Showing posts with label 2nd Day Dinner Steambot. Show all posts
Showing posts with label 2nd Day Dinner Steambot. Show all posts

Thursday, July 11, 2019

Sarapan Khamis ~ Mee Goreng Telur Mata

Hi korang ..

Dah Khamis dh hari ni kan..esok last day kerja then weekend lagi...Boss SA cuti...tapi secretary cuti dah abis so jangan banyak bunyi sila datang kerja...tak bermakna boss cuti SA xde kerja..kerja masih ada...no relaks...nak relaks pi shopping complex la...hehehe..

So hari ni SA awal skit masuk opis...macam biasa beli sarapan dari kawan opis..hari ni menu mee goreng telur mata..alhamdulillah rezeki hari ni...kenyang betul...


Nampak sikit tapi banyak..siap ada cili jeruk


Teh o panas


pose jap sblom makan


Dah jom makan


eh..ada orang panggil


Jemput makan semua...

Korang perasan x?

🤭🤭🤭

SA dh potong rambut...balik kerja petang semalam terus nekad pi cuci rambut dan trim..ringan kepala..best betul semalam masa lepas cuci dan trim...

Friday, May 3, 2019

Dr Fadzillah Kamsah Kongsi Personaliti Anak Sulung...

Anak Sulung Selalu Sangat Dimarah Tapi Sebenarnya Dialah Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah. 


Biasanya anak sulung sering dimarah dan dijadikan sasaran, namun jauh di sudut hati ibu ayah, anak pertama adalah yang paling istimewa di sudut hati.



SA anak sulung...sedikit sebanyak info ini kena dengan diri SA


Anak sulung biasanya mempunyai karakter yang tenang tetapi tegas. Di sebalik ketenangan dan ketegasannya, anak sulung biasanya mempunyai ego sendiri.

Anak sulung adalah insan pertama yang ada dalam rahim ibu menjadikan dia cukup istimewa berbanding anak-anak lain.

Dr Fadzillah Kamsah Kongsi Personaliti Anak Sulung...


Betulkah kenyataan tersebut?


Menurut Dato’Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak pertama atau sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang.

Malahan anak sulung juga biasanya lebih cemerlang berbanding adik-beradik yang lain.

Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain.

Anak Sulung Juga Berkebolehan Memujuk Orang Lain Sehingga Mampu Mengawal Orang Lain Dan Situasi Yang Menyukarkan.

Tetapi adakalanya anak sulung agak sensitif dan meminta perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain terutama ibu bapa serta adik-beradik lain. Ego adalah istilah paling tepat untuk mereka.

1. Ego

Walaupun mampu bertolak ansur, tetapi anak sulung sebenarnya lebih degil dan ego dalam segala hal. Dengan kata lain mereka tak mahu dipandang rendah dalam segala hal apatah lagi diperkecilkan kebolehannya. Malahan anak sulung tidak suka diarahkan segala tindak tanduk yang bakal mereka lakukan.

2. Bertolak ansur dan rasional

Walaupun tegas namun anak sulung masih mampu untuk bertolak ansur dalam segala hal. Mungkin ini disebabkan mereka cuba bersikap rasional dalam segala hal terutama sekali kepada adik-beradiknya.

3. Lebih tegas

Memang betul kadangkala anak sulung lebih tegas berbanding anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karektor ini lebih terserlah. Mungin kerana cuba mempamerkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka kepada ibu ayah serta kesemua adik-beradik lain.

4. Mengawal orang lain

Hal ini selalu dikaitkan dengan keupayaan anak sulung yang pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas membolehkan dia mengawal situasi dan orang lain di sekeliling. Hal ini juga mungkin disebabkan rasa hormat adik-beradik lain kepada anak sulung yang lebih banyak pengalaman dan ilmunya.

5. Lebih bijak

Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik-beradiknya.

Sumber: Majalahpama.my

Saturday, May 12, 2018

Menu-Menu Semasa PRU14

Hi korang....

Walau PRU14 dah 2 hari lepas..blog SA ni memang sinonim dengan masakan..bulan puasa nanti tengok la..sure mana-mana blog penuh dengan resepi masakan..so..balik dari mengundi Rabu lepas SA masak macam biasa walau agak lambat sampai rumah...SA beli ikan pari tetuka,udang galah dan katbrumah memang dh ada ada ikan jelawat. SA plak x makan ikan jelawat sebab banyak tulang..dulu pernah tercekik tulang ikan ni..ngeri nak makan lagi...perasan tak masa PRU lepas rasa macam balik kampung nak sambut raya kan?


Ikan pari tetuka kecik2 lebar tapak tangan..pitong dua, letak letak garam dan kunyit pas tu goreng garing...sedap betul makan


Udang galah buat sambal..takde petai plak


Ikan Jelawat masak lemak cili api

orang NS memang sinonim dengan masak lemak cili api kan..tak boleh nak lari dh..seminggu mesti menu tu 2-3 kali..SA okey je..cuma sekarang kaminmasak x guna santan fresh..guna gantan kotak je..kolestrol nak kena jaga..
Alhamdulillah dengan 3 lauk diatas..kami makan dengan berselera Rabu lepas tepat pukul 3 petang...penangan pergi mengundi..banyak tempat nak kena pergi sebab pandai sangat tak pi tukar alamat..guna alamat rumah lama..hahaha...nanti nak tukar la..senang sikit satu tempat je....

Ada yang merendang ke Rabu lepas?


Wednesday, April 24, 2013

2nd Day > Dinner Steambot

Haaaa...citer dinner plak...masing2 dah penat..aku plak lepas jer sessi ngan trainer tuh terus naik bilik...lepak sebab batuk melampau....kejap2 ok...kejap2 x ok...sakit jiwa..tp dah dugaan allah turunkan.kena
la hadap jugak....
kitorang makan steambot untuk malam tuh...xde la best or mantop sgt..tp boleh la...15 orang jer kot...

 Mazley yang keletihan...
 antara sos2 yang disediakan
 bahan2 utama
 cendawan dan sayur2
telur puyuh, telur ayam mee dan bihun...

aku makan jugak la..nak bagi lega tekak..tp x jugak...sampai ke sudah batuk...makan ubat batuk pun lelap jer dalam bilik...tp kejap2 bangun...x lena tido sebab batuk...

ok ni nak citer pengalaman jadi org buta...
kami seramai 15 orang diberikan tongkat org buta tuh...pas tu no camera...no hp/ laptop allowed..kena dtg sehelai sepinggang...x leh amik gambar langsung sebab aktiviti dalam bilik yang GELAP...semua setting gelap..sampai ko x nampak pape...pas tu sorang2 di bawa masuk bilik tu...seolah2 korang berada di dunia lain..gelap gelita...menakutkan..aku yang x takut gelap ni rasa mcm nak pengsan..nak menjerit...bising ngan sore budak2 lelaki ni...but aku kan diva..so kena maintain...allah jer tau perasaan aku tika tuh...dah dibiarkan dalam 15 minit dalam gelap tu..baru di bawa sorang2 ke meja yang disediakan..so trainer perkenalkan diri...memang ingat dia trainer biasa mcm kita tau...itu dari segi suara la...
4 aktiviti kami lakukan dalam gelap...memang rasa sangat2 susah..tp kami enjoy...di akhri aktiviti kami diberikan minuman...makanan siap ngan gula, teh uncang, air panas...semua dalam gelap...dah abis tu..diorang bukak lampu...pedih mata oooo...tp kami sangat sebak bila keadaan tiba2 senyap...masing2 mcm x sangka...perasaan bercampur aduk...nak nangis...sebak...mcm x percaya...sebabnya yang attend kami sepanjang aktiviti dalam gelap tu adalah orang BUTA....aku jadi sebak..bila tgok En Azlan dari jauh dah lap2 mata...tp bila tiba dia bercakap...dia menangis teresak2..aku pun terus nangis..sebab En Azlan nyer suara esakan tu buat aku syahdu..aku nangis xde la beriya..just mengalir air mata jer...yang lain2 semua senyap...bila trainer tu tanya aku what do you feel for darkness...aku jawab
"i felt empty when i started step into the darkness..i cant breathe..."
serius u ollss...ini la pengalaman yang aku x leh lupa selain dari aku koma dulu...walaupun trainer2 tu buta..
tp diorang ada digree, ada diploma..ada Ijazah...siap sambung tahap lagi tinggi lagi...aku sgt2 kagum ngan dorang..
so korang..kalau ada nak buat retreat / business leadership..aku nak rekemen kat korang..

DIALOGUE IN THE DARK
08-83, 8th Floor
Berjaya Times Square
No 1, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur

Phone : 012 2035410 Mr Steven
Email : connect@dialogueinthedark.com

Aku sangat2 recommend kalau korang nak buat teambuilding/department retreat or leadership program.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah