August 8 - August 15 2009
Bermulalah detik2 Kak Long di rawat dan di pantau di ICU.macam yang diharungi,sememangnya benar kata2 doctor tu..Kak Long seperti dilahirkan semula, dia terlalu hyper dengan keadaan sekeliling, ubat dan jarum sudah lali di badan kak long, yang nyatanya kak long tidak mampu berkata2 hanya merengek seperti bayi kecil dan kalau mahukan sesuatu kak long akan menggapai tangan memanggil sesiapa sahaja,walau dalam keadaan yang begitu payah kak long tetap ingat siapa ibu bapanya siapa yang selalu menjenguknya.Nurse dan staffnurse silih berganti sampai ada yang x tahan melayan kerenah kak long.termasuklah seorang staff nurse cina..asyik mengadu dengan doctor kak long asyik terberak..actually bukan kemahuan kak long sebab ubat2 tu ada yang panas..antibiotik terlalu tinggi dosnya..kak long bukan sengaja nak buat perangai and sengaja nak buang air besar banyak kali, ada satu malam kak long mengadu panas akibat antibiotik yang kuat..staffnurse tu basahkan selimut dan bungkus kak long, sampai menggigil2 kak long..bila kak long tolak ke tetapi selimut basah dengan kaki staffnurse tu tampar peha kak long. apa yang mampu kak long lakukan?hanya diamkan diri dan menahan kesejukkan..ntah la..aku sendiri x dapat bayangkan mcm mana tidur atas katil dengan tuala yang basah..ya allah jangan lah aku sendiri alami perkara ni..bukan kak long x boleh dirawat di hospital swasta cuma pada masa tu hanya hospital kerajaan yang mempunyai vaksin tamilflu.Menurut kak long lagi..hari demi hari ada sahaja kematian yang melibatkan semua bangsa dan x kira berapa umurnya..yang menaikkan bulu roma aku bila kak long cakap setiap kali ada kematian setiap kali itu jugalah kak long akan nampak roh2 orang yang mati berkeliaran di wad icu tu..ye..aku ada rujuk pada doctor dan menurut doctor itu adalah normal bagi mereka2 yang baru sedara dari koma..allah hu akbar..kalau aku..aku memang x sanggup..
Esoknya sekali lagi kak long diherdik oleh jururawat pelatih yang baru ambil alih shift..dia marah kerana x mahu ditugaskan menjaga kak long yang memang banyak kerenah ketika di icu tu..ketika dia dtg ke katil kak long, kain selimut yang menutup badan kak long terselak hingga ke atas lutut..kak long buat begitu sebab dia panas akibat ubat2 yang disuntik ke dalam badannya..terus dia maki kak long..dia kata "kau x boleh ke duduk betul2..dah lama ke kau buat kerja mengangkang ni?kejap2 kain terselak..ini ke kerja kau kat luar".ya allah..manusia jenis apa perempuan ni?bukan hanya kak long yang dengar, nurse2 lain pun dengar dan kak long menangis..datang seorang nurse memujuk kak long dan minta maaf bagi pihak perempuan yang kurang ajar tu..kalau la perempuan tu tahu siapa kak long, pangkatnya yang lebih besar dari perempuan tu..mungkin kak long x di maki mcm tu...menurut kak long lagi perempuan yang sama telah melemparkan kain basah tepat kena pada muka kak long hanya kerana kak long minta tolong basahkan tuala utk lap mukanya yang panas, siap ckp "aku bukan kuli kau"..entah la..aku memandang hina institusi jururawat sekarang, walau bukan semua jururawat bersikap begitu tapi andai diberi pilihan aku rela sendiri menjaga kak long..disebabkan perempuan itu jugalah aku turut memandang hina institusi kejururawatan malaysia.Nasib perempuan itu masih baik kerana kak long x mampu mengingati namanya..kalau tak aku la orang pertama yang akan heret dia jumpa pengarah kesihatan.
Tak lama selepas itu kak long dibenarkan makan dan minum, seronok tgok kak long makan seolah2 dah setahun x jumpa makanan..bayangkan dari berat badan asal 54kg, hanya tinggal 32kg sahaja..dan berita gembira kak long dipindahkan ke wad biasa.
di dalam wad biasa kak long dilayan biasa..tiada lagi kekejaman, kami adik beradik bergilir2 menjaga kak long,mak ambil alih bahagian siang dan aku serta adik2 yang lain bergilir2 ambil sebelah malam, merasalah kami bermalam di hospital,bila kak long sakit begini kami jadi rapat antara satu sama lain..ya..memang susah melayan kak long, selain kerenah mcm baby..kak long agak manja, x boleh dimarahi..merajuk..semua kami tangani dengan tenang.
adik beradik sebelah abah masih tidak datang berkunjung, hanya sekali tu la masa kak long di ICU.Yang rajin berkunjung abang sepupuku, adik beradik mak, bos dan rakan opis kaklong.Dan paling mengejutkan kak long dikunjungi rakan2 TV3..
Hari2 yang dilalui semasa dalam wad biasa agak tenang, kesihatan kak long di pantau,kak long terpaksa menjalani fisioteraphy, yer..kak long x boleh berjalan kerana terlalu lama berada diatas katil.Kak long dah boleh bercakap sedikit2 walau tidak berapa lancar..alhamdulillah kak long kuat..demi dania..aku amat berterima kasih pada doctor Jenny yang mementau kaklong dari awal hingga akhir..kak long sihat seperti sediakala dan dibenarkan pulang pada 3 September ketika umat islam baru beberapa hari berpuasa.Seperti yang aku nyatakan dalam entry terawal..bukan ingin menagih simpati cuma ingin berkongsi ..inil;ah entry terakhir tentang kak long dan akan datang aku akan ceritakan perkembangan kak long dan dania...terima kasih kepada kamu yang sudi membaca...


