Thursday, May 14, 2026

Trip Ke Sekinchan February Lepas - Muzium Padi

Assalamualaikum wrt...

SA tertinggal entry Trip ke Sekinchan February lepas, kami ke Tanjung Karang menyantuni jemputan kenduri kahwin kawan Kolej Dania di ENTRY INI..belum habis buat lagi entry trip ni dan tersadai dalam draft rupanya...lambat hari tu sebab gambar jadi kucar kacir masa masukkan dalam draft..terus stop malas nak buat..entah kenapa susunan jadi haywire...jom la kita sambung...asyik citer makanan dan masakan aje kan...risau kalau korang boring...

Lain yang dibayangkan, lain pula yang jadi..Trip ke Sekinchan bulan Februari lepas sebenarnya misi nak tunjuk Abah, Dania dan kawan dia hamparan sawah menghijau. Tapi itulah, bukan rezeki kami kali ni. Masa sampai rupanya tengah musim membajak. Jadi, pemandangan 'carpet' hijau tu bertukar jadi warna tanah dan air sikit-sikit. Jujurnya, rasa kurang 'kick' sikit berbanding biasa, tapi bila fikir balik, seronok juga dapat tengok proses fasa awal penanaman padi depan mata.

Walaupun tak dapat bergambar ala-ala dalam drama, tapi momen kumpul satu keluarga dengan Abah tu yang paling mahal. Sekurang-kurangnya ada alasan untuk repeat lagi nanti, kan?

Keputusan melawat Muzium Padi Sekinchan adalah tepat dimana kami dapat pengalaman dan ilmu tentntang proses awal penanaman padi di Sekinchan.



Luas kawasan sawah padi ni..langit pun cantik je kan dengan awan tu..


nampak tak banyak burung bangau


Seronok plak tengok walau dari dalam kereta


Ramai jugak pengunjung masa ni



SA beli tiket dapat 4 pack mini beras yang dalam vacuum


eh..eh...posing nampak



naik atas nak tnegok video penerangan dan apa yang menarik


Gambarajah di dinding


Vacuum pack beras


Beras wangi basmathi, Beras Perang..dua lagi tu x nampak


Beras perang, beras mutiara, dua lagi tu x nampak plak tulisan


Video penerangan proses awal penanaman padi sampai lah jadi beras


kepuk untuk banting padi cara traditional dulu


Orang- orang diletakkan di bendang..zaman sekarang x sure ada lagi ke tak..area Utara maybe ada kot..


pose aje kerja dia


Masa ni nampak je kurus skit...


ouch...hehehe..bagi chance erk


Pameran barangan traditional yang digunakan oelh pesawah dulu- dulu










Ni tempat pekerja buat snack berasaskan beras ye...dan snack tu sedap sangat..kalau x salah nama dia Mi Xiang Tang 


Snack Mi Xiang Tang dah siap di potong bentuk cube dan dijual


Mi Xiang Tang di buat menggunakan beras Pearl Rice 


Tengok beras yang di jual..


Antara beras yang ada


Nak beli beras ke tu?


PZ belek je...x nak beli..sebab stock beras banyak lagi



Suami tengok2 product lain


SA beli keropok Udang dan keropok ikan parang


Ramai kan


Pose kat sini


PZ pun nak bergambar kat sini..




Mula-mula sampai Muzium padi tu rasa macam tak seronok, tapi bila tengok Abah, Suami dan Dania  tetap ceria, SA sedar bukan pemandangan tu yang utama, tapi siapa yang ada di sebelah kita sepanjang perjalanan tu. 

Rezeki kami kali ni bukan pada mata, tapi pada masa kualiti bersama suami dan keluarga.

Sekinchan, we will come back stronger (dan lebih hijau)!

2 comments:

  1. Tak pernah pergi lagi muzium padi ni. Tapi selalu lalu Sekinchan bila pergi KL. Menarik juga tempatnya.

    ReplyDelete
  2. Hari tu pegi x melawat mazium ni
    Baguss kan dpt tgk
    Semua
    Kalu kat kg ciknur ada sikit je kawasan org tanam
    Pdi walau sepatutnya kwsn luas
    Yg lain byk kwsn terbiar camtu je
    Byk Kenangan kecik2 bermain kat tgh sawah berjemur tgk arwah tok menanam

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah