Assalamualaikum wrt...
Hi korang...salam Rabu...
Pagi tadi tengok dalam periuk ada banyak nasi goreng...kesian kat suami sebab dia x bawak bekal dah 2 hari..bini sibuk ngan kerja x cukup rehat dan stress...pagi ni SA bangun segar aje..xde rasa penat dan exhauted, SA cepat2 siap..SA tanya dia nak nasi goreng ke..nasi ada banyak tu...Dia kata OK...dia tolong tumbuk bawang dan cili..SA buat nasi goreng pecah telur je..cukup la untuk dia sarapan dan bawak bekal..sekali tengok ada lebih...cukup gak untuk SA bawak bekal..SA bawak la bekal...
Dalam perjalanan ke Putrajaya singgah beli sambal paru...mintak beli RM3, akak tu cakap x boleh..RM5 sesenduk sikit je...macam dalam gambar bawah tu la...erm..x boleh beli RM3....sabar aje la...dah la semalam beli nasi lemak berlauk dia x nak buatkan yang baru..dia bagi nasi lemak yg dah bungkus dan asingkan sambal kerang..nasib baik la sedap..kalau x sedap SA xde nak beli kat situ...takpe la..banyak tu je rezeki SA hari ni...2 hari ni SA kat level 8..sebab office kayangan xde orang...malas SA nak sensorang kat sana..boss x masuk hari ni...
Nasi goreng pecah telur
Sambal paru ni nampak macam banyak..tapi sikit aje sebenarnya ye
Today's look with less make up...lipstick tu warna pink pucat plak la...
Itu lah kisah singkat SA hari ni. Korang pula macam mana? Ada yang buat bekal sendiri ke, atau selesa beli di luar? Mana-mana pun OK kan, selamat menjamu selera dan semoga hari korang produktif. Apapun, rezeki hari ni tetap disyukuri. Walaupun penat sikit, di tempat kerja kena terus semangat. Semoga hari Rabu korang pun dipermudahkan dan penuh dengan ceria.
Jumpa lagi di entri seterusnya...







Mahal ya sambal parunya sikit je dia bagi. Dahsyat.
ReplyDeleteDah mahal sambal paru sekarang. Lagi berbaloi kalau SA buat sendiri lepas tu buat stok simpan dalam freezer. Bila nak makan keluarkan aje.
ReplyDeleteMahal jgk kalau byk tu RM5..=)
ReplyDeletenieyl mmg hari2 bawa bekal kak..
ReplyDeletecuma minggu ni nieyl ganti puasa 4 hari direct..jumaat nnt bawa bekal semula hehehe
Beli je sarapan. Ada beli sambal paru kat tik tok banyak juga isi dan memenuhi anak tekak harga RM5 je sebungkus dari penjual di Kedah.
ReplyDeleteMZ hari ni kelas sejam then ada discussion. so td lunch hour sempat balik masak for my lunch (diet meal), hari ni menu pasta vege
ReplyDeleteHarga paru mahal agaknya yaa. Atau harga Chili yang naik ? 😅😅.
ReplyDeletenasi goreng ada plak sambal apru sedap tu
ReplyDeleteKalau ikutkan paru frozen tu murah je. Bahan sambal pun murah je takdela mahal. Banyak untung tu.
ReplyDeleteeh kerek eh akak jual nasi lemak ni...
ReplyDeleteammi bawak bekal saladlah mcm biasa...kat area ofis ammi ni kedai dia semua tidak menyakinkan utk ammi masuk. Ada kedai di flat sebelah tapi mcm kedai orang Indonesia.