cara tadi..

6. Dah masak dua -dua belah dan dah capai warna ikan keli bakar macam PZ punya hari tu...then tutup api...
then angkat dan hidangkan...hidang panas- panas baru sedap.

7. Make sure buat kicap cili guna kicap kipas udang..potong cili, bawang, tomato dan perah limau..kena perah limau, xde limau memang x jadi..



Ni SA buat keli goreng berlada


Kari Telur rebus


Bok Choy Goreng


itu je la menu kami tengahari tadi...

Esok SA nak ke Melaka hantar Dania...maybe nak bawak dia makan kat mana- mana dulu la esok sebelum dia balik Kolej...ajak PZ dia x nak...malas katanya...asyik la nak duduk rumah aje...x faham la SA...kang paksa- paksa marah plak...baik diam aje..x yah paksa...

 Minggu depan nak pi Mersing pun maybe dia x nak ikut...dia risau dia buat perangai plak nanti...haih...kita nak bawak dia jenjalan dia x nak ikut plak...sabar je la....


15 comments:

  1. Sedapnya, ada lauk keli goreng berlada. PZ nak 'me' time kot. Itu yang tak mahu ikut jalan. Kadang-kadang bagi saya, duduk rumah sorang-sorang, heaven juga. Nak tenang-tenang je. 😊

    ReplyDelete
  2. PZ mesti ada agenda di sebalik ketiadaan kakSA. ihiii~

    ReplyDelete
  3. Baru nak komen agaknya Melaka dekat sangat tu yang PZ taknak ikut. Sekali Mersing yang jauh pun taknak pi. Agaknya nak jln Kuantan @ Ganu. Sana kan PZ suka.

    ReplyDelete
  4. Lamanya tak makan keli berlada 😋

    ReplyDelete
  5. Aiiih mudah bagi PZ. Saya nih yg skill masak memang mendekati basic, kdg hrs lihat foto klau baca resep 🤣🤣🤣. Kari telur tuh menggoda sangaaaaaat kak SA 😍😍😍.

    ReplyDelete
  6. Saya kira ini sajian yang sempurna..makanan seimbang..ada telur..

    ReplyDelete
  7. Hahaha 🤣🤣 marah PZ bila resepi mudah pon nak kena ajar ye? Kita bukan apa SA, suka je orang share resepi, kadang ada tambah tolak mana bahan yg takde.. tu yg jadik air tangan masing² lain rasanya.

    ReplyDelete
  8. I have never tried catfish. The bok choy looks colourful and tasty 😋

    ReplyDelete
  9. Adoi ayat PZ tu, bukan susah pon ahaha... Otai la katakan hihi

    ReplyDelete
  10. sedap kari telur tuuu

    mungkin PZ malas nk dok lelama.dlm kereta... org tua kan... rumah jg tmpt dia rs relaks

    ReplyDelete
  11. PZ is in slow living era 😆

    ReplyDelete
  12. Sedapnya nampak kari telur PZ tu. Usia2 macam PZ tu dia rasa lagi seronok duduk rumah je berehat.

    ReplyDelete
  13. Rugilah PZ tak mau ikut jalan. Mungkin PZ lebih selesa duduk di rumah saja.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah