Saturday, July 18, 2026

Sarapan Pagi Ini By Dania

 Assalamualaikum wrt...

SA dah jemu dah duduk di rumah...penat MC ni....nasib baik Dania balik petang semalam...lega skit SA..sakit mata ni buat SA asyik pening kepala....

Pagi ni sarapan semua by Dania....pagi ni Cikgu Etuza whatsaap bagi tau dia ada di KL sampai Isnin...ada sesiapa yang jumpa Cikgu Etuza ke?SA memang x dapat nak jumpa sebab tengah sakit mata kan..x sesuai nak jumpa orang buat masa ni..risau berjangkit ..harap-harap ada la kawan-kawan di KL dapat menyantuni Cikgu Etuza ..

Jom tengok gambar sarapan by anak dara SA....


Bihun goreng simple...xde rencah udang ke apa cuma ikan bilis di tumbuk dengan bawang


Bila Dania ada je keropok bergoreng..kalau x..memang xde la yg sudi nak goreng


Kopi 434


Alhamdulillah..sedap bihun goreng Nia...rasa macam Arwah Uwan dia..bertambah Uncle dia makan...

Ni tengahari x tau nak masak apa...SA ada rendam sotong tu...maybe buat sambal sotong dan ada ikan talapia merah...maybe buat steam la kot sebab PZ mintak steam limau...argh...jenuh la nak stim2 ni...kena carik daun ketumbar jap...


6 comments:

  1. Alhamdulillah, nampak sedap Dania masak bihun goreng. Bolehlah ibu Dania rehat-rehat di pagi hari.

    ReplyDelete
  2. Dania memang ada bakat memasak kan Kak SA..malu Aunty tau hihi

    ReplyDelete
  3. Ohh baru tahu cikgu etuza ada kat KL..
    Apapun semoga cepat sembuh kak

    ReplyDelete
  4. Syukurlah Dania ada balik. Dapat merasa masakan air tangan Dania. Bihun goreng simple pun dah sedap dah. Lagilah ditumbuk bahannya, laie sodap! Adalah pewaris masakan arwah uwan. Ada pulak tu keropok ikannya. Keropok ikan tu kalau belum goreng, dipandang sepi. Cuba dah goreng, sebalang besar pun boleh habis. Kann...
    sakit mata kena kuanratin, risau berjangkit tu. Semoga ada rezeki Cikgu Etuza bertemu blogger di KL.

    ReplyDelete
  5. Eh. Ada baki keropok tak bergoreng di dapur. Nak tengok nanti, masi OK ka tidak.

    ReplyDelete
  6. Bihun goreng mkn ngan keropok tu sedap

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah