Wednesday, March 9, 2022

Terima Kasih 8 Juta Pageviews...

Assalamualaikum.....

Hi korang ..

SA nak ucapkan ribuan terima kasih yang x terhingga pada koramg yang sudi bertandang ke blog SA selama ni dan korang la penyumbang pageviews sampai cecah 8 juta ni....semalam dh reach 8 juta dah dan hari ni pun dh lebih dh..x sempat SA nak buat GA ke apa sebab kekangan masa dengan kerjaya...

Baru ni pun sA dh dapat gaji dari Adsense sampai Bank call mintak proof mengatakan SA seorang blogger dan memang ada 'ikatan' dengan google adsense..so kita x buat benda x baik kan...orang bank pun buat kerja diorang sbb ada duit luar dlm currency USD. So untuk lepas dari audit thats why diorang call sblom release duit tu... alhamdulillah dh release dh pun..habis dah pun duit gaji Adsense.  Ingat lagi orang bank tu ckp...selalu blogger atau influencer ni budak-budak muda je buat..elloooo ...amboiiiii.....pertengahan usia x leh ada blog ke? X leh ada social media? Malas SA nak bertekak, SA bagi je bukti printscreen dari Google Adsense nyer accounts tu...siap SA email and bagi gak link blog SA...biar dia tengok...hahaha...pandang rendah ngan org eh...takpe la..SA maafkan aje...dia buat kerja dia kan...at least kita jujur dengan rezeki sampingan kita



Pencapaian SA untuk hari ni setakat pukul 5pm..


Sebenarnya bukan senang nak naikkan pageviews ye...kena banyak idea nak pelbagaikan entry..nak buat ayat santai memang susah...x nak nampak macam ayat formal. Olahan ayat perlu diutamakan bagi setiap penyampaian...seolah-olah kita sedang bercerita dengan orang. Susunan ayat pun perlu santai supaya orang x jemu baca. Seriously its not easy....Kadang- kadang blogger pun akan hadapi mental blocked bila nak cari ayat atau nak susun ayat...betul tak? Sebab tu la akan jadinya blog x ber update...dan terus terbengkalai lama...

Macam SA banyak share tentang personal life dan lifestyle...so x jadi masalah dengan niche SA sebab ianya tak bertumpu atau focus pada niche yang khas..so pembaca x boring sebab banyak cerita...banyak info bleh masukkan...cuma kadang SA lebih banyak share benda yang berlaku dalam hidup SA yang mana SA x tau orang suka baca ke x suka ke...pernah SA up kat FB pasal ni...SA tanya korang suka SA blog out pasal apa ..tapi x banyak response...

Untuk itu..SA perlukan pertolongan korang...selain masakan dan kehidupan seharian SA...apa lagi perkara yang mungkin korang rasa SA sesuai jadikan entry dalam blog SA...SA dh cuba JJCM dan alhamdulillah ada penerimaan yang memberansangkan. Staycation/Travel so far SA selalu gak share dan ada yang suka...selain tu? Korang rasa apa yang sesuai? Boleh share kat ruangan komen...mana tau SA boleh perlbagaikan lagi entry dalam blog SA ni...so takde la rasa entry hanya tertumpu pada satu bab aje kan...


Tolong eh...tolong bagi pendapat...segala cadangan SA dahulukan dengan jutaan terima kasih...

 


26 comments:

  1. Aii bank stereotyping tu. . Tahniah SA views dah cecah 8M dan rezeki gaji adsense, suka cara SA bersehaja tetap berinfo. Alhamdulillah. Moga rezeki SA bertambah dan diberkati Allahswt Aameen.

    ReplyDelete
  2. Wah tahniah
    memang hebat
    SA tulislah akasia balik

    ReplyDelete
  3. Tahniah SA.
    Syu rasa SA continue je share psl kisah harian SA. rmai org suka baca entri santai2 mcm ni.

    ReplyDelete
  4. Amboi..harap orang bank tu baca entry ni ye. Tahniah SA dah 8 juta. Pada saya niche SA ni dah OK dah. Kalau banyak sangat nanti celaru. unless SA nak keluar dari comfort zone la.

    ReplyDelete
  5. Tahniah! Semoga PV terus meningkat dengan cemerlang! 👍

    ReplyDelete
  6. pertama sekali tahniah dapat gaji dri adsense sebab tu juga impian saya.. heheheh. sekarang oeang nak tengok lifestyle kita dan tak fake cuma tu la nak buat ayat tu memang pecah kepala. paham tu hehehehe

    ReplyDelete
  7. Amboi budak muda je ke boleh jadi influencer. Kita mak mak influence baya baya kita lah kan

    Tahniah SA. Suka baca kisah harian SA. Mcm baca diary gitu

    ReplyDelete
  8. Tahniah SA... terbaiklah apapun teruskan berblog sebab Blog SA ramai reader yang suka dengan cerita SA

    ReplyDelete
  9. Fuh dahsyat.. keep on blogging.

    ReplyDelete
  10. tahniah kak.. saya suka baca semua post akak. saya sendiri suka jjcm dan staycation serta tempat2 menarik

    ReplyDelete
  11. Kita tak pernah pulak orang bank call.. anw tahniah dengan pencapaian blog. Caiyokkk! Semoga lebih banyak pendapatan yg boleh dijana.

    ReplyDelete
  12. Dedikasi membuahkan hasil. Tahniah ye SA

    ReplyDelete
  13. Tahniah SA...ramai peminat..👍
    Saya suka Drama Akasia🥰

    ReplyDelete
  14. wah..congrats!! Ayu baru 3 juta..jauh beza tu

    ReplyDelete
  15. nak bagi pendapat pun tak reti sbb blog sendiri pun sendu dan selalu kering idea

    ReplyDelete
  16. Lucunya orang bank tu... mungkin tak ikuti perkembangan dunia.

    ReplyDelete
  17. Wahhh dasyat kak..tahniah❤️

    ReplyDelete
  18. Tahniah, Kak SA. Semoga lebih berjaya dalam bidang blogging.

    ReplyDelete
  19. Tahniah kak! Masa bank call saya dulu, cakap je dari google dia faham dah. Maaf kak, kering idea pulak nak bagi pendapat.

    ReplyDelete
  20. tahniah kak.. byk woo pv akak lebih 2 kali ganda dari saya

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah