Friday, February 11, 2022

Drama Ex Aku Pontianak

Assalamualaikum...

Hi korang...

Jarang-jarang sekali blog SA ni update citer2 atau drama melayu...tapi baru ni SA terrrr......tengok drama Ex Aku Pontianak ni...berdekah SA ketawa...tercuit di hati la kiranya terus google...hahaha...elok share ngan korang kan...cumanya SA x tengok habis la...separuh pun x sampai...nanti bleh la repeat tengok sebab dah record..Mak Pah sejak pandai guna remote ni kan...kan main dia pandai record drama...kadang citer ntah pape pun dia record...

Well okey la citer dia...takde la berat atau complicated sangat...Ikmal Amry sebagai Malik yang macam masuk air skit...perasan pun ye...nanti leh tengok yang dh record dan tengok episode yang lain2 tu...

Eh korang baca sinopsis la...




Drama terbaharu dibawah Gempak Original Series, Ex Aku Pontianak bakal menemui penonton bermula 19 Januari ini di saluran Astro Ria (104). Drama bergenre komedi seram arahan Shamyl Othman, menampilkan pelakon utama Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose. Ex Aku Pontianak bersiaran setiap Rabu jam 9:30 malam di Astro Ria atau boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand.


Ex Aku Pontianak

Episod: 10
Tarikh Tayangan: 19 Januari 2022
Waktu Siaran: Rabu, 9:30 malam
Rangkaian: Astro Ria - Gempak Original Series
Skrip: Anwar Hadi, Shamaine Othman, Suzanne Ong, Akmal Nahar
Pengarah: Shamyl Othman
Produksi: Red Communications

Watak Pelakon
Ikmal Amry sebagai Malik
Elizabeth Tan sebagai Bella
Raysha Rizrose sebagai Suraya
Alicia Amin sebagai Jay
Maya Hanum sebagai Fifi
Fikhree Bakar sebagai Zhafran
Arwan sebagai Joe
Nabil Zakaria sebagai Amran
Fatimah Abu Bakar sebagai Mak Suraya
Datuk Malek Noor sebagai Bapa Suraya

Sinopsis Ex Aku Pontianak

Mengisahkan seorang playboy bernama Malik (Ikmal Amry) yang diburu oleh bekas teman wanitanya, Bella (Elizabeth Tan) kerana bermain kayu tiga. Malik terkejut apabila mengetahui Bella sebenarnya ialah seekor pontianak dan dia mendapatkan bantuan Suraya (Raysha Rizrose), seorang pemburu pontianak yang mempunyai misi tersendiri untuk menghapuskan pontianak jahat seperti Bella yang cuba mengumpul kuasa baharu.

5 comments:

  1. Baru tengok episod 1 masa mula mula tayang tu. Belum sempat nak sambung tengok lagi.

    ReplyDelete
  2. Baru tengok episod 1 masa mula mula tayang tu. Belum sempat nak sambung tengok lagi.

    ReplyDelete
  3. Ada ternampak iklan drama ni tapi tak pernah tonton lagi.

    ReplyDelete
  4. Saya yang penakut tak boleh tengok nanti tak leh tidur dok terdengar pontianak mengilai...hihihi

    ReplyDelete
  5. hahaha ada ternampak aritu iklan dia tp blm tertengok lagi :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah