Bahan-bahan:
1/2 kilo udang besar
minyak untuk menggoreng udang
5 sudu besar butter/majerin (boleh tambah kalau rasa tak cukup)
segenggam penuh daun kari
1 1/2 cawan nestum
6 tangkai cili kering dipotong kasar
8 biji cili api dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1/2 sudu garam (atau secukupnya)
Cara-cara:
1. Udang dibuang kepala dan bersihkan. Goreng sehingga bertukar warna. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan butter. Goreng cili kering sehingga separuh garing. Masukkan daun kari. Goreng sehingga kedua-duanya garing. Masukkan cili api. Goreng sebentar lagi. Kemudian masukkan nestum, serbuk stok ayam dan garam. Goreng sehingga nestum kelihatan rangup.
3. Masukkan udang ke dalam kuali. Gaul-gaul rata bersama bahan goreng sebentar dan padamkan api.
Kredit FB Resepi Makanan Melayu
Selamat bercuti korang..ada yang amik cuti lama ye...SA rasa macam x kemana...rasa nak habiskan entry yang tertunggak, nak kemas rumah, Isnin SA kerja dan Selasa nanti baru nak pi beli baju raya untuk SA, suami, dania dan khalaf...untuk PZ tunggu SA Gaji nanti la...korang dah beli baju raya ke? Jom la doa agar bonus keluar sebelum raya...hahahahahaha....eh salah...jom la doa banyak- banyak semoga ada bonus untuk kami tahun ni...




No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......