Showing posts with label RESEPI DAGING. Show all posts
Showing posts with label RESEPI DAGING. Show all posts

Saturday, June 14, 2025

Daging Korban Goreng Kicap

Assalamualaikum...

Malam ni SA x terasa nak makan nasi... SA nak buat mee goreng daging...tapi PZ plak xde lauk nak makan malam kan..SA ada keluarkan lebih skit daging korban..semalam adik bongsu PZ ada hantar ke rumah...

Separuh SA buat masak kicap je untuk PZ...separuh lagi buat mee goreng...

Jom la SA share resipi..ni style SA tau...ada bahan yang xde macam daun bawang...selalu SA ada stock..ni xde plak...




Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap


Bahan bahan

250 gram daging hiris nipis2
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia 
3-4 sudu besar kicap manis
1 biji bawang besar - hiris
4 tangkai cili padi dihiris

Cara cara: 
Daging dipotong dihiris nipis. 
Daging kemudiannya dilumur garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris.
Tumis sehingga wangi. 
Masukkan daging dan kacau rata

Masukkan sedikit air dan biarkan daging sehingga empuk. Jika belum empuk, boleh tambah air.

Tambahkan kicap

Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris, cili padi atau cili besar hijau dan merah. Sebelum dihidangkan, tabur dengan daun bawang atau daun saderi. SA x letak sebab xde..

Selamat mencuba....

Daging korban banyak kan..so menu daging je la banyak lepas ni..esok SA nak buat sup tulang plak...


Friday, January 17, 2025

Resepi & Cara-Cara Masak Daging Merah Ala Kedai Thai

Assalamualaikum...

Kalau makan kat kedai tomyam, x sah kalau x order daging masak merah kan? Nak masaknya mudah aje sebenarnya..kat bawah ni SA sharekan resepi dan cara-cara memasak..SA ada buat sikit baru - baru ni tapi sebab dah lapar sanagt lupa plak nak amik gambar..masak untuk 2 orang je dengan baki daging yang SA beli sebelum ni...resepi SA ambil dari group FB...

Jom tengok resepi...


Credit photo to Google.com


Cara-cara masak Daging Merah Ala Kedai Thai

Bahan-bahan:

  • 300g daging
  • 70ml air rebusan daging
  • 10ml pewarna merah
  • 3g bawang putih dicincang
  • 150g bawang besar dihiris
  • 10g cili api
  • 15g cili merah
  • 20g sos tiram
  • 2 sudu besar Cili Sos (jika suka)
  • 1 Kiub Pati Lembu Knorr Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
  • 70g kacang panjang
  • 70g lobak merah
  • 1 paket baby jagung


Cara penyediaan:

1. Lumurkan pewarna pada daging ( biarkan 1/2 jam supaya warna melekat pada daging)

2. Rebus daging sehingga empuk.

3. Panaskan minyak sedikit, tumis bawang putih.

4. Masukkan daging. Kacau sebati dahulu.

5. Masukkan sos tiram, Kiub Pati Lembu Knorr dan air rebusan daging.

6. Kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah,baby jagung, bawang besar dan cili.

7. Masak sehingga naik bau.

8. Hidangan siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.


Credit resepi : Group FB Menu Kampung Latest 2025


Wednesday, November 6, 2024

Resepi Singgang Daging Ala Kelantan

Assalamualaikum...

Siapa pernah makan singgang daging?

SA pernah makan sekali kawan office bawak...ya allah sedapnya...dah orang bawak kita rasa x kan lah nak over makan kan..samapai la sekarang SA terbayang- bayang singgang daging ni...sekali terjumpa di salah satu group masakan di FB...

bahan pun senang aje..SA nak cuba buat la..tapi selepas 9hb la..selepas SA check up nanti...tapi kalau boleh SA nak buat nanti letak tetel and lemak- lemak skit..bukan lah daging semata kan.erm..dapnyaa....

Jom la tengok resepi



credit photo pemilik resepi





Senang kan resepinya?

Selamat mencuba!!

Monday, October 21, 2024

Resepi Daging Goreng Thai..

Assalamualaikum..

Dah hampir sebulan SA x sentuh daging. Ni semua gara- gara 9 November nanti SA ada medical follow up dengan doktor SA di KPJ..tak makan daging tapi SA kerap plak makan telur..hahaha...sama je kan..so start minggu ni SA nak stop pengambilan telur..ikan bilis dan seafood. seafood macam udang dan sotong tu last SA makan awal bulan hari tu..ke hujung bulan rasanya...lepas tu banyak makan ikan dan daging ayam je...

Tadi tengah scroll FB ternampak resepi ni terus SA copy je..nampak senang dan nampak menarik sangat..so SA share kat sini untuk korang jugak..jom sama- sama buat nanti ye...



photo credit kepada yang empunya resepi

 

RESEPI DAGING GORENG THAI

BAHAN-BAHAN :

  • 800g daging.
  • 5 sudu biji ketumbar (dikisar/ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris halus)
  • 1 sudu besaf lada hitam (dikisar/ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam
  • Butter/majerin untuk menumis

BAHAN SOS :

  • Serbuk cili thai
  • Gula kabung atau somtam jika tiada pakai 2 sudu gula putih
  • 2 sudu beras digoreng/disangai (dikisar halus)
  • 2 sudu air limau nipis
  • 3 sudu air asam jawa
  • Kicap sotong/sos ikan
  • 3 ulas bawang kecik merah (dihiris nipis)
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang

CARA MEMASAK :

1. Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter & bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam.

2. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih.

3. Masukkan daging yang telah diperap. Kacau sebati.

4. Bila air mula kering, kacau hingga sebati.

5. Kecikkan api & masukkan bahan sos ke dalam daging & kacau rata.

6. Siap !


Kredit : Explorasa


Tuesday, May 28, 2024

Resepi Kerutuk Daging Kelantan Style

Assalamualaikum...

SA jarang masak kerutuk tapi suka makan kerutuk...asyik buat kari, masak lemak cili api je kan...sesekali masak la style lain...tapi ni bukan gambar SA ye..ni gambar dari blog Kak Azie Kitchen...kita kasi kredit la rupa paras daging kerutuk beliau...knowing kak Azie kan hebat dalam dunia masakan. Resepi dari kak Azie memang senang aje nak ikut...bahan pun kebanyakkan senang cari...

Kerutuk ni sedap betul..buat pekat-pekat macam tu..SA buat hari tu guna daging batang pinang dan campur tetel sikit...laju je PZ dan Dania makan...itu yang tak sempat nak amik gambar..dah sudah makan baru ingat tak amik gambar...sesekali masak lain dari kebiasaan memang laju la memasing kan...

Jom tengok resepi...



 

KERUTUK DAGING KELANTAN STYLE

Bahan bahan:

  1. Daging secukupnya (SA guna batang pinang)
  2. 6 ulas bawang merah - hiris
  3. 3 ulas bawang putih - hiris
  4. Sedikit halia - hiris
  5. 3 sudu besar rempah kerutuk
  6. Gula Melaka
  7. Garam
  8. Asam keping
  9. Kulit kayu manis dan bunga lawang
  10. 1 sudu besar kerisik
  11. 1 kotak santan kotak


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris bersama kayu manis, bunga lawang sehingga kekuningan. Masukkan rempah kerutuk yang tidak dibancuh dengan air dan goreng rempah kerutuk dengan pantas. Masukkan sedikit air dan masak sehingga rempah benar benar garing dan keluar minyak.

Masukkan daging dan kacau rata sebelum masukkan sedikit air dan masak sehingga daging empuk. Saya masak dahulu daging dengan pressure cooker bagi mempercepatkan ianya empuk.

Setelah daging masak, barulah dimasukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula gula melaka, kerisik, garam dan asam keping.

Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih, cicah roti atau dimakan dengan apa sahaja.


Kredit resepi dan gambar: Azie Kitchen


Sunday, March 17, 2024

Resepi Daging Dendeng Perak Style

 Assalamualaikum..


Siapa yang x dapat battle daging dendeng KA? Haha...SA antara yang x dapat..lepas tu dah malas dah nak cuba...SA jenis kurang sabar..baik SA buat sendiri...boleh buat banyak dan puas makan...

Bahan-bahan resepi yang SA jumpa kat FB ni memang mudah..SA nak cuba buat sikit la nanti..try and error kan..x cuba kita x tahu kan...



DAGING DENDENG PERAK


Daging

Kicap

Serbuk lada hitam

Bawang merah

Bawang putih 

Halia

Serai

Cili kering kisar

 Air asam jawa

Garam

Gula


Rebuskan daging dgn serai dan bawang putih. Nak cepat,masuk dlm pressure cooker. Kemudian dihiris tipis dan ketukkan kemudian gaulkan dgn kicap manis dan kicap masin sikit dan serbuk lada hitam .Perapkan sebentar dan gorengkan.

Kisarkan bawang putih, merah , halia dan serai. Kemudian toskan airnya. Tapi airnya jgn dibuang boleh guna kemudian.

Lebihan minyak gorengan daging tadi masukkan bahan2 kisar tadi dan cili kering yg telah siap kisar. Tumiskan sampai terbit minyak masukkan air bawang2 tadi dan sedikit air asam jawa. Masakkan sampai kering dgn api yg sederhana besar. Rasakan dgn gula , garam dan serbuk perasa. Bila dah pekat masukkan daging yg telah digoreng tadi. 

SIAP. 😁👍👍👍


Kredit: Nor hayati Jamaludin (MAHN)


Saturday, March 16, 2024

Resepi Daging Masak Lada Hitam Tok Nah

Assalamualaikum...

Hi korang...

Dah prepare bahan nak masak untuk berbuka ke tu?

SA scroll FB sekali terjumpa resepi ni ..nampak menarik memandangkan ini resspi turun temurun kata sumber yang share ..

Sebagai seorang penggemar daging...SA share kat sini sebagai rujukan ye...korang pun bleh share resepi ni sekiranya buntu x tau nak masak apa...

Ting!!! Esok nak pi Jaya Grocer la cari daging steak...boleh masak macam ni sebab daging steak x perlu masak lama dan tekstur lembut kan...

Jom tengok resepi...



 

Resepi Daging Masak Lada Hitam Tok Nah

500++ grm daging

Kentang 2 biji yg di potong bulat, dilumur garam kunyit dan digoreng

10 ulas bawang putih*

2 sudu makan lada hitam biji*

2 sudu makan jintan manis biji*

Halia sebesar dan sepanjang ibu jari*

Kicap lemak manis 2 sudu besar*

Sos tiram 2 sudu besar*

Gula perang 1½ sudu makan paras²* (if gula putih 1 sudu paras dah ok)

Kiub ayam separuh (tak nak pun tak apa ganti garam sikit)*

Cuka 1 sudu kecil

Minyak secukupnya

Bahan hiasan yg dimasukkan 2-3 minit sebelum tutup api

Bawang besar 1, cili merah 1, tomato 1 dipotong 4, daun bawang dan daun sup


Cara

Blend bahan yg bertanda *

Perap daging yg dipotong nipis dgn bahan yg diblend selama 20min

Masak daging yg diperap bersama sedikit air sehingga daging empuk dan kuah agak pekat (if belum empuk tambah air. Kalau guna noxxa hp 25, kemudian stir fry sampai kuah agak pekat)

Bila kuah agak pekat, masukkan minyak yg diguna utk goreng kentang tadi dalam 1 senduk

Masukkan kentang yg digoreng dan bahan² hiasan yg disenaraikan di atas, masukkan cuka dan adjust rasa mana² yg belum cukup, sila tambah.


Sumber : Maggie Mohamed


Tuesday, February 6, 2024

Resepi Daging Dendeng Perak Style

Aassalamualaikum...

Sekarang fenomena Khairul Aming punya Dendeng kan...siapa yang lepas masa battle beli dendeng KA hari tu? SA tak cuba la..sebab SA sejenis malas nak berebut- rebut...tapi seronok la...bangga gak tengok kejayaan KA bila 80k lebih dendeng dia terjual dalam masa 3 minit...ramai kagum dan x kurang jugak yang mengutuk...yang kutuk tu semua looser la tu...x boleh tengok kejayaan orang...

SA scroll FB la ni ramai pengusaha daging dendeng start enjin promote product diorang...ada yang dendeng daging Sumatera tu..itu memang sedap dan SA dah selalu beli kalau teringin makan daging dendeng..dan SA tiba- tiba terjumpa resepi ni...SA nak simpan kat sini sebab SA nak cuba buat...asyik beli je kan..lagipun SA tengok resepi dan cara buat dia senang je..bahan pun takde yang pelik- pelik..yang ada di rumah je...



Gambar credit to FB Petuaemak



Resepi Daging Dendeng Perak Style


Bahan-Bahan:

  1. 1 kg daging (tak mo yang banyak lemak yer)
  2. – Rebus hingga lembut, pastu potong, jangan potong tebal-tebal yer.
  3. – Kemudian renjiskan kicap manis pada daging gaul rata.
  4. – Panaskan sedikit minyak, goreng daging sekejap, angkat dan toskan.
  5. – Kemudian tumbuk daging guna lesung batu, deng..deng..deng.. jangan tumbuk sampai hancur pulak tau


Bahan Lain:

  1. 6 batang serai diketuk, pastu goreng sampai agak perang toskan (serai memang kena banyak baru original dendeng)
  2. 10 helai daun limau purut (yang ni saya saja buh nak bagi wangi)
  3. 1 cawan air rebusan daging
  4. 2 sdb gula
  5. 1 sdt garam
  6. 1/2 cawan air asam jawa (sederhana cair)
  7. Sedikit bahan perasa
  8. Kicap manis
  9. Kicap masin
  10. 1 dan 1/2 cawan bawang goreng, lagi banyak lagi sedap.


Bahan Kisar:

  1. 25 tangkai cili kering (nak pedas boleh tambah)
  2. 3 biji bawang besar
  3. 8 ulas bawang putih
  4. Sebesar ibu jari halia
  5. 5 batang serai hiris (bahan utama dendeng jangan skip tau)
  6. 1 cawan minyak masak


Caranya:

1. Masukkan bahan kisar dalam kuali. Kemudian, masukkan 5 helai daun limau purut yang dah dicarik-carik dan serai yang dah digoreng. Masak hingga naik minyak dan berubah warna.

2. Masukkan gula, garam, air asam jawa, masak lagi hingga agak garing. Bila dah agak garing masukkan air rebusan daging.

3. Renjiskan kicap manis (kicap manis kena lebih yer) kemudian, renjiskan sedikit sahaja kicap masin (sekadar nak bagi gelap).

4. Bila dah pekat dan hampir kering terus masukkan daging dan baki daun limau purut, gaul sebati.

5. Masukkan pula bawang goreng, gaul sebati. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia untuk dihidang. Boleh buang lebihan minyak

Join group resepi👉:  t.me/petuaemak


Monday, November 27, 2023

Resepi Daging Masak Hitam

Assalamualaikum..

Selamat bekerja bagi semua yang sedang bekerja. Buat surirumah pula selamat menjalani rutin seharian dia rumah atau dimana sahaja...hari ni SA nak share dengan korang resepi daging masak hitam. Bukan SA yang buat ni tapi SA jumpa resepi dan share di sini untuk rujukan SA. Ini la lauk utama masa kenduri kahwin SA September lepas..SA suka sangat lauk daging masak hitam cumanya SA x pandai buat..nak kena try and error...setakat ni masih blom jadi macam yang SA nak...hehehe...takpe nanti cuba lagi...

SA bab memasak ni lebih kepada hobi. SA x pandai mana pun masak memasak ni tapi SA rajin mencuba..bila menjadi tu adalah satu bonus buat SA..selalunya SA masak main belasah campak- campak je menjadi. Setakat lauk pauk boleh la buat campak- campak..kalau buat kuih SA sangat- sanagt failed...ni SA kena la belajar buat kuih pulak..adik yang pandai buat kuih dah jatuh sakit..doktor cakap sekurang- kurangnya 6 bulan masa untuk dia pulih..so dia dah sihat nanti boleh la request dia buat kuih...rindu kat donut gebu dia...



kredit gambar empunya resepi

 

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan :

1kg daging lembu

Kicap cap unta/kicap tongnam

2 sudu gula atau gula apong

Setengah sudu serbuk jintan putih

Setengah sudu serbuk jintan manis

1 cawan kismis

Minyak utk menumis

Serbuk secukup rasa

Rempah tumis 4 sekawan


Bahan Blend :

20 tangkai cili kering

Bawang putih blend 1 sudu

Bawang merah blend 2 sudu

1 batang serai

Lengkuas 2 inci

Halia 1 inci


Cara masak

1. Perap daging yg telah dipotong dgn 2 sudu gula apong dan kicap selama 3 atau 4jam.

2. Blend bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai dan cilii kering.

3. Tumis rempah 4 sekawan. Bila dah terbit bau, masuk kan bahan2 blend dan tumis hingga kekuningan.

4. Masukkan daging yg telah diperap dan gaul rata dengan tumisan yg telah kekuningan.

5. Tambah setengah sudu serbuk jintan putih, setengah sudu serbuk jintan manis. Tambahkan secukup rasa dan gaul rata.

6. Tambah kismis 1 cawan dan air 1 cawan. Masak hingga air tumisan kering. (Anak request kismis jgn di blend. Suka makan kismis begala)

7. Bila kuah dah agak kering, tambahkan kicap dan perasa ikut rasa masing2. 

8. Siap utk dihidang.


Kredit empunya Resepi Istimewa PG CakeCraft


Wednesday, May 10, 2023

Resepi Daging Kaprau

Assalamualaikum...

SA kan...bercadang nak bawak bekal semula next week...minggu ni SA manja- manja dengan immune badan blom kuat lagi...tapi sebolehnya nak bawak bekal next monday. Bukan apa...jadi masalah kat SA bila SA x tau nak makan apa..dah la selera meragam kan,.so kat telegram SA cari la resepi-resepi simple je...sekali terjumpa resepi ni...eh...menarik dan bahan pun tak banyak...bahan mudah cari la senang citer..

Jom korang...korang pun boleh cuba resepi ni...memang simple...kalau guna daging batang pinang should be ok ni...x pun bleh guna dagijg buat steak tu kan...lembut skit...kalau daging cincang pun ok jugak kot sebab ada lemak- lemak...



 

Resepi Daging Kaprau. 

Bahan-bahan:

  1. Daging yg telah diperap dgn Pes Tomyam Adabi selama setengah jam
  2. Bwg besar yg dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)
  3. Cili api yang ditumbuk
  4. Sesudu sos cili thai dan sesudu kicap manis
  5. Daun limau purut (dihiris kasar)
  6. Sedikit gula


Cara-cara:

1. Tumis separuh bahagian bwg besar dan cili api sehingga garing.

2. Kemudian, masukkan daging yg telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging pun dah kering. 

3. Lepas tuh, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata.

4. Masukkan sedikit gula. Dah siap.


Kredit : Resepi Dunia Masakan


Tuesday, April 11, 2023

Resepi Daging Masak Hitam

Assalamualaikum...

Yeay..SA dah dapat dah resepi daging masak hitam ni...simpan sini untuk rujukan...senang rupanya resepi daging masak hitam ni...tapi kena pakai daging batang pinang atau kalau ada duit lebih beli la bahagian daging yang lembut sikit so proses masak tu tak terlalu lama...Mantai nanti SA nak ikut Pak Zain pi beli daging la...lama dah x ikut..selalu bagi duit jer kat Pak Zain..

Maybe ada antara kornag dah tau resepii dan dah pernah ...tapi SA nak simpan sini jugak..senang nanti..nak masak bleh rujuk resepi...tak semua resepi daging masak hitam sama bahannya...tapi SA nak cuba yang ni sebab bahan dia senang je...

Jom tengok resepi...



 
DAGING MASAK HITAM


Bahan2:

  • Daging (saya rebus dulu)
  • 2 biji bawang merah hiris
  • 2 ulas bawang putih hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk jintan putih


Bahan blend:

  • Cili kering (ikut kepedasan msg²)
  • 4 biji bawang merah
  • 3ulas bawang putih
  • Halia


Tumis bahan hirisan,daun kari,bunga lawang kulit kayu manis hingga layu

  • Masuk kan bahan blend tumis hingga pecah minyak
  • Masuk kan serbuk jintan manis dan jintan putih
  • Masuk kan daging
  • Kicap pekat (agak² je)
  • Kicap manis (agak² je)
  • Air asam jawa

Garam/gula/aji

Siap


Kredit: nurul nadia


Monday, February 13, 2023

Resepi Kerutuk Daging

 Assalamualaikum...

Siapa suka makan kerutuk daging? SA mula pandai makan lauk kerutuk daging ni masa pi Kedah...ada pi rumah kawan kat Kedah dulu...sedap betul mak dia buat...memang lauk kerutuk ni selalunya belah- belah utara yang buat kan...ke salah? SA masih x lupa la kesedapan lauk kerutuk daging ni..nak buat tak berapa nak pandai dan pernah buat tak menjadi...sudahnya repair balik terus jadi kari...sayang la kan takkan tak jadi terus nak buang...

Tnegah- tengah scroll page resepi SA terjumpa resepi kerutuk daging ni...tak tunggu lagi SA nak simpan la kat blog ni...senang SAa nak rujuk kan...korang pun boleh gak cuba buat nanti...katanya pun sharing is caring...ni tak lama lagi nak bulan puasa ni..memang sedang elok la kalau buat lauk- lauk macam ni...makan dengan nasi panas..memang sedap la....

Jom kita tengok resepi jom...




RESEPI KERUTUK DAGING


Daging (potong ikut suka)

1bj bawang besar*

3ulas bawang putih*

5btg serai*

1inci halia*

6tgkai cili kering*

1inci lengkuas (ikut suka)* saya skip

Sdikit jintan manis (ikut suka)*

Kerisik (ikut suka)

1bungkus rempah kerutuk

1/2kotak santan

Gula (gula nisan, melaka, perang or gula biasa)

Serbuk perasa

Garam

Rempah 4 sekawan


Cara

1. Potong kasar bahan bertanda * dan blend hingga halus bersama sedikit air dan minyak..

2. Tumiskan rempah 4 sekawan... bahan blend hingga garing dan masukkan serbuk rempah tumis hingga pecah minyak baru masukkan daging bersama santan dan kerisik..masak hingga daging empuk

3. Dah empuk baru msukkan gula dan serbuk perasa...kuah ikut suka nak tahap kapekatan tu camna..kalau suka berkuah boleh tambah air..Kalau nak kering terus masak sampai kering...

Selamat Mencuba😉

Kredit Resepi : jamaliah samsudin



Tuesday, January 31, 2023

Resepi Daging Paprik

Assalamualaikum...

Memandangkan x lama lagi kan nak puasa dah...so memang patut pun kita share resepi- resepi simple untuk berbuka dan sahur kan...macam lauk Paprik Daging ni...SA memang suka makan apa je yang berasaskan daging...so hari ni SA jumpa resepi daging paprik. Simpan sini untuk rujukan nanti senang kan...

Sebenarnya lama dah x makan daging paprik...teringin nak buat, biasa makan kat kedai Siam memang akan order daging paprik ni.....tengok la Sabtu nanti nak buat. lagipun En Tunang ada nanti Sabtu dan SA ada plan nak salai daging...macam- macam plak dia teringin nak makan...




RESEPI PAPRIK DAGING

Bahan-bahan

Daging 1/2 kg (ikut suka banyak mulut yang nak makan)

Bawang putih - 4 ulas

Bawang merah besa - 1 biji

Lobak merah + baby corn + kobis bunga - potong ikut suke

2 sudu sos cili

1 sudu sos ikan

1 atau 2 sudu kicap

2 sudu sos tomato

2 sudu sos tiram

daun limau purut

Serai dn halia

gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak

Rebus daging sampai empuk dan jangan buang air rebusan

Tumis bawang putih,bawang merah,serai dan halia 

Masukkan sos cili dan sos tomato sos tiram sos ikan dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit)

Masukkan lobak merah bagi empuk dan daun limau purut
Masukkan daging
Masukkan baby corn dan kobis bunga

Gula dan garam secukupnya..biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang merah 
Kacau sedikit dan angkat 

Nak rasa cun lg boh cili api dan daun bawang

Kredit Resepi : nurul hawa nadila sari


Friday, February 4, 2022

Resepi Kari Kambing Sedap

Assalamualaikum...

Hi korang...

2-3 hari ni asyik lepak mamak je kan...lepas tu x dapat- dapat makan kari kambing macam dalam gambar tu...geram je...asyik takde jer mamak tu cakap...apo bondo kan meniaga kedai mamak tapi takde kari kambing...eh...silap...apalah rupanya makan roti canai kalau xde kari kambing...hehhee....pergi pasar pun orang jual daging kambing x buka gerai...dah kenapa semua takde erk...x kan nak boikot macam boikot ayam jugak...semalam dapat la makan kari kambing..tapi bukan macam dalam gambar tu...dapat seketul besar macam kari daging hari Selasa lepas....

Kena masak sendiri la nampaknya...tapi yang kat bawah ni bukan SA yang masak...SA amik dari telegram and share kat sini...senang nak refer...bukan la x reti masak kari kambing..reti jer...cumanya nak lain dari yang biasa masak...nak yang macam mamak...x nak masak guna santan...tapi nak masak guna susu..baru ada umphhhh......



Resepi Kari kambing


Kambing 1kg direbus sampai empuk dgn serbuk kunyit .halia n garlic yg ditumbuk dgn batu lesung..baru sedap..jgn malas pakai blender yek..😃😃.

Tumisan

Kayu manis 2

Bunga cengkih 5

Bunga lawang 2

Pelaga 5

Jintan manis 1sdb

Daun kari

Cili kering 10tangkai dipotong

Bawang 4labu dihiris mayang

Tomato ceri 15biji..

Santan / Susu


Tumiskan semua bahan diatas sampai layu n then masukan daging kambing da telah direbus n letak air 1cawan stok kambing...n masukan serbuk ketumbar 1sdb,serbuk cili kering 2sdb, dan serbuk kari ayam 3sdb....biar mendidih n kering sampai jadi pekat..n masukan garam n aji ..n daun ketumbar siap


Kredit Resepi : rani ganga via mahn


Friday, January 14, 2022

Resepi Beef Stew

Assalamualaikum...

Hi korang...

SA adalah penggemar masakan berasaskan daging, tidak kira sama ada daging lembu atau kambing, umumnya daging merupakan antara jenis makanan yang sering diambil oleh kebanyakan individu. Kedua-dua daging ini mengandungi banyak nutrisi dan zat-zat penting. Kedua-duanya juga mempunyai kualiti yang hampir sama. Secara perbandingan, kandungan protein dalam lembu dan kambing adalah tidak jauh beza, tetapi kandungan lemak mungkin berbeza.

Haa kisahnya pasal daging kan..menu daging memang selalu ada kat rumah SA...kadangkala sampai asyik ulang menu dan SA sedang mencari menu lain untuk pelbagaikan...xde la tertakluk satu dua menu aje kan...SA nak cuba resepi Beef Stew ni...so park dulu kat blog...nanti malas nak cari lagi...korang pun boleh share jugak kan...


Kredit photo @ResepiDuniaMasakan


BEEF STEW

Bahan-bahan:
1/4 cawan + 1 sudu besar tepung serbaguna
Sedikit garam
Lada hitam yang ditumbuk kasar
1.5 kg daging lembu
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- di cincang kasar
2 sudu besar pes tomato
4 cawan air
2 kiub stok daging
2 helai daun bay
4 tangkai daun thyme (jika tiada boleh guna yang kering)
3 batang carrot- dipotong
3 batang daun celery medium- dipotong
4 biji kentang- dipotong empat atau dua
1 cawan kacang pis dalam tin

Cara membuatnya:
1.Campurkan tepung bersama 2 sudu kecil garam serta lada hitam, gaul sebati. Potong daging seperti kiub sebesar 1 atau 1 1/2 inci. Kemudian gaulkan daging bersama tepung tadi.
2.Panaskan minyak. Toskan daging daripada tepung tadi dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga keperangan, angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan periuk yang sama, masukkan pula bawang besar, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan pes tomato, dan gaul sehingga sebati.
4. Masukkan 1 sudu besar tepung dan kacau sebati. Masak selama 2-3 minit supaya tepung itu betul-betul masak.
5. Kemudian masukkan daging, air, kiub stok lembu, daun bay dan daun thyme. Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api yang sederhana. Biarkan ianya mereneh selama 1 jam atau sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu
6. Setelah daging empuk, masukkan sayur- sayuran dan ubi kentang. Masak sehingga empuk. Setelah itu masukkan kacang pis dan perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam. 


Kredit resepi dari telegram @ResepiDuniaMasakan

 


Tuesday, April 7, 2020

Resepi Paru Berlada MCO By Suria Amanda

Hi korang....

Hari ni MCO/PKP day 21 kan...makin lama makin mereput duduk rumah ni..tapi hari ni SA rajin skit nak share resepi kat blog ni...resepi simple je...takde nak bagi susah- susah...benda senang dan simple je..resepi ni pun gara- gara terjebak dengan Sis Lin dan ternampak dia update kat blog...SA dah lama tak masak Paru berlada ni...dan terperasan ada stok paru dalam fridge...terus je masak sebab adik SA request jugak untuk dia bawak bekal pi kerja. Yes adik SA mommy si Dida tu nurse...so dia memang kerja sepanjang PKP ni....kedai makan pun takde buka katanya so memang kena bawak bekal.

Masa MCO dan WFH ni tekak memang nak makan macam- macam kan...salah satunya paru goreng berlada ni la...nak masak tak susah mana pun..bahan pun senang je...

Jom tengok resepi...

Paru Goreng Berlada

Bahan- Bahan
  1. Paru  - 1/2 kg
  2. Cili padi  - 20 biji/ ikut tahap kepedasan korang
  3. Bawang kecil  - 6 ulas
  4. Bawang putih - 5 ulas
  5. Sos Tiram 2 sudu - ikut suka kalau nak letak
  6. Bawang besar 2 biji - hiris memanjang
  7. Bahan 2-4 tumbuk kasar

 

Paru berlada yang dah siap dimasak letak atas sekali ha...bagi impact terliur tu...hehehe...


Bahan hirisan dan yang dah ditumbuk...


Paru yang dah siap di rebus dan dihiris nipis


Gaulkan dengan garam dan sedikit kunyit serbuk..


Goreng dalam minyak yang banyak dan cukup panas agar paru masak sekata


Tumis bahan tumbuk dan hiris tadi ye...goreng sampai naik bau dan sedikit garing...perasakan garam dan SA tambah sedikit sos tiram


Paru yang dah siap di goreng


Tadaaa...dah siap...

Style SA masak paru ni bagi tekstur dia kekal garing dan tak lembik senang aje ye...jangan campurkan sekali paru semasa sambal masih panas..bila dah suam- suam kuku baru gaulkan paru tadi dengan sambal. So tekstur dia nampak cantik. SA tak suka kalau paru tu lembik sangat. Tak feel nak makan...kalau liat sanagt pun tak sedap..rasa macam makan getah plak...petua untuk mendapatkan Paru yang sedap, seeloknya beli Paru lembu tempatan..tapi kalau dah takde boleh je guna Paru yang di jual di pasaraya. Seeloknya paru tersebut direbus terlebih dahulu dalam jangka masa 1-2 jam untuk melembutkan. Melainkan kalau gigi korang kukuh dan kuat. Semua tau kan struktur Paru sangat liat kan..sebab tu kena rebus lama. Selepas direbus dan disejukkan seketika boleh la hiris nipis mengikut citarasa.then baru la korang goreng dan ikut step by step macam kat atas tu...

Selamat mencuba ye...

Monday, December 30, 2019

Masak Lemak Cili Api Daging Salai Campur Terung Telunjuk

Hi korang...

Sabtu lepas kan birthday mak SA, sebelum ni Mak Abah ada la balik kampung sekejap untuk salai daging. Laaa salai daging sampai balik kampung kan..hahaha..xde la..sebenarnya kalau salai daging kami memang suka salai dengan sabut kelapa sebab aroma salai tu yang akan menyedapkan bau daging tu selepas dijadikan masakan. Biasa kalau kat NS ni daging salai memang dimasak masak lemak cili api. Lepas tu di campur dengan sayur- sayur segar yang ada contohnya pucuk ubi, terung telunjuk dan sebagainya. Kali ni SA campurkan dengan terung telunjuk. Sedap...

Sebenarnya lauk ni permintaan birthday girl kan...so kita layankan aje....


Salai daging guna sabut kelapa..kena make sure tak melibatkan api ye..nanti hangus x sedap


Terung telunjuk..


renehkan daging dengan cili api dan serai...reneh lama sikit agar daging tak liat


masukkan santan dan make sure kacau selalu agar tak terbit minyak


Masak dah

tadaaa dah siap..

Korang nak jugak masak macam ni? Nasib baik SA rajin nak bagi resepi....

Masak Lemak Cili Api Daging  Salai

Bahan-bahan
1kg daging ( disalai guna sabut kelapa)
Cili api segenggam & kunyit hidup ditumbuk halus
3 batang serai- dititik
1 kg Santan
Terung telunjuk 7 biji belah 2
Garam

Cara-cara
Masukkan santan + cili api + serai dlm periuk..kacau selalu agar tidak bertahi minyak..tambah air jika perlu, biar mendidih dan agak pekat santan tu
Masukkan daging salai yang dah dihiris
Perasa kan garam
Masukkan terung telunjuk, biar seketika sambil di kacau selalu
Tutup api
Siap

Selain dari dari terung telunjuk biasa SA masukkan pucuk ubi, apa yang sedap dicampurkan dalam masakan daging salai? Ada orang suka campur buah bacang , mangga muda, daun gelugor atau campur buah belimbing buluh..semua ni memang sesuai dicampur dengan Masak Lemak Cili Api Daging Salai...sedap sangat...korang cuba la..

Wednesday, February 21, 2018

Resepi Daging Steak Masak Kicap

Hi korang...

Yeay SA dah habis dh entry task review so dah boleh la focus kat entry- entry santai..kalau hari- hari tengok entry review sure bosan kan..macam mana korang bosan macam tu gak la SA...rasa nak muntah...bukan tak suka tapi sebab tanggungjawab dan dah commit kan..kena la laksanakan...nak plak ada yang payment dah dapat..so kena la siapkan awal- awal..so kita nak start hari ni dengan entry Resepi...lama dah rasanya tak share resepi..kata food blogger..kata mommy blogger gak kan..well kali ni SA beli daging steak..mak oiiii...daging steak mahal kan...tak la korang..SA last week pergi Jaya Grocer kat area rumah SA. Memang selalu pun beli barang basah kat situ..bukan SA nak menunjuk ke apa ye..bukan orang have have jugak...dah kenapa ada yang rasa beli barang kat Jaya Grocer ke Village Grocer ke orang tu orang ada-ada..kalau orang ada- ada SA ni tak yah kerja dah..duk umah goyang kaki jer...kan?

SA suka beli barang kat Jaya Grocer sebab semuanya fresh, baik makanan mentah, makanan kering, buah- buahan dan sayur- sayuran semuanya fresh..so nak dijadikan cerita memang la harga tak sama dengan pasaraya lain..harga diorang sedikit mahal..tapi berpada- pada la ambil..bijak la bezakan..mana yang murah boleh beli..yang mahal ko pandang sipi- sipi jer..hehehe...so SA beli daging yang khas buat steak...satu pack tu RM17 lebih...berat dalam 200 gram..kira ok la compare beli daging kat pasar malam sekilo sampai RM38 kan...SA makan sorang kot...pas tu beli udang, sotong dan ayam sikit...ayam kampung kat Jaya Grocer cukup untuk stok 2 minggu seekor RM13-RM15..haaa...mahal ke murah? kena bijak la berbelanja kan...

okey la dah penat panjang lebar menceceh ni...jom tengok resepi..

RESEPI DAGING STEAK MASAK KICAP



BAHAN- BAHAN


  1. Daging steak 200gram hiris nipis - bersihkan dan tos
  2. Bawang putih 4 ulas  - hiris
  3. Bawang merah kecil 3 ulas  - hiris
  4. Bawang besar 1 biji - hiris bulat
  5. Cili Api  - 7 biji - potong 2
  6. Halia 2 inci - hiris halus
  7. Sos Tiram - 2 sudu besar
  8. Cili Serbuk - 1 sudu besar
  9. Kicap Manis Kipas Udang - 5 sudu besar
  10. Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan 2,3,5 dan 6 sampai naik bau
  2. Masukkan cili serbuk dan sos tiram
  3. Masukkan daging dan gaul mesra..biarkan seketika dan kerap di kacau
  4. Masukkan bawang besar
  5. Masukkan kicap manis kipas udang
  6. Tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin
  7. Biarkan seketika sebab daging akan keluarkan minyak dari lemak..
  8. Dah agak kering tutup api
  9. Siap dan Sedia dihidang

Senangkan?

SA nyer resepi selalunya tak susah..semua jenis campak- campak jer kata orang yang biasa masak..macam SA lebur je apa yang ada dan takde specific bahan..kadang- kadang pepandai sendiri je tokok tambah derhaka kat resepi yang asal..hahaha...acah- acah kreatif dan kalau bab ni biasanya jarang tak menjadi..selalunya jadi je..jadi sebab version SA sendiri..ada dapat pm dari beberapa follower katanya macam mana SA masak nampak senang...diorang nak buat punya la susah dan tak menjadi adakalanya..bukan semua yang SA buat tu menjadi..adakala try and error gak..bila dah menjadi baru share...masak ni biar ada minat biar datang dari hati..kalau tak minat..tak pernah masak..memang susah la nak menjadi kan...

okey la..kita jumpa next entry resepi ye.....banyak lagi SA nak share.....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah