Sunday, August 29, 2021

Review K-Drama ~ 200 Pounds Beauty

Assalamualaikum...

Hi korang...

Kali ni SA nak review satu lagi K-Drama yang SA dah habis tengok minggu lepas. Lupa nak share..lepas tu bantai tengok siri baru. 200 Pounds Beauty ni release tahaun 2006 dan best citer dia..SA macam biasa la ketinggalan bab K- Drama ni. Dulu macam tak minat tapi bila dah tertengok terus terjebak...cerita kali ni takde siri atau banyak episode ye...satu cerita ni je...jalan cerita best...ada part sedih dan ada part kelakar jugak...sebuah cerita romantic komedy yang akan buat korang x leh stop tengok dari awal sampai akhir.



Tajuk : 200 Pounds Beauty

Pelakon : Kim Ah-joong, Joo Jin-mo, Kim Yong-geon

Sinopsis

Han-Na (Kim A-Joong) adalah seorang gadis yang berbadan besar dengan hati yang lembut. Dia juga mempunyai suara yang hebat dan sukar dipercayai. Han-Na ingin menjadi penyanyi pop, tetapi kerana penampilannya yang terlalu besar,dia hanya dapat berfungsi sebagai penyanyi tanpa wajah. Dia memberikan vokal untuk penyanyi terkenal bernama Amy (Ji Seo-Yun), seorang wanita muda yang cantik yang tidak ada bakat suara dan hanya pandai menari sahaja.

Han-Na juga jatuh cinta dengan penerbit muzik Amiys, Sang-Joon (Joo Jin-Mo), tetapi cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan sebab dia hanya mencintai dalam diam sahaja. Suatu hari, Han-Na dijemput ke majlis ulang tahun Sang-Joon dan menerima gaun merah daripadanya untuk dipakai ke majlisnya. Han-Na teruja, namun takut. Gaun itu menawan dan cukup mewah. Dengan susuk tubuhnya yang sangat besar, dia tidak pasti sama ada dia boleh memakai pakaian seperti itu. Han-Na akhirnya pergi ke pesta ulang tahun dengan dress merah tersebut, tetapi tersipu ketika Amy yang cantik muncul dengan gaun merah yang sama. Semasa majlis ulang tahun tersebut, Han-Na mengalami trauma emosi dan dia hilang begitu saja selama satu tahun. Han- Na nekad menjalani plastic surgery.

Setelah setahun berusaha untuk menjalani plastic surgery, Han-Na kemudian kembali sebagai Jenny yang cantik dan berusaha menjadi penyanyi terkenal. Akhirnya rahsia Han- Na melakukan pembedahan plastic terbongkar dan dia yakin dia dibenci oleh peminatnya tetapi sebaliknya berlaku apabila semua peminatnya menyokongnya. 

Diatas kejayaan Han- Na menjadi seorang yang terlalu cantik..semakin ramai wanita Korea mengikut jejak langkahnya untuk melakukan plastic surgery.


Korang patut tengok citer ni sebab jalan cerita dia best sangat...sedih masa Han- Na berbdan besar tapi best dan kelakar bila dia berubah jadi Jenny yang cantik mengalahkan ratu dunia...

Recommended!!!


9 comments:

  1. Saya dah tonton cerita ni. Kesian dengan Han Na sebab hanya dihargai apabila dia jadi Jenny.

    ReplyDelete
  2. Macam seronok juga cerita ni . Kalau ada masa nak follow juga

    ReplyDelete
  3. movie favourite jgk ni. tgk byk kali dah..bestt

    ReplyDelete
  4. Akak kalau tgk k drama ni mmg confius..nak cam muka depa sbb hampir semuanya seiras.

    ReplyDelete
  5. Dah tengok dah cerita ni dulu. Ulang tengok pun best gak. Tapi hujung hujung macam sedih sikit bila dia dah kurus tu. Cerita ni yang jadi inspirasi filem cinta kolestrol yang Erra Fazira berlakon tu agaknya.

    ReplyDelete
  6. Wak tak terjebak lagi dengan k-drama ni

    ReplyDelete
  7. mcm best je ni, tp busyra tak minat korang. hahaha.. full house je prnah tngok. hehe

    ReplyDelete
  8. Banyak kali jugak tengok movie ni, memang best.

    ReplyDelete
  9. Legend ye cerita ni. Lagu dia best yang Mariaaaaaa ne ne maria gituuu hahah tah betul ke tak. Tapi betul kann lagu dia mcm tu. yang masa dia naik stage menyanyi tu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah