Tuesday, November 29, 2022

Review Kdrama Cleaning Up

Assalamualaikum..

Hi korang...

Baru SA sibuk nak buat personal review tentnag citer Korea yang SA dah lama habis tengok...sekarang layan Jirisan plak...pun nak habis gak...nanti SA review gak erk...

Drama Cleaning Up ditayangkan di saluran JTBC dan drama ini adalah drama yang diadaptasi atau lebih senang kalau kita panggil "remake" dari drama UK "Cleaning Up" yang ditayangkan pada 2019 dan menerima sentuhan arahan pengarah  hebat Yun Seong Sik manakala penulisnya adalah Choi Kyung Mi. 


Drama ini mengisahkan tentang Eo Yong-Mi (Yum Jung-Ah), An In-Kyung (Jeon So-Min) dan Maeng Soo-Ja (Kim Jae-Hwa) bekerja sebagai wanita unit pembersih di sebuah syarikat broker.Tiga orang sahabat yang kerja di tempat yang sama , sebuah syarikat broker.  Eo Yong-Mi membesarkan dua anak perempuannya seorang diri dan dia bergelut untuk mencari rezeki kerana dia merupakan ibu tunggal.  In-Kyung mempunyai impian untuk membeli trak makanan untuk menjalankan perniagaan kafe mudah alih. 

Maeng Soo-Ja kelihatan seperti seorang yang sangat bergaul, tetapi dia hanya mesra dengan orang
apabila dia memerlukannya. 3 wanita unit pembersihan ini kebetulan mencuri dengar maklumat orang dalam di tempat kerja mereka tentang dunia saham. Hari demi hari apabila mendengar perbualan sulit tentang rahsia dalaman pasaran saham,  mereka melaburkan wang mereka dengan menggunakan maklumat dagangan orang dalam. Dengan sekali percubaan mereka berjaya mendapat sejumlah wang tetapi bila benda melibatkan wang ni..sekali dapat banyak pasti akan ketagih kan...akhirnya mereka terjebak lagi dan lagi sehingga lah Eo Yong -Mi secara tidak langsung terjerumus di dalam dunia pelaburan yang sangat menyusahkan dirinya.

Berbagai- bagai kejadian berlaku kepada Eo Yong -Mi tapi semua tu x dapat mengatasi semangat dia untuk mengubah kehidupan...sampai tahap hampir meragut diri dia sendiri kerana terlibat dengan gengster.

Bagaimanakah kehidupan mereka bertiga lalui kehidupan mereka seharian dan bagaimana mereka menjalankan tugas mereka?korang kena tengok sendiri drama ini

Informasi Film Cleaning Up 2022

Judul: Cleaning Up
Tahun: 2022
Genre: Komedi, Kriminal, Drama
Direktur: Yoon Sung Shik
Penulis Senario: Choi Kyung Mi
Bahasa: Korea


Pelakon 
  1. Yeom Jung Ah (Eo Yong Mi)
  2. Jeon So Min (Ahn In Kyung)
  3. Kim Jae Hwa (Maeng Soo Ja)
  4. Lee Moo Saeng (Lee Young Shin)
  5. Na In Woo (Doo Yeong)
  6. Gal So Won (Jin Yun Ah)
  7. Jang Shing Young (Geum Jan Di)
  8. Oh Seung Yun (Byeong Ryul)
  9. Ha Shi Eun (Boo So Yeon)
  10. Kim Tae Woo (Jin Seong Woo)
  11. Kim In Kwon (Cheon Deok Gyu)
  12. Song Jae Hee (Yoon Tae Kyung)
  13. Lee Tae Geom (Park Sung Gyu)
  14. Yoon Gyungho


9 comments:

  1. Menarik jalan cerita.. sy dh lama x layan kdrama

    ReplyDelete
  2. Boleh masuk list lah ni. After Jirisan 😁😁

    ReplyDelete
  3. ammi tengah layan Under the Queen's Umbrella...gempak betul queen dia ni

    ReplyDelete
  4. Huyyyooo.. nice.. sy tak menyempat nak tengok.. hoho..

    ReplyDelete
  5. jarang layn kdrama..xthu lah naper..hehe

    ReplyDelete
  6. Kita baru tengok episod 1 lepas tu terbantut, tengok drama lain pulak, hihi.

    ReplyDelete
  7. tgk 1ep je hari tu, pas tu x sambung2 lagi..kena layan gak ni..mcm best je

    ReplyDelete
  8. Menarik jalan cerita dia.. nantilah usha..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah