Wednesday, September 10, 2025

Sarapan dan Lunch SA hari ini 10 September 2025

Assalamualaikum...

Hari ni SA bangun 4.30am...sebenarnya kunci jam 4.00am...tapi hari ni memang dah set x nak bawak bekal sebab semalam balik kerja penat sangat...so dari 4am asyik la off alarm sampai la pukul 4.30am...hahaha...penangan penat kan...ada 2 hari lagi kerja ni...

So pagi ni SA dan kak Nani turun ke food court yang baru renovation...masuk- masuk je..wow....santeknya food court..tapi tu la...new operator ni x banyak kedai buka la...ada 4 kedai je...SA beli maggi goreng kat Abg Bob...lama kot SA x makan masakan kat kedai ni..dari awal tahun rasanya sejak SA bawak bekal ke tempat kerja...



Cantik kan...


Kemas dan lebih selesa..


Maggi goreng, paru sambal dan kekacang plus sambal skit...Kak Nani belanja...SA x tau berapa harganya...hahaha...thanks to Kak Nani


SA beli CoffeeBot ni..Hazelnut Macchiato RM8


 Apam pisang beli kat LRT Pasar Seni RM3

Bihun sup untuk lunch beli kat kawan opis RM6..jarang- jarang SA makan bihun sup ni...selalunya makan mee sup...belasah je la..asalkan SA makan...


Bila x bawak bekal...begini la belanjanya...esok SA kena bawak bekal sarapan pagi aje sebab tengahari dah ada lunch provided sempena Townhall dengan big boss baru...esok kena la fikir nak bawak sarapan apa...

Korang sarapan apa hari ni?

Hadiah dari Kak Notie dah sampai dan SA suka sangat ni...nanti SA share kat next entry ye...


9 comments:

  1. pagi tadi masak megi goreng juga...hari nie tak masak lunch, sebab abang Mu'az ada koko..pukul 9 pagi kena masuk dah...jadi, masak sarapan je lah

    ReplyDelete
  2. Nampak lebih ceria, kemas dan luas ruang makannya. Alhamdulillah rezeki orang belanja. Hazelnut Macchiato macam sedap je gabungan ni. Bihun sup pun sedap juga.

    ReplyDelete
  3. Beehoon siap dengan sambal kicap. best ni

    ReplyDelete
  4. CoffeeBot tu menarik. Vending machine kan? Sini takde pulak.

    ReplyDelete
  5. casntik bersih foodcourt....semua nampak sedap sarapan pagi

    ReplyDelete
  6. Meriah menu breakfast smp lunch sis =)

    ReplyDelete
  7. Pagi tadi sarapan kuetiau goreng masa kursus.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah