Sunday, June 7, 2026

Jual Minyak Terpakai Dapat Wang Tunai.

Assalamualaikum wrt...

Minyak terpakai jangan dibuang...sebab ianya boleh buat duit...hari ni Dania hantar 3 botol besar minyak masak terpakai untuk di jual dan dikitar semula..Mengitar semula sisa minyak masak bukan sahaja memberikan pulangan wang, tetapi membantu ekosistem..

Minyak masak terpakai yang dikitar semula digunakan sebagai bahan asas untuk menghasilkan biodiesel dan bahan api penerbangan mampan (SAF) bagi menggantikan bahan api fosil. Ia juga diproses secara komersial untuk menghasilkan sabun, lilin, dan baja organik
Sumber : wikipedia

Kat bawah ni gambar-gambar yang sempat Dania snap pagi td..SA x pi...Dania je pi sorang..atok cakap duit tu nanti ambik la buat belanja..









 

Pengumpulan minyak ni bukan hari-hari ye..dia ada tarikh tertentu dan diadakan berbeza lokasi..macam hari ni diadakan dia Petronas Garden Avenue Seremban 2. Ramai jugak orang jual minyak terpakai hari ni..ada tu siao bawak tong besar...dia dapat RM100 lebih..lama la tu dia simpan dan kumpul minyak terpakai...

3 botol minyak masak besar dan ditinbang beratnya 25.5kg  tu Dania dapat RM76..lebih kurang...seronok la dia dapat duit belanja hasil jual minyak terpakai...

Lepas ni boleh la kumpul lagi minyak terpakai...mahal gak diorang ambik..RM3 per kilo Dania bg tau tadi...

Jom kita jaga Ekosistem..jual minyak masak terpakai..dapat duit....


1 comment:

  1. Minyak terpakai memang mahal..berbaloi la nak kumpul..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah