Assalamualaikum wrt...
Salam 26 Ramadan semua....tinggal 4 hari aje lagi kita berpuasa kan...tak sabarnya nak cuti ha...mood kerja pun dah kelaut..padahal bukan balik kampung pun...kampung dekat- dekat aje...terasa penatnya hampir sebulan puasa ni...nak- nak SA travel hari- hari Seremban- Kuala Lumpur kan...cuti SA dari 19hb sampai 24hb...25hb SA dah masuk kerja semula..tengok la nanti lepas- lepas raya nak cuti ke tak..rasa macam kena cuti May nanti..ada jemputan kenduri...
Semalam...PZ beli ayam kampung kacuk...kenapa PZ suka beli ayam kampung kacuk? ayam kampung original x best ke? best aje...cumanya daging ayam kampung kacukan juga lebih berkualiti dengan tekstur pejal, rendah lemak dan tinggi protein, menjadikannya pilihan ideal bagi pengguna yang mementingkan pemakanan sihat. Rasa yang lebih enak dan beraroma menjadikan ayam kampung kacukan pilihan dalam pasaran premium. Ayam kampung Original beli hari tu kurus nau- nau..isi x banyak...terus PZ beli ayam kampung kacuk je sekarang...
PZ beli 2 ekor RM70....mahal sikit la tapi puas hati makan...
PZ sedang potong ayam
Knowing PZ...dia tetap akan potong sendiri ayam..dia x bagi orang kedai potong sebab banyak part tak dapat nanti...bayar mahal kan...tapi ada part- part x dapat...menjadi kemarahan dia nanti...SA pun lagi suka PZ yang potong..boleh mintak potong size- size yang SA nak untuk masak...
Macam ayam kampung ni semalam...masak seekor je..MLCA campur serai banyak- banyak..x nak letak kentang...
Hasilnya nanti SA update kat next story ye...






Pokcik tak pernah rasa lagi ayam kampung kacuk.. semoga PZ diberi kesihatan yang baik dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteAyam ni selalunya saya beli dah siap potong. Bagus kalau kita yang potong sebenarnya.
ReplyDeleteSA, cerita pasal potong sendiri, apa yang LM perasan kalau orang potong tak kena sendi akan jadi tajam. geram gak beli itik..orang tu potong main hantam je tulang tu tersembul tajam la. dah la itik kan agak kenyal isi berbanding ayam. ralau tak liat sebab dah rebus lama tapi kena hati hati bila drummet dah jadi tajam sebab kepak dah terpotong sekali ke situ
ReplyDeleteKalau terer potong ok lah. Ni tak terer hah bagi je lah orang potongkan.
ReplyDeleteMahal jugak 2 ekor rm70. Benda2 sihat memang tinggi sikit harganya kan, yg penting puashati
ReplyDeleteWaaa bestnya PZ terer potong ayam laaa
ReplyDeleteAyam kampung elok la, tak banyak lemak. Boleh tahan harganya, ya.
ReplyDeleteayam kampung biasa la makin mahal harganya...
ReplyDeleteAyam kampung menu sihattt
ReplyDelete