Sunday, January 15, 2023

8 Petua Tradisional Untuk Kurus Dan Langsing

Assalamualaikum..

Hi korang ..

Selamat berhujung minggu...SA sorang-sorang je kat rumah ni ha..Pak Zain dan Mak Pah keluar pi dating tinggalkan SA sorang-sorang...pi pasar tani rasanya...sarapan cekodok je hari ni..cicah left over lauk daging cincang masak lemak cili api sebelum sarapan SA minum detox Almond Fiber dulu...then dah 1/2 jam baru SA makan cekodok..

Sambil makan sambil scroll medsos...SA terjumpa plak perkongsian ni kat FB..so SA decided letak kat sini...banyak pengetahuan baru tentang petua tradisional ni yang SA rasa boleh gak membantu kita semua dalam usaha ingin menurunkan berat badan..

Petua tradisional untuk kurus dan langsing menjadi amalan nenek moyang kita untuk kekal ramping. Hanya berasaskan sumber semulajadi, kita dapat kurus dan langsing secara sihat dan tanpa bahan kimia. Masyarakat hari ini masih lagi mengamalkan petua tradisional untuk kurus dan ramping, namun peratusnya sangat sedikit. Alasan generasi muda untuk tidak mengikut petua tradisional ini adalah kerana menyangka semua petua ini sukar dan rumit untuk diamalkan. Dibawah ini ada beberapa cara untuk mengamalkan petua tradisional ini.



1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.

Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


3. Air asam jawa baik dijadikan minuman harian.

Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


4. Nak Turunkan Berat Badan

Selepas makan, amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


5. Badan Langsing Selepas Bersalin

Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


6. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


7. Mengempiskan Perut

Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba


8. Kempiskan Perut Anda

Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.


Selamat mencuba 😉


Kredit : siti hasmani


5 comments:

  1. Amboi! Sonok Pak Zain dgn Mak Pah dating berdua ye. Romantik gitu. ;)

    ReplyDelete
  2. tq for sharing... yg green tea tu pernah baca jugaks

    ReplyDelete
  3. untuk perut buncit tu untuk lelaki je ke kak haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah