Showing posts with label Kak Long -Part 5. Show all posts
Showing posts with label Kak Long -Part 5. Show all posts

Thursday, February 11, 2010

Kak Long Part 5

6hb August 2009

Kak Long dipindahkan dari bilik Isolasi ke wad ICU,Masih x boleh makan dan minum

hanya diberi susu melalui tiub yang di masukkan ke mulut..oksigen masih di leher yang telah di tebuk..kurusnya Kak Long........hilang seri wajahnya...

aku, abah dan mak di panggil ke bilik doctor, katanya kami harus tabah menghadapi kemungkinan yang kak long tidak akan sembuh sepenuhnya, aku pandang mak dan abah..kata doctor semasa koma otak kak long mengalami kecacatan atau bahasa saintifik eh half brain death. kak long mungkin akan mengalami Retrograde Amnesia iaitu kehilangan separuh memori hidupnya.Kami terkedu..doctor kata lagi..selepas ini jangan terlalu memanjakan kak long kerana dia akan mengalami syndrom seperti bayi yang dilahirkan semula..aku mcm x percaya dengan apa yang doctor katakan..mak menagis lagi..apa yang mak mampu lakukan..dia hanya wnita yang lemah.. yang penting aku harus memainkan peranan...

1.00 pm

Kami bergilir2 melawat Kak long..Kak Long dah boleh tersenyum..alhamdulillah dia masih mengenali aku..dia capai tgn aku..aku kena tabah x boleh tunjukkan aku sedih depan kaklong.. aku berckp..kak long hanya menggerakkan tangan dan matanya..dia senyum..aku tahu dia ingin berkata2 lantas aku minta pen dan kertas dari nurse..kak long begitu payah mencapai pen..aku kata x payah sebab kak long x kuat..dia berdegil nak jugak tulis..tapi x ada apa pun yang terulis pada kerta itu..hanya garisan yang bengkang bengkok..x nak dia kecik hati aku pun tulis..along kena tabah..kena kuat demi dania..dia pun angguk dan senyum...aku yakin kak long x kan mengalami gangguan..dia kenal semua adik beradik dia, dia kenal mak abah..

2.00pm
lepas sorang2 adik beradik abah datang..dah dengar ceramah abah baru sorang2 berani muncul..tapi yang kesian kat kak long...semua yang datang tu x nak langsung hulur tangan kat dia..takut agaknya kak long ada kuman H1N1..aku tahu kak long kecik hati bila hulur tangan x bersambut..x apalah kak long..mereka semua tu xde otak..cetek ilmu..dah diberitahu kak long bebas dari H1N1,malah kuman tu akan melutut kat kak long kalu masih cuba2 nak dekat kak long..dos suntikan tamilflu banyak hingga antibiotik kak long utk satu beg shj bernilai RM4000.
aku x tau la apa persepsi sedara mara aku ni...

7.00 mlm..

Kami tinggalkan kak long bertemankan nurse2 kat ICU..moga kak long tabah menjalani kehidupan dalam wad itu..aku x tahu berapa lama lagi..harap2 x la terlalu lama..mak abah dah boleh berehat kat rumah dan kami x perlu berumahtangga kat hospital lagi

* bersambung part 6

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah