Showing posts with label PKPD. Show all posts
Showing posts with label PKPD. Show all posts

Thursday, July 8, 2021

8 Daerah Seremban Dikenakan PKPD

Assalamualaikum...

Hi korang..

Akhirnya seluruh Daerah Seremban di kenakan PKPD. Tak tahu nak kata apa..nak sedih of course sedih la kan..nak gembira pun ada jugak..kalau x dilaksanakan PKPD, ramai yang masih berdegil. Ada yang tak cakna dengan keadaan sekarang..tolak tepi la kes kilang...kena tengok sikap individu sendiri. Apa yang SA saksikan ramai yang x ikut SOP. Keluar sana sini macam takde apa yang berlaku. Kerajaan dah war- warkan. Keluar sekiranya perlu...sebaliknya....erm...malas nak kata apa dah....

So Rakyat Seremban terima aje la PKPD ni dengan tabah...



Lama kan...ntah macam mana SA nak pergi kerja. Dah la SA ni tak drive pi kerja..bergantung pada public transport. Walau PKPD SA tetap bekerja dan ikut jadual yang telah di tetapkan. Satu masalah kat situ kan..

Kawasan PKPD Seremban

PKPD di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan  berkuat kuasa bermula 9 Julai sehingga 22 Julai 2021. PKPD Seremban melibatkan lapan mukim iaitu:

  1. Mukim Ampangan
  2. Mukim Labu
  3. Mukim Lenggeng
  4. Mukim Pantai
  5. Mukim Rantau
  6. Mukim Rasah
  7. Mukim Seremban
  8. Mukim Setul

Keliling SA PKPD ni ha....bertabah lah....


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah