Wednesday, February 25, 2026

Resepi Buah Melaka atau Onde Onde

Assalamualaikum wrt...

Hari ni SA nak share resepi kuih buah Melaka atau ada yang panggil Onde Onde. Di NS, kuih ni dikenali dengan panggilan Kuih Kelepong...SA x tau la macam mana boleh diberi nama cenggitu..dari kecik memang diorang sebut macam tu...lain-lain tempat lain namanya tapi yang paling popular Buah Melaka la kan...

Kuih tradisional kegemaran ramai  lembut di luar, cair manis gula melaka di dalam. Memang tak cukup sebiji!

Kenapa SA cari dan share resepi ni? Sebabnya awal Ramadan hari tu PZ dan Dania ada beli...sedih uolls..tepung semata dan ada gula sikit secubit je...sebabb tu SA marah orang yang meniaga kat bazar ramadan ni...buat x ikhlas...lepas tu harga mahal...geram aje la..ha..weekend ni buat sendiri...SA x pandai buat kalau x tengok resepi...biasa arwah Mak yang buat dulu...so sekarang kena la belajar sebab kuih ni fav seisi keluarga kan...



Kuih Buah Melaka (Onde-Onde)

Bahan-bahan:

  1. 2 cawan tepung pulut
  2. 1 sudu besar tepung gandum
  3. 1 cawan air (tambah sedikit jika doh kurang lembut)
  4. 1/2 ketul gula melaka (potong dadu kecil)
  5. 4–5 helai daun pandan (kisar bersama 1 cawan air)
  6. Sedikit pewarna hijau (pilihan)

Kelapa parut putih + sedikit garam halus (gaul dan kukus sekejap)


Cara-cara:

1. Sediakan doh – Satukan tepung pulut dan tepung gandum. Masukkan air pandan dan pewarna hijau. Uli hingga menjadi doh lembut dan tidak melekat di tangan.

2. Letak inti – Ambil sedikit doh, bulatkan dan leperkan. Letak gula melaka di tengah, kemudian tutup dan bulatkan semula.

3. Rebus – Didihkan air bersama 2 helai daun pandan yang disimpul. Masukkan bebola doh. Bila timbul, angkat dan toskan.

4. Salut kelapa – Golekkan kuih dalam kelapa parut yang telah digaul garam. Siap untuk dihidangkan.

Kredit Resepi: zura zul via mahn


17 comments:

  1. Sedap ni.. akak kalau buat kadang tak puas hati tang gula melaka tu. Kadang ada yang tak cair.. terasa gulanya bila dikunyah.

    ReplyDelete
  2. nieyl suka makan tapi x suka buat hahaha..
    first puasa aritu, adik ipar dekat penang tu buat , dia bekalkan untuk nieyl dekat selangor ni..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka kuih ni. Setakat ini, tak pernah buat sendiri. Beli je. Memang tak cukup sebiji. 1 bekas boleh habis saya sorang. 😋

    ReplyDelete
  4. Suka sangat kuih buah Melaka. Nak buatnya ambil masa sikit :)

    ReplyDelete
  5. Geram juga kalau beli tapi inti gula melaka ciput je kan… lagi puas hati buat sendiri, boleh letak gula banyak sikit sampai meleleh 😍

    ReplyDelete
  6. Memang antara kuih favorite. Sedih kan kalau dapat kulit tebal, gula melaka secubit.

    ReplyDelete
  7. Kebetulan tengah tunggu Gula Melaka sampai nih..nanti bolehlah try buat..

    ReplyDelete
  8. Buat ni mudah tapi kadang nak jumpa kelapa parut yang cantik susah.

    ReplyDelete
  9. Sedap betul ini mbak... Gula cairnya itu lho, mantap.
    Tapi berhubung sekarang lagi ramai matcha, seringnya tertukar dengan bola-bola matcha, hahaha

    ReplyDelete
  10. fav anak buah ayu ni...setiap kali puasa memang byk kali mak dia buatkan,

    ReplyDelete
  11. Mungkin yg bagi nama kelepong ada darah Indonesia kak. Sebab di Indonesia, nama kue ini KLEPON. Saya sukaaa. Tp tuhlah, paling benci kalau dapat yg jual hanya tepung semata, gula hanya secuiiit 🤣. Blacklist langsung

    ReplyDelete
  12. Ammi pun pakai kelepong dulu sbb dia terapung kot lepas masak. Mmg nyampah ek beli kuih skrg

    ReplyDelete
  13. setiap tahun Cie selalu buat ni. dulu belajar dari mak.

    ReplyDelete
  14. Geram kan dgn peniaga bazar ni.
    Kuih ni antara fav saya. Dulu pernah tolong mak buat sekali je haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah