Wednesday, August 15, 2012

Istana terbuka di Istana Besar Seri Menanti pada raya pertama



SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengadakan istana terbuka sempena Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada hari raya pertama.
Setiausaha sulit baginda Mohd Zahirin Adnan berkata program bermula dari pukul 10.30 pagi hingga 2.30 petang.
"Pelbagai juadah akan disediakan dan rakyat jelata dijemput hadir. Istana terbuka ini memberi peluang kepada rakyat jelata untuk berhari raya bersama baginda," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata pada sebelah pagi Tuanku Muhriz dijadual berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat dan tahlil di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, Kuala Pilah.


Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan rumah terbuka pada 25 Ogos di Kampung Tanjung, Rantau bermula 10 pagi hingga 5 petang.

Rumah terbuka kerajaan negeri pula akan berlangsung pada hari raya pertama di pekarangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Negeri bermula 10 pagi hingga 2 petang. - Bernama

SUMBER

Wahhh...boleh la aku beraya jumpa Tengku Mukhriz..nak plak raya pertama memang kat sana...sapa bloggers di sekitar NS? moh join moh...

17 comments:

  1. rayo kt istano nih mmg tiap2 tahun ado.. biaso rayo pertamo la.. lps blk masjid terus org serbu kt sana.. org mmg kompem ramai.. tp hakak tak penah pg.. hehe..

    ReplyDelete
  2. i raya rumah mertua sobsob :'(

    ReplyDelete
  3. alamak...thn ni raya kat labuan la :)

    ReplyDelete
  4. dah dekat sgt dah tuh.. hehe jom2 kita raya kek pilah tahun nie :)

    ReplyDelete
  5. boleh ajak laki aku pegi...ahaks...

    ReplyDelete
  6. amboi nk g beraya istana tu! hehe. KA nah ucap selamat hari raya mohon maaf andai ada salah silap komen2 yg menyinggung spjg kita berblogging ini ye

    ReplyDelete
  7. hotMama
    - Yo la..lopeh ghayo leh serbuuuuu....

    ReplyDelete
  8. Mrs Eady
    - labuan ada apa best..tahun depan nak pi berjalan Sabah...

    ReplyDelete
  9. Wahida
    - nok...ko bagi la no tipon ko...email kat aku la..suriaamanda@yahoo.com, nanti aku bg no aku plak..

    ReplyDelete
  10. KA
    - Sama2 la kita mohon maaf andai pernah tersalah bahasa tersilap kata..selamat hari raya

    ReplyDelete
  11. ish tak kuasa lah nk berasak2 dgn org ramai2 gitu..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Dah nak raya dah.. eemm.. 2015.. byk nau dugaan melanda..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah