Showing posts with label Resepi Kuih. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kuih. Show all posts

Wednesday, January 8, 2025

Resepi Kuih Tepung Bungkus

Assalamualaikum....

SA penggemar kuih tepung bungkus, sebabkan minat sampai terjumpa kat kenduri jiran depan rumah SA tahun lepas, SA ambik banyak ye...nak buat memang SA failed la bab buat kuih...tadi scroll FB ternampak ada orang share resepi kuih tepung bungkus ni...terus SA copy jer resepi dan share kat blog...kredit kat hujung entry dan gambar pemilik resepi...

Sedap weyh kuih ni...cuma x tau la senang ke..renyah ke buat kuih ni..selalu SA pi sarapan kat mana- mana tercari- cari kuih ni..payah plak nak jumpa...

SA nak suruh adik SA si Lisa buat la...dia pandai skit bab- bab kuih ni...



Kredit gambar kepada owner resepi

Resepi kuih tepung bungkus.

Bahan- bahan

2 cawan tepung beras*

1sd tepung gandum*

1sd tepung jagung*

2 cawan santan pekat*

3 cawan air*

5 pelepah daun pisang di layurkan dan dicarikkan ikut size yang dikehendaki

Sedikit garam*


Inti kelapa ( ni x tau plak camne nak buat, ada jual yg dah siap ke?)


Cara masak

Campurkan semua bahan bertanda * 

tapis dan masak hingga pekat berkilat.

bungkus kemas dan kukus lebih kurang 10 minit


Tips.

Bungkus semasa adunan panas.kalau adunan dah sejuk susah nak bentuk.

Panaskan adunan semula bagi suam2.


Kredit  FB zanariyah


Monday, October 14, 2024

Resepi Donut Gebu

Assalamualaikum...

Hi korang...

Permulaan Isnin SA hidangkan korang dengan resepi donut gebu...resepi je pun..SA baru nak belajar buat sebab suami suka makan donut. Selalu adik SA je yang buat selama ni..kadang- kadang dia xde masa dan ada hal sendiri kan..tu yang kena la SA buat sendiri...kena belajar..sampai bila nak harap orang buat kan...selalunya donut macam ni kejap aje licinnya bila di hidang panas- panas...kalau dah sejuk tak laku kalau kat rumah SA...

SA tengah cuba kuatkan semangat nak belajar ni...bahan pun tak susah dan cara pun macam senang...cuma seram bab jadi doh tu...risau tak menjadi..hahaha...


gambar kredit kepada empunya resepi


RESEPI DONUT GEBU

Bahan A

4 cawan tepung gandum

2 sudu besar marjerin

2 sudu besar susu manis

Secubit garam

1 sudu besar baking powder


Ramas bahan2 A sampai jadi seperti tekstur serbuk roti


Bahan B

1 1/2 cawan air suam

1 pack yis mauripan

(campurkan keduanya. Tunggu dalam 5 minit)


Cara-cara

Masukkan Bahan B ke Bahan A sedikit demi sedikit. Tambahkan air jika doh masih belum sebati (air ni ikut kesesuaian ye. Kalau nak selamat jangan curah air semua, letak sikit2 sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau tak cukup air tambah lagi sikit).

Kemudian biarkan doh berehat dengan tenang dan berkembang dengan jayanya dalam 40 minit hingga sejam. Nanti doh tu akan berkembang sekali ganda. Pastu dah boleh terap dengan acuan dan sedia untuk digoreng


Selamat mencuba

SUMBER: SITI HASMAH RAHMAN


Friday, March 24, 2023

Resepi Tauhu Bergedil & Sambal Kicap Berapi..

Assalamualaikum...

SA adalah peminat tauhu bergedil...memang suka sangat tapi tak tau nak buat macam mana..hahaha...sekali lalu lagi resepi Tauhu bergedil ni...SA copy and simpan kat sini la senang nak rujuk..plan nak buat tu ada tapi SA kena study betul- betul baru boleh buat...tak bleh main belasah je buat..kena pandang- pandang bahan, tenung- tenung cara nak buat...rasa macam sedikit renyah..tapi boleh je kalaunak cuba..buat dalam kuantiti sikit kan...resepi dah ada ni...

Selalu beli jer...SA suka ada rakan blogger buat dulu..SA pernah beli dan memang sedap..Cikza kalau tak salah..sekarang dia dah x buat dah rasanya...kadang -kadang beli kat luar rasanya tak berapa sedap..especially sambal kicap x kena dengan selera SA...eh ada satu lagi yang best...Tauhu Bergedil rakan blogger buat jugak..Bro Framestone. Pun sedap..SA pernah share entry tauhu bergedil airtangan dia http://www.suriaamanda.com/2019/07/sedapnya-tauhu-begedil-sambal-kicap.html

Jom tengok resepi..apapun SA nak cuba buat jugak..




TAUHU BERGEDIL & SAMBAL KICAP BERAPI

Bahan inti :

  1. Kentang - potong nipis
  2. Bawang merah - hiris
  3. Bawang putih - hiris
  4. Daging cincang secukupnya - ditumis berasingan hingga masak
  5. Tauhu pok
  6. Garam dan perasa secukupnya
  7. Daun bawang/daun sup
  8. Lada sulah secukupnya
  9. Minyak masak
  10. 3-4 biji telur


Cara masak:-

1. Panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu kekuningan. Angkat dan toskan minyak.

2. Masukkan bahan2 yang digoreng tadi ke dalam bekas kemudian tumbuk halus.

3. Tumis daging cincang yang telah ditumis, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup @ daun bawang. Tumbuk sekali lagi sehingga sedikit lumat.

4. Ambil tauhu pok, potong sedikit permukaan atas dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.

5. Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng) pukul dengan sedikit garam ketepikan.

6. Celup tauhu pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.

7. Angkat dan toskan, siap untuk dihidangkan bersama sambal kicap.


Bahan sambal kicap :

  1. Cili padi hijau
  2. Cili padi merah
  3. Bawang putih
  4. Kicap manis
  5. Garam dan gula secukup rasa

Cara masak

1. Satukan semua bahan dan kisar halus.

2. Masukkan ke dalam kuali dan masak seketika.

3. Angkat dan sedia dihidangkan bersama tauhu bergedil.

Resepi & foto : Naddy's Kitchen


Friday, May 26, 2017

Kaswi Goyang- Goyang Gedik....

Hi korang,

Hari tu kan...SA teringin sangat nak makan kuih Kaswi goyang...gaul ngan kelapa tua parut yang di campur sedikit garam...alahai...ngidamnya.,...bukan apa kalau beli kat kedai ada yang menepati citarasa dan ada yang tak menepati citarasa..SA ada gak cuba ikut resepi orang lain..tapi tak menjadi, sukatan x betul ke atau SA memang takde bakat buat kuih...hehehe...sebelum ni SA ada ngaku SA tak pandai baking, tak pandai buat kuih yang payah2..masak lauk SA expert..

Tapi bila SA gugel resepi dari Che Mat Gebu kan...terus menjadi je.,..memang kaswi SA goyang2 gedik...bangga kejap tau...padahal kuih kaswi je kot kan...dia punya bangga tu macam menang award..first time buat ,esti la bangga kan...



BAHAN - BAHANNYA :
1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan tepung ubi kayu
1 cawan hirisan gula melaka (atau boleh guna gula merah timbang)
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
5 cawan air
1 camca besar kicap pekat (untuk warna)
1 camca teh rata kapur makan (bukan air kapur, tapi 'kapur makan)
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
Masak gula putih, gula melaka (atau gula merah timbang) dan daun pandan dengan lima cawan air hingga mendidih dan gula larut. Kacau rata dan sejukkan. Kemudian tapis. Sukat kembali air gula tadi sebanyak lima cawan. Jika kurang tambah air untuk mencukupkannya. Ketepikan.
Panaskan kukus. Balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Lenser tin bulat berukuran 11 inci dengan sedikit minyak makan. Alas dengan plastik bersih dan sapukan juga sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Ketepikan.
Satukan tepung gandum dan tepung ubi kayu dalam mangkuk besar. Kacau rata. Tuang air gula sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau hingga sebati. Masukkan kapur makan dan kicap pekat. Kacau hingga semua rata dan tapis adunan tadi.
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 1 jam 15 minit atau hingga masak (nak tau masak, boleh cucuk tengah2 bahagian kuih dengan lidi sate, jika keluar bersih tanda kuih dah masak). Jika anda guna acuan2 kecil seperti acuan kuih lompang, masa mengukus kurang lebih 25 minit. Biarkan kuih betul sejuk sebelum dipotong dan sebelum makan, gaulkan dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.

Credit Resepi : Blog Che Mat Gebu

SA buat follow bulat- bulat resepi kat atas tu ha...memang menjadi...korang kalau nak buat nanti untuk buka puasa boleh ikut..jangan lupa bagi kredit kat blog Che Mat ye...resepi dia tu weh...hehehe...Kepada yang nak mencuba...Selamat Mencuba ye...

I'm a happy mommy bila kuih Kaswi gedik i menjadi...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah