Tuesday, July 15, 2025
Review K-Drama ~Tastefully Yours..Romantik Komedi

Friday, July 28, 2023
K-Drama Celebrity A World To Die For
Pelbagai usaha Seo Ah Ri menjadi popular dengan saingan hebat dari Influencer popular yang lain. Jangan x percaya usaha demi usaha mereka untuk menjadi yang terbaik serta pelbagai cara untuk mereka menjatuhkan sesama mereka. Konflik demi konflik sehinggalah Seo Ah Ri menjadi terpaling popular dikalangan Influencer di Korea. Seo Ah Ri menjadi founder fashion yang mempunyai berjuta pengikut dan pendapatan yang paling besar dan akhirnya gagal kerana ditikam belakang oleh sahabat baiknya sendiri.
Selebihnya korang tengok la nanti..memang best citer ni..especially tengok persaingan dikalangan influencer. Tengok diorang bergaya pakai baju dan barangan dari fashion designer terkenal dan sanggup pertaruhkan nyawa semata- mata impian mereka tercapai..terlibat dengan scandal untuk cepat naik hingga sanggup terlibat dengan dadah serta pembunuhan..eh macam- macam la...
Tak mustahil kisah ni pasti ada dan pasti berlaku di seluruh dunia dan x mustahil di negara kita pun ada..wallahualam. Lumrah kehidupan kan..orang sanggup buat apa sahaja asalkan impian tercapai..ini la yang cuba diketengahkan melalui drama ni..tindas menindas menjadi kebiasaan dalam dunia social media.
SA recommend korang tengok citer ni...best!!!Seo Ah Ri tu comel dan cantik giler..suka SA tengok gaya dan muka dia...cute sangat..
SA bagi 5 bintang!!!
Korang pi tengok kat Netflix cepat....

Wednesday, June 21, 2023
WW ~ Dr Romantic 3

Thursday, December 15, 2022
K-Drama Jirisan
Assalamualaikum...
SA dah selesai tengok Kdrama Jirisan yang merupakan drama 16 episode yang ditayangkan pada 2021. Mula- mula cerita agak slow tapi bila dh tengok episode demi episode memang best citer ni. Ianya merupakan tribute untuk National Park yang pertama dan tertua di South Korea terutamanya tribute buat para rangers yang mengabdikan diri bekerja dan menjaga keselamatan di Korea National Park disana.
Best giler citer ni walau permulaan cerita sedikit slow...sesuai untuk korang yang suka hiking dan cintakan alam semulajadi... Seo Yi Kang ranjer yang bertugas dan berasal dari Gunung Jiri. Seo Yi Kang sangat mahir selok belok hutan dan ditugaskan bersama Kang Hyun Jo yang merupakan renjer terbaru di Taman Negara Jirisan yang mempunyai kuasa luar biasa dimana dia akan mendapat imbasan perkara yang akan berlaku. Melalui imbasan itu banyak kejadian berlaku selesai.
Hari demi hari pelbagai kemalangan dan tragedi misteri yang berlaku. Mereka berdua bekerjasama menyelesaikan masalah dan misteri yang berlaku sehingga banyak melibatkan nyawa termasuk renjer junior.
Bagus drama ni tau...lepas tengok satu episode ke satu episode..rasa nak tahu siapa pembunuh sebenar dalam setiap kejadian membuak- buak..Kejadian demi kejadian yang dilakonkan kebanyakkan dari cerita sebenar yang dialami renjer- renjer sebenar yang telah ditemuramah dari awal. Base on true story la...
Korang nak tau kesudahan cerita...korang kena tengok sendiri...SA x nak jadi spoiler...paling mendebarkan bila Kang Hyun Jo yang cedera dan koma di hospital nak ditamatkan bantuan hayat...kat situ SA dah nangis dah...sedih giler...eh..korang kena tengok la...x mo la citer...kang korang dah tau penyudahnya korang x nak tengok plak...
Pemandangan pergunungan dalam drama ni memang cantik...rasa nak pergi je....tak percaya?
Korang tengok sendiri...ada je dalam Netflix....

Tuesday, November 29, 2022
Review Kdrama Cleaning Up
- Yeom Jung Ah (Eo Yong Mi)
- Jeon So Min (Ahn In Kyung)
- Kim Jae Hwa (Maeng Soo Ja)
- Lee Moo Saeng (Lee Young Shin)
- Na In Woo (Doo Yeong)
- Gal So Won (Jin Yun Ah)
- Jang Shing Young (Geum Jan Di)
- Oh Seung Yun (Byeong Ryul)
- Ha Shi Eun (Boo So Yeon)
- Kim Tae Woo (Jin Seong Woo)
- Kim In Kwon (Cheon Deok Gyu)
- Song Jae Hee (Yoon Tae Kyung)
- Lee Tae Geom (Park Sung Gyu)
- Yoon Gyungho

Tuesday, November 22, 2022
Review Kdrama ~ Fight For My Way....
Sementara tunggu kerajaan baru ni kan.. Meh baca review
Tajuk : Fight For My Way
16 episod
Kisah 4 sekawan yang tak cemerlang akademik.Joo Man, Dong Man, Sul-Hee & Ae-ra . Dorg ni dah bersahabat dari kecik & semua dari background keluarga biasa2 je..Ae Ra anak nelayan, JooMan & Sul-Hee anak peniaga kecil & Dong Man akak lupa pulak bapak dia keje apa.
Dorang ni semua ada cita2 masing2 walaupun tak berpendidikan tinggi & bila dewasa dorang tinggal di kawasan perumahan yang sama.
Ae Ra cita2 dia nak jadi pemberita. Tapi sebab dia takde pendidikan tinggi dia selalu kena rejek.Dan dalam 4 orang ni dia paling kesian walaupun cantik...,sebab dah la takde mak, tak pandai belajar, bercinta pun selalu kena tipu. Dia paling rapat dengan Dong Man.
Paling akak geram bila ex schoolmate dorg,Moo Bin yg bekerja sebagai doctor usha si Ae Ra ni... Moo Bin ni masa kat sekolah geng budak2 nerd.Sampai ke dewasa nerd nya. Tapi tak padan nerd ada hati pulak mempermainkan perasaan si Aera ni.
Dong Man ni bekas atlet tae kwan do sekolah.dan cita2 ni nak join MMA sebab nak senangkan family dia.
Yang akak suka tentang cerita ni..,cerita nya berlandaskan realiti kehidupan.Bukan semua orang mampu capai cita2 dengan mudah. Dan realiti hidup bila kita tak de pelajaran memang orang sentiasa pandang rendah pada kita tak kira berapa kuat kita bekerja & orang peduli apa keluarga kau susah pun.Ha gitu lah. Dia camni lah..bila kau miskin, memang orang hina. ..kau dah senang pun masih orang tak pandang.
Recommended citer ni sebab bukan citer anak2 orang kaya berebut kuasa nak jd CEO.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah