Assalamualaikum wrt....
Sambungan cerita makan-makan petang semalam. Lepas penangan kenyang baki Nasi Beriani Kambing tengah hari tu, malamnya kami suami isteri keluar dinner santai-santai aje dekat salah satu kedai mamak di Nilai.
Ikutkan perut SA masa tu memang masih terasa kenyang, tapi terpaksa keluar makan jugak sebab risau kut-kut tengah malam nanti tiba-tiba perut lapar pula. Lagipun, faham-faham ajelah... dapur rumah kami kan masih dalam proses renovation, memang tak berasap lah jawabnya! 😂
Suami pula memang tengah teringin sangat nak makan Nasi Kandar Ayam Goreng. Sepinggan nasi kandar dengan kuah banjir, kegemaran dia lah tu.
Yummy...nsib baik dah kenyang
Suami dah pandai makan nasi kandar kuah campur
Sebab SA tak nak makan nasi, SA order Maggi Kari Sup aje buat alas perut. Tapi, bau ayam goreng panas-panas dekat meja sebelah macam memanggil-manggil pula! Akhirnya, SA "pau" minta sikit ayam goreng daripada pinggan suami.
Suami ambil ayam bahagian dada. Mak ai, saiz ayam dia memang besar betul dan isinya pun tersangatlah banyak! Dapatlah SA merasa beberapa cubitan ayam goreng yang rangup tu buat pelengkap Maggi Kari Sup SA. Alhamdulillah, kenyang betul rupa-rupanya dinner semalam.
Selagi dapur SA blom siap ni...hari- hari banyak la cerita tentang Dinner SA dan suami kan...hahahaha...confirm Julai banyak entry makan- makan ni...
Progress dapur SA...semalam dah pasaang tiles table top..hari ni pun pasang lagi bahagian dalam plak...lepas tu tadi tukang dah call suami tanya tentang warna...SA nak yang material berkilat atau Matte..SA dah pilih dah..dan ambil masa nak bagi jawapan tadi..banyak pandangan kawan- kawan SA compare...risau salah pilih warna je...
Apa pilihan SA?
Biarlah rahsia dulu ye...nanti SA update bila dah siap...hahahaha...
Jenuh memikir tadi..banyak pro and cons yang SA titik beratkan....harapan SA by this week siap la separuh kan...x sabar nak masak sebenarnya....kang hilang skill masak acaner?











Sikittttt lagi nak siap dapur dia tu. Lepas ni boleh masak² di dapur sendiri. Good bye la mamaks, hehehe.
ReplyDeleteenjoy cuti masak dulu kak....lepas ni risau tak dapat cuti dah hehe
ReplyDeleteyelah, benda tu kekal kat situ sampailah next kita pecahkan dia balik (entah bila lah pulakkan)...jadi mmg kena pilih yang terbaiklah. doakan ammi pun ada rezeki nak tukar kitchen kabinet tu. banyak dah mosaic kecik2 yang tercabut..
ReplyDeleteTerpaksalah makan kat luar, mesti akak rindu dah nak masak sendiri kan
ReplyDeletemanggie kari mamak pun sedap ❤❤
ReplyDeleteAkhirnya dah pandai husbandnya makan nasi kandaq. boleh lah pi pusing2 penang lepas ni.
ReplyDeleteTak apa sementara itu kita makan dulu kat luar. Cipta moment berdua.
ReplyDeleteWaktu ni la nak berehat sekejap dari memasak.
ReplyDeleteTakpe masa ni je cuti masak. Nanti dapur dah siap hah boleh jadi chef in the house balik
ReplyDeleteAda yg bilang skill masak itu macam naik sepeda. Sekali bisa, ingat terus 🤣🤣.
ReplyDeleteYa Allah godaan sangaaaat melihat nasi kandar yaaa 😍😍. Ntah kenapa lah pula kemarin saya tak sentuh nasi kandar samasekali. Cuma roti telur saja. Next ke Malaysia, memang nasi kandar dulu yg saya cari 😄😄
Jauh dinner... makan kat youth city, Nilai ya....
ReplyDeleteAda juga makan kat situ... nasi kandaq tu tak lah mahal sangat kan.....
Tak sabar nak tengok dapur baru SA.
ReplyDeleteI mmg suka mende2 gini. 😂
ye la tu hilang skill masak. takpe, hilang skill masak kedai ada.
ReplyDeletelepas ni skill naik level pasal dapur bersuasana baru. lebih bersemangat.
Paling suka makan ayam goreng mamak, kadang mkinta nak ratah aja..
ReplyDeleteKalau arwah mak pulak, cukup marah gi mamak makan megi..katanya nak makan megi balik rumah hahahaha adeiiii
berselera makan tu...kita kalo ke mama biasa breakfast je
ReplyDelete