Wednesday, June 3, 2026

Soalan Pelik Seseorang Tentang Sarapan SA

Assalamualaikum wrt....

Selamat tengahari semua. Hari ni SA nak borak santai-santai je lah kat blog ni. Pagi tadi, tekak ni rasa bosan betul sebab rasa macam tak tahu nak makan apa, lagipun pilihan sarapan pagi ni agak terhad. Akhirnya, SA buat keputusan untuk singgah beli makanan dekat food court je. Janji perut terisi sebelum mula kerja, kan?


sedap...habis licin...mee ni cost me RM6...esok mesti harga lain...hahaha...


Nescafe O less sugar bancuh sendiri as usual


keropok pemberian kawan office Legal Dept...baru balik bercuti di Terengganu


SA dan muka breakoutnya...

 

Tapi, ada satu cerita pendek yang buat SA terfikir sampai sekarang.

Masa dalam lift nak naik ke pejabat tadi, SA terserempak dengan seorang rakan sepejabat tapi dari level lain. Dia nampak SA bawa plastik makanan, terus dia tanya, "Eh, awak beli sarapan kat food court ke?"
SA jawab...ye..xde pilihan...malas nak pi keluar tempat lain...

Bukan setakat soalan tu yang buat SA rasa pelik, tapi mimik muka dia tu... aduhai, agak annoying ya! Macam pelik sangat bunyi dia. SA tertanya-tanya juga dalam hati... salah ke beli sarapan dekat food court? Ke ada standard lain yang SA tak tahu pagi-pagi ni? Haha!

Korang pernah tak kena situasi macam ni? Cerita la sikit, mana tahu ada pandangan kenapa dia tanya macam tu.

11 comments:

  1. Aneh2 je tanya soalan pun. Beli jela kat mana2 pun asalkan harga berpatutan, boleh dimakan, halal, sedap.

    ReplyDelete
  2. pagi2 dah ada yg calarkan mood...haisshh...mesti gen z...hehe..kat food court byk pilihan..oo..dah buka ya foodcourt plaza sentral..bestt..

    ReplyDelete
  3. mimik muka yg annoying memang akan buat kita rasa annoyed laaa..cian SA...dun bother la SA...lupakan jer

    ReplyDelete
  4. Agaknya jatuh level diri ke bila beli makanan kat food court. Tahu lah area situ orang have- have. Asalkan murah dan halalkan tak salah di sisi undang-undang beli kat food court. Kadang yang buat kita bengang pertanyaan dengan memek muka yang macam kita beli benda haram je. Aduhaiiiiii. Rasa nak bagi pelempang satu dus dus dus. hehehehe opsss dalam hati je. Kang tak pasal viral plak. Apa pun abaikan lah. Kadang benda macam ni buat mood jadi swing. Buat derk je SA. Bukan kita minta makan kat dia. Suka hati aku lah apa aku nak makan.

    ReplyDelete
  5. Abaikan je org yg annoying tu SA. Kdg² pepagi memang ada org yg suka jatuhkan mood orang, mungkin dia ada emotional disorder 😅😅

    ReplyDelete
  6. Janji sedap makanan di food court.

    ReplyDelete
  7. Aduhai...Ape beza beli mknn dkt food court & cafe? Makanan jgk.Rege je mgkn lain sikit =D

    ReplyDelete
  8. Betul kan abaikan sahaja.Kita beli pakai duit kita bukan duit dia. Ikut sukalah nak beli kat mana pun.

    ReplyDelete
  9. Eh pelik pelik pulak dia siap nak buat muka kann....

    ReplyDelete
  10. People can be judgemental sometimes. I would just ignore it.

    ReplyDelete
  11. dh tu die tk pernh bli sarapan kt food court ke..bole plak tnya soklan gitu ye

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah