Friday, September 11, 2026

Boleh Tolong Tak? Tolong Jawab Kalau Mak Korang Whatsaap....

 Assalamualaikum wrt...

SA share satu post yang sangat terkesan pada diri SA, semuanya tentang Mak...hanya satu pesanan SA..yang masih Mak, Masih ada Ayah...tolonglah...simpanlah sebanyak mana pun kenangan korang dengan mereka..jaga dan berbaktilah sehabis boleh untuk Mak Ayah korang kerana bila salah seorang dah takde...korang rasa kehilangan...kehilangan yang tiada tolok bandingnya..korang akan rasa rindu..rindu yang tiada penawarnya....percaya lah...sebab apa? sebab SA sedang melaluinya...Rindu yang sangat menyakitkan...lebih sakit dari putus cinta...

Jom baca....


Gambar dari Gemini

Setiap hari, mak akan mesej.

“Dah makan?”

Kadang-kadang waktu aku tengah kerja.

Kadang-kadang masa aku tengah sibuk.

Selalunya aku balas pendek.

“Dah.”

Ada masa aku cuma baca.

Esok, mak akan tanya lagi.

“Kerja okay?”

Aku jawab,

“Okay.”

Habis situ.

Dulu aku selalu tertanya juga…

Tak bosan ke mak tanya benda yang sama setiap hari?

Sampailah satu malam, mak mesej lagi.

“Dah makan?”

Entah kenapa malam tu aku balas panjang sikit.

“Dah mak. Hari ni penat sikit. Banyak kerja.”

Tak sampai seminit, mak reply.

“Oh… patutlah mak tengok kamu diam je hari ni.”

Aku pandang mesej tu lama.

Kemudian aku tanya,

“Mak kenapa hari-hari tanya aku dah makan?”

Lama mak tak balas.

Aku ingat dia dah tidur.

Tiba-tiba mesej masuk.

“Sebab mak tak tahu nak mula cerita dengan kamu macam mana.”

Aku terus diam.

Mak sambung lagi.

“Dulu masa kecil, balik sekolah kamu cerita macam-macam. Sekarang mak tanya satu soalan pun, jawapan kamu satu perkataan.”

Masa tu baru aku faham…

Selama ni mak bukan terlalu suka bertanya.

“Dah makan?”

Cuma itu ayat paling mudah yang dia tahu…

untuk cuba bercakap dengan anaknya yang semakin lama, semakin jauh.

Aku tengok semula semua chat mak yang dulu.

Berapa banyak yang aku cuma seen.

Berapa banyak yang aku balas,

“Nanti la..”

Dalam hati aku cuma berbisik,

“Ya Allah, jangan biarkan aku terlalu sibuk sampai satu hari nanti… aku rindu soalan daripada mak, tapi kini telefon aku dah tak berbunyi lagi.”

Rupanya selama ini, mak bukan nak tahu aku dah makan atau belum… mak cuma rindu nak dengar aku bercerita macam dulu.

😭😭😭😭😭😭


Untuk SA pulak....

Sekarang dah lain...dah takde sesi borak- borak heart to heart...dah xde nak sapukan losyen kat seluruh badan mak, dah takde nak tukarkan pampers dan bersihkan badan mak...dah xde senyum tawa mak...semua tu jadi kenangan..kalau aku tau begini pengakhiran merindu...aku rakam video untuk semua momen tu...bukan xde video...ada..tapi aku tak kuat nak tengok semula..Aku tak kuat nak zahirkan semua kenangan tu dalam sebuah jalan penceritaan...Sakit sangat...sakit sebenar yang aku rasa setelah Mak yang aku sayang Tiada di dunia...


Ralat : Maaf penggunaan "aku", cuma nak menggambarkan perasaan ini..


8 comments:

  1. Feel you :(
    Rasanya tak pernah sehari yg berlalu tanpa teringat dekat arwah Mak Pak PH. Tetaplah terlintas bayangan/ingatan pada mereka berdua wpun arwah ayah tu dah lebih 20 tahun meninggal 🥺

    ReplyDelete
  2. Untung korang² yg sempat merasa nak berbalas² msg... arwah mak kita meninggal xde pesanan yg dpt jadi kenangan sebab nya masa tu kita xde lagi henpon. Walau daah bekerja tp masih blm mampu nak pegang henpon canggih² .. tambahan plak arwah mak bkn jenis yang ada henpon.

    So utk korang yg masih ada kenangan, masih dpt baca mesej arwah .. syukur lah. Sekurang² rindu masih terubat kan...

    Alfatihah untuk semua yang telah meninggalkan kita..😭😭

    ReplyDelete
  3. Thx sharing ya SA, bacaan yg membuatkan kita merenung kehidupan yg sedang dijalani. Alhamdulillah saya masih ada mak lagi..

    ReplyDelete
  4. :( thanks for sharing this entry...MZ masih ada mak, dan memang hari2 ckp kat telefon sbb mak MZ kat kelantan, MZ kat KL...mak MZ sunyi sbb dok sorang2 siang hari kat rumah...so tiap ptg kami akan sembang melalui telefon wpun ulang2 tanya/citer benda sama...psl mkn apa, psl cuaca etc.. tak tahu berapa lama lagi Tuhan bg pinjam my mom..she;s 84 y.o thn ni...

    ReplyDelete
  5. Rindunya kenangan berborak tu. Nak whatsapp memang taklah sebab orang dulu mana reti whatsapp dan text ni. Hanya sembang dalam phone. Kadang rindu rasa nak tekan je call tu. huhuhu...sedihnya!

    ReplyDelete
  6. Mak Cie meninggal sebelum era whatsapp ni. Masa tu hp boleh sms & call je. Mak tak pandai sms so call jela selalunya. Borak2 kosong je. Tinggal kenangan je dah semuanya 😢

    ReplyDelete
  7. Al fatihah buat aruah mak Pah. Betul tu rindu yang sangat sakit rindu pada kedua orang tua. Akak takde kenangan dgn phone sebab dulu takde wasap fan phone changgih. Jadi kenangan yang selalu kami sebut bila bercerita adik beradik ialah kenangan membuat kuih time raya dan masakan air tangan aruah mak.

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing SA. Semoga sentiasa jadi ingatan untuk diriku ni. Aamiin

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah