Saturday, May 17, 2025

Tauhu Bergedil Daging

Assalamualaikum...

SA memang plan nak buat tauhu bergedil...Jumaat petang SA inform dania rebus 10 biji kenyang, defrost minced meat Ramly, hiriskan daun sup dan daun bawang..bawang goreng xde nanti SA singgah Zemart beli bawang goreng...

Balik rumah je SA terus siapkan bahan untuk tumis minced meat..x susah pun buat bergedil daging ni..

1. Rebus kentang dan lenyekkan.., nak goreng kentang pun boleh tapi banyak kerja kang nak blend kentang lagi..better rebus
2. Tumiskan minced meat, bawang putih, bawang merah tumbuk, letak sos tiram, sos tomato dan sos cili, perasa dan sedikit garam..x nak letak sos cili dan sos tomato pun xpe..xde masalah...ikut tekak masing-masing..
3. Campurkan daun sup dan bawang goreng dalam kentang yang dh dilenyek...dh suam minced meat tu terus campur dan gaulkan semuanya dengan kentang

Done untuk inti...

Tauhu pok tu potong bahagian atas dan keluarkan isinya...isinya kalau nak amik boleh x nak amik boleh..tapi SA amik je..rugi kalau x amik..bazir je..benda mahal...


Inti bergedil yg dah siap


Tauhu pok yg dh siap dikeluarkan isinya


Tugas SA la ni...isi inti dalam tauhu pok


Inti banyak giler ..baru puas makan...


 Ni uang dh siap isi inti...masukkan dalam bekas kedap udara dan frozenkan...


Ni yg dh siap goreng


Kicap cili pedas..

SA dapat 56pcs tauhu bergedil...sekarang tinggal 15pcs je untuk stok..hahaha...malam semalam goreng, sarapan pagi tadi goreng, petang tadi goreng sebab adik bongsu dan adik no 3 balik...

Alhamdulillah...buat banyak, ramai merasa...


2 comments:

  1. Antara makanan kegemaran saya ni.. Memang kena bila cicah dengan sambal kicap.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah