Tuesday, September 19, 2023

Throwback ~ Bergambar Di Pelamin & Sesi Batal Air Sembahyang

Assalamualaikum...

Lepas jer majlis nikah selesai kami dibenarkan bergambar di pelamin..tunggu dalam 5 minit sebab ada pasangan sebelum tu tengah bergambar dengan ahli keluarga mereka..ramai plak bleh masuk kat situ ada lebih dari 20 orang..rupanya boleh ramai untuk bergambar dalam dewan tu...apoooo....kalau tau suruh diorang ramai2 datang untuk amik gambar cuma masa kat pejabat untuk nikah tu je cuma 7 orang termasuk pengantin..itu je yang SA tau..

Lepas jer pengantin tu bergambar baru la turn SA...ada la gambar lepas nikah kat pelamin walau bukan pelamin sendiri...tapi OP ni bagus..lepas jer kami bergambar kat pelamin, dia pujuk SA bergambar kat taman atau lake garden depan pejabat agama tu..

Jom la tengok gambar...











sempat mengusik erk...
















 
Sesi batal air sembahyang..

Sebenarnya acara membatalkan air sembahyang sebenarnya tidak termasuk dalam hukum agama Islam. Rasulullah tidak pernah mengamalkan acara ini pun kerana acara ini bukan syarat sah nikah. Ianya hanyalah adat Melayu yang dilakukan secara meluas sehinggakan kalau tak dibuat akan mula terasa janggal.

Selepas selesai majlis akad nikah dilakukan, pengantin lelaki selalunya akan meneruskan dengan solat sunat dua rakaat. Selepas itu ada sesi bergambar bagi acara membatalkan air sembahyang. Selalunya acara ini disertai dengan menyarung cincin, bersalaman dan pengantin lelaki mengucup dahi isterinya.

Haa gitu....

Sambil sambil suami pakaikan gelang sambil-sambil tu dia mengusik SA..geram aje...hahaha...

Lega la kami dah selamat nikah...terasa bebanan yang kami tanggung hilang melayang dibawa angin lalu...


7 comments:

  1. Baru tahu saya sesi membatalkan air sembahyang. Ternyata adat Melayu yaa. Tak tahulah kalo Melayu Riau di sini melakukan tradisi itu atau tak.

    Bagus juga pejabat agama di sana menyediakan pelaminan. Di sini tak ada kak. Krn memang jarang orang menikah di pejabat agama. Biasa di rumah.

    ReplyDelete
  2. Cantik2 la gambarnya SA. Puas hati!

    ReplyDelete
  3. bagus lah OP tu...haisyh tgok gambo org kawen lawo2..terus rase nk buat photoshoot jugak..hahaha

    ReplyDelete
  4. Pelamin pejabat agama sekarang cantik hiasnya, sama di Johor, dah macam pelamin dewan..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah