Wednesday, September 23, 2026

Gangguan Bekalan Air & Bekalan Air Dah OK

Assalamualaikum wrt...

Dari last week masa kat KT lagi SA dah tau ada gangguan bekalan air sebab kerja pembersihan serta penyelenggaraan oleh pihak SAINS. Yearly maintenance la ni...tapi ikutkan dalam senarai tu takde nama Taman SA tinggal...sekali balik kerja semalam air takde...i mean air sinki kecik betul...air tangki amsih banyak la...gelabah kejap je la..sebabnya kami 4 orang..rasanya cukup air tangki...SA takde la buat persediaan sebab yakin taman ni x kena macam sebelum-sebelum ni...

Tapi PZ dah isi air sikit la untuk kegunaan in case takde air..PZ susun botol botol kosong tu susun dan isi air..macam dalam gambar tu..SA memang x bagi PZ angkat sebab PZ kan ada masalah Sciatica...



Ikutkan x cukup ni...anggaran air ada balik hari Khamis...


Bangun tido pagi tadi tengok phone sekali ada announcement...dah beroperasi semula sebab diorang manage to settlekan proses penyelenggaraan tu dalam masa 24 jam..dan air akan dibuka serta disalurkan secara berperingkat- peringkat mengikut kawasan yang terjejas...alhamdulillah...SA check pagi tadi pun air sinki dah besar semula dah..cuma sedikit kotor la...


 

Syukur...x perlu SA tumpang mandi kat rumah adik kat Bangi dan x perlu nak beli air mineral botol besar dah...cadangnya balik kerja nak beli kat Tesco Bandar Seri Putra...Semalam saje mengusik suami...mandi 3 gayung je..jangan lebih...hahahaha...paling kelakar PZ tukar gayung dari yang besar jadi yang kecik...aduhaiiiiii...sama je kaedahnya....sabar jer la...

11 comments:

  1. Kalau tak ada air memang masalah. Ni antara sebab saya pindah dari sewa rumah PPR yang kerap ada masalah air ke bilik sewa sahaja. Jimat sikit.

    ReplyDelete
  2. memang sgt stress kalau tak de bekalan air

    ReplyDelete
  3. Kalau takde air memang masalah besar bagi saya yang ada ramai anak anak remaja yang kuat berpeluh ni

    ReplyDelete
  4. Kalau air xde ni mmg jammed sekejab sbb byk factor nk kena amik kira. Mujur sekejab je xdenya =D

    ReplyDelete
  5. Dua2 ni bermasalah kalau takde - air & letrik. Syukur tak lama.

    ReplyDelete
  6. Bior takde karen, jangan takde air, susahhhh..
    Harini tempat Sis tukar meter tnb.. hujung minggu ni pulak notis bekalan air putus ermmmm

    ReplyDelete
  7. Syukurlah tak lama kan. Sebelum ni macam lama sikit. Susah kalau takde air ni especially nak mandi, membuang dan memasak.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...nasib baiklah sekejab je ye takde air..kalau lama adoilaaa, tak boleh nak bayang...

    ReplyDelete
  9. Elok PZ susun botol air tu, tersusun je. Nasib baik sudah ada air, ya, SA.
    Tempat saya hari ni ada gangguan bekalan air, sampai pukul 10 malam. Huhu...

    ReplyDelete
  10. huhu seksa klu tak de air ni.. nak plak kalau kat rumah ramai ahli keluarga.
    mujur laa Mantin tak terlibat. kalau tak jenuh juga kami nak simpan air.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...letrik xde masih ok, tapi klu air xde berhari-hari adoi...huru hara

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah