Thursday, October 26, 2023

Resepi Sotong Masak Ala Thai....

Assalamualaikum...

Scroll- scroll FB SA nampak resepi ni...wah..fav SA ni...selalu makan kat kedai je..lepas ni boleh la buat sendiri..tak susah pun bahannya kan..sejak dah ada suami ni SA suka nak cuba pelbagai masakan walaupun kami belum duduk serumah lagi dan belum jumpa rumah sewa lagi..menu simple- simple macam ni memang memudahkan dan x perlu ambil masa yang lama..Dania pun suka makan sotong..boring la asyik goreng tepung je..sesekali boleh la masak macam ni..ye tak?

Jom tengok resepi...korang pun boleh cuba..


 
Sotong masak ala thai sedapppppp !!!

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg sotong

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

8 biji cili padi

2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu

2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)

1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)

1 biji tomato – potong dadu

Sedikit daun ketumbar


CARA MEMASAK:

1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan 

2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.

3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.

5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.

6. Sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba♥️


Kredit : Wan Maslinda Wan Mohamed


10 comments:

  1. Sedapppnyaaa! Suka menu ni ❤️❤️❤️😋

    ReplyDelete
  2. ada kita masak juga menu ni ikut resepi khairul aming...tp entrynya masih dlm draf haha

    ReplyDelete
  3. tgk pun dah terliur... nampak sedap

    ReplyDelete
  4. liez suka tapi bila buat sendiri macam bau sotong kuat sangat.. kena menuntut lagi ni

    ReplyDelete
  5. wowww sedap ni.. makan camtu je pun dh best sgt..

    ReplyDelete
  6. Wah..sedap ni..kna buat jgk ni..:)

    ReplyDelete
  7. Sotong masak begini fav saya sebenernya. Tapi memang tak pernah buat sendiri. Masih belum confident kalo nak mengolah seafood 🤣

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah