Wednesday, April 1, 2026

Happy 17th Work Anniversary SA!

 Assalamualaikum wrt...

17 Tahun Sebuah Perjalanan, Bukan Sekadar Destinasi..​1 April 2009 – 1 April 2026

​Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya sudah 17 tahun SA bersama keluarga besar Malakoff Corporation Berhad. Kalau diikutkan usia manusia, 17 tahun ini fasa sedang membesar, penuh dengan memori dan pengalaman yang mematangkan...gadis sunti kata orang kan...

​Masih segar dalam ingatan hari pertama SA melangkah masuk ke sini pada tahun 2008 secara kontrak dan setelah melalui probation period iaitu satu fasa penting dalam pekerjaan yang digunakan oleh majikan untuk menilai kesesuaian dan prestasi pekerja baharu sebelum disahkan ke jawatan tetap..  Masa itu, semangat berkobar-kobar, tapi dalam masa yang sama ada rasa berdebar juga. Siapa sangka, dari hari ke bulan, dan dari bulan ke tahun, hari ini genaplah satu tempoh yang cukup bermakna buat SA..



suruh Ai buat poster...lain jadi muka..banyak kali suruh tukar..tetap la itu resultnya....eh..eh...lantak la disitu..



ni gambar asal...

​Apa yang SA belajar sepanjang 17 tahun ini?

​Kesetiaan itu Indah
Bertahan di satu tempat dalam tempoh yang lama mengajar SA tentang nilai kesetiaan dan bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan teknologi dan budaya kerja.

​Rakan Sekerja adalah Keluarga
Malakoff bukan sekadar tempat kerja, tapi tempat di mana SA membina ukhuwah. Terima kasih kepada semua rakan sekerja yang sentiasa menyokong, sama-sama gelak tawa, dan adakalanya sama-sama "pening" menyiapkan tugasan.

​Sentiasa Belajar
Walau berapa lama pun kita di sini, setiap hari adalah proses pembelajaran yang baharu.

​Terima kasih Malakoff Corporation Berhad atas peluang, kepercayaan, dan segala kenangan yang tercipta. Dari usia muda hinggalah ke tahap ini, banyak yang telah SA lalui.

​Harapan SA agar perjalanan ini terus diberkati dan SA dapat terus memberikan sumbangan yang terbaik buat syarikat.

​Happy 17th Work Anniversary to me! 


7 comments:

  1. Alhamdulillah dan Tahniah SA.

    ReplyDelete
  2. wah 17 tahun dah. tahniah SA

    ReplyDelete
  3. happy 17th working anniversary SA! MZ plak, 2 may nanti, 22nd anniversary kat UIA ;) nak kena posing2 jugak kat opis errr tp 2/5 tu hari sabtu so kena posing2 hari khamis la 30/4 masa gi opis, sbb 1/5 jumaat tu hari buruh public holiday pulak

    ReplyDelete
  4. Dana dalam bulan ini pun anniversary kerja ke 19 tahun kak, 7 april nanti. Bila tempat kerja tu best tak terasa dah kerja lama kan

    ReplyDelete
  5. wahhh 17 tahun dah kak SA kat situ. tempoh yang agak panjang. tahniah.

    ReplyDelete
  6. Happy anniversary kak SA 🎉🎉. Tak banyak staff yg setia pada 1 pekerjaan. Itu macam rare sekarang ini. Mungkin ada plus minus, tp saya salut dengan staff yg memang setia pada company. Membuktikan company itu memang bagus, dan sangat memperhatikan karyawan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah