Saturday, October 11, 2025

Daging Berlengas Ala Khairul Aming Menu Lunch Hari Ini...

Assalamualaikum..

Permintaan Dania hari ni...nak SA masak Daging Berlengas ala-ala Khairul Aming...sayang anak punya pasal so SA masak kan untuk Nia...sambil dibantu oleh dia sendiri la...SA beli daging kat Family Store dan bahagian daging tu yang lembut rupanya...SA potong sehabis nipis untuk kurangkan masa merebus dan daging cepat empuk...SA guna cara Khairul Aming sebab bahan simple dan mudah...cara masak pun senang..

Cuma SA sedikit derhaka sebab tambah bahan skit...

Jom tengok gambar...




Sayur bayam goreng

Telur dadar

 

Nak resepi Daging Goreng Berlengas?

SA cuba resepi "Daging Belengas" oleh Khairul Aming. Berikut adalah bahan-bahan dan cara memasaknya yang ringkas dan mudah:

​Bahan-Bahan Daging Belengas Khairul Aming:

  1. ​Daging lembu (1.5kg - 2kg)
  2. ​Lemak daging (jika ada, untuk rasa lebih sedap)
  3. ​1 sudu kecil serbuk kunyit
  4. ​1 ketul halia
  5. ​Bawang putih
  6. Kicap karamel (atau kicap manis)
  7. ​Sos cili
  8. ​Sos tomato
  9. ​Sos tiram
  10. ​Garam
  11. ​Serbuk rasa (secukupnya)
  12. ​Bawang Holland
  13. ​Cili padi (ikut tahap kepedasan)
  14. ​Kacang panjang

​Cara Masak Daging Belengas Khairul Aming:

  1. ​Rebus Daging: Rebus daging dalam air sehingga daging empuk dan air hampir kering (anggaran 30 minit).
  2. ​Goreng Daging: Selepas air kering, masukkan serbuk kunyit dan sedikit minyak masak (serta lemak daging jika ada) untuk menggoreng daging sehingga ia menjadi garing di luar, tetapi lembut di dalam. Pastikan minyak cukup panas.
  3. ​Sediakan Bahan Tumisan (Kisar): Kisar bawang putih dan halia hingga halus.
  4. ​Tumis dan Masukkan Sos: Masukkan bahan kisar (bawang putih dan halia) ke dalam periuk. Kemudian, campakkan kicap karamel (atau kicap manis), sos cili, sos tomato, dan sos tiram. (Ukuran sos boleh agak-agak sahaja mengikut citarasa).
  5. ​Perasakan: Perasakan dengan garam dan serbuk rasa secukupnya. Jika nampak kering, tambah sedikit air.
  6. ​Akhir sekali: Masukkan hirisan bawang Holland, cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai), dan kacang panjang. Kacau semua bahan sehingga sebati.
  7. ​Siap: Hidangkan daging belengas bersama nasi putih panas.

​Selamat mencuba!

Sedap makan hari ni...cuma kurang seorang..suami SA x balik kerja lagi dan dia terus buat grab sampai malam, tambah-tambah belanja dan tutup apa2 expences katanya....

Dah makan ni mata berat kan...

SA nak tido la...hahaha....lama x tido petang ni...

6 comments:

  1. Daging siap rebus ada sebekas dalam freezer tu boleh la buat daging belengas ni. Tak pernah buat sejak viral.

    ReplyDelete
  2. PH selalu fail kalau masak daging, unless guna pressure cooker. Teringin nak try goreng terus gini w/out rebus tapi asyik tak jadi :(

    ReplyDelete
  3. pernah buat lauk ni. simple dan sedap!

    ReplyDelete
  4. Saya save dulu resepnya 😍. Masih ada daging di kulkas, tak tahulah nak buat apa nih. Kecap karamel itu akhirnya saya ketemu ada yg jual di marketplace. Tp dari Batam pengiriman. Dan ternyata produk Malaysia juga . Baru kali ini saya lihat kecap karamel

    ReplyDelete
  5. MZ kdg2 masak jugak daging gini..cuma lately dh lama tak masak2 daging

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah