Tuesday, October 3, 2023

Gegurls Trip To Muzium Negara Part 3

Assalamualaikum...

Hi korang..

Kita sambung lagi ye part 3 plak..adoii bila nak habis ni..part by part dh ni ha..gigih SA nak abiskan ni...lepas ke Muzium Etnologi Dunia Melayu, kami teruskan perjalanan masuk ke Muzium Negara ye..nak masuk kena pusing satu round ikut pintu utama ye..jenuh la berpusing..dulu macam ada je kaunter tiket tengah- tengah tu..ke memang dah lama tukar..hahaha..nampak lama dah x masuk muzium kan..dah jumpa terus la SA beratur, cuaca panas terik..no wonder Adeliya demam lepas tu...sampai Ahad baru okey..tak kental la awak ni Adeliya, macam mana nak ikut mama ngan kakak lagi nanti..

Muzium Negara merupakan salah sebuah bangunan yang unik di Malaysia. Muzium Negara merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Muzium ini terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana. Muzium Negara ini mempunyai gabungan reka bentuk istana Melayu tradisional digabungkan citarasa yang moden. Muzium Negara telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963. Rekabentuk yang tersergam indah ini dipilih sendiri oleh Y. T. M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Malaysia. Di bahagian hadapan bangunan ini terdapat hiasan mural yang diperbuat daripada mozek yang besar. Muzium ini memuatkan pelbagai koleksi artifak bersejarah mengenai Malaysia. Di dalamnya terdapat empat galeri yang mempamerkan naratif sejarah Malaysia. Empat galeri yang dipamerkan adalah Galeri Prasejarah, Galeri Kerajaan-Kerajaan Melayu, Galeri Era Kolonial dan Galeri Malaysia Kini. - Wikipedia


Ingatkan x ramai orang..sekali ramai uolls. Pengunjung tempatan dan luar negara sama ramai..









Harga tiket RM2 dewasa dan Percuma untuk kanak- kanak bawah 12 tahun













































Kat dalam Muzium ni ada 4 section iaitu section A, section B, section C dan section D..Gigih la diorang berempat tu habiskan semua section. SA dah tak larat memang duduk kat luar tu je la..ngan cuaca panas ngan orang ramai lagi..memang terasa penat nak patah pinggang la..SA bagi masa kat diorang..sesekali SA joined diorang sebab nak rasa aircond..hahah..x senonoh mama kan..

Lepas tu diorang bising lapar..alahai kesiannya...tu la lambat lagi..tanya diorang nak makan apa..Adeliya nak makan croffle kat Setapak..mak oiii..x dapek de kakak..punya la jauh walau nama tempat tu Setapak je..last- last pergi Mytown Shopping Centre sebab nak makan pizza hut. Okey la mama ikutkan aje..

Korang nak bawak anak- anak berjalan sambil menambah ilmu?

Muzium Negara
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel : (+60) 03-2267 1111


WAKTU OPERASI
9.00 pagi hingga 5.00 petang (Waktu Masuk Akhir adalah 4.30 petang)

Dibuka setiap hari kecuali hari raya pertama dan kedua Aidil Fitri dan Hari Raya pertama Aidil Adha


5 comments:

  1. bagus sgt bila bawak bebudak ni gi muzium tapi tu la memang kena banyak berjalan la kann

    ReplyDelete
  2. Dah lama sgt ni tak pergi tempat2 mcnie...
    bagus bawa budak2 ke sini rombongan sambil belajar...

    ReplyDelete
  3. Pintu masuk tu dah lama belah sana tu SA..Jauh kan...Tapi memang dulu ada jual tiket kat belah depan Proton Saga tu kan?

    ReplyDelete
  4. Pergi muzium ni last masa Dania kena buat projek PT3 masa F.3. Lepas tu tak gi dah....kadang muzium ni ada bertema. Dulu time dia buat tema hantu kita gi. Hehe....seram ohhh...

    ReplyDelete
  5. zmn2 my boys kecik, pernah dtg sini sekali rasanya....err ari ni MZ marathon baca entries SA sbb ari ni jer baru ada masa free sikit

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah