Showing posts with label Handbag Baru. Show all posts
Showing posts with label Handbag Baru. Show all posts

Saturday, August 26, 2023

Handbag Baru Lagi!!

Assalamualaikum...

Handbag dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan..betul tak? Bag tangan adalah aksesori paling dekat dengan wanita kerana tidak kira apa juga status seseorang wanita itu ia menjadi pelengkap gaya paling asas dalam berfesyen.

Sebenarnya kan..bag ni SA beli untuk hantaran perkahwinan tapi biasa la bila dah nampak bag lain yang lagi cantik dan sesuai dijadikan hantaran terus beli lain..yang ni SA simpan dalam almari..takde la lama mana SA beli..rasanya SA beli bulan 6 sebab wedding anak buah tu bulan 7..

Kebetulan majlis perkahwinan anak buah baru- baru ni kat Rumah Abang Jamil yang SA pakai kebaya warna pink tu..SA rasmikan handbag tu..best..very comfortable..tak besar tak kecik sangat..sederhana la..

SA beli kat butik Charles & Keith dengan harga RM350 di Mid Valley kalau tak salah..ke kat The Curve...eh...lupa la..sebab handbag yang untuk hantaran tu SA beli kat KLCC... tak jadi buat hantaran kira jadi hadiah Birthday SA sendiri la..hahaha..En Tunang kata okey...so apa lagi....seronok la SA kan..

SA ada terbaca artikel tentang bag tangan mengikut bentuk tubuh badan..SA ada copy kat sini untuk share ngan korang..

Jom baca...






Tip memilih tas tangan iaitu mengikut jenis bentuk tubuh.


Si kurus tinggi

Beg tangan jenis hobo iaitu pendek dan lebar paling sesuai. Cuba elakkan beli shoulder bag jenis bertali pendek kerana ini akan kelihatan lebih rendah dari ketinggian sebenar.

Jenis tote sesuai menyerlahkan penampilan manakala jenis genggam juga tidak akan mengecewakan anda.

Bertubuh kecil

Beg yang besar memang tidak sesuai untuk mereka bertubuh kecil kerana akan menutup bentuk badan anda yang sudah sedia kecil.

Elakkan beg sandang di bahu dengan tali panjang kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih rendah. Beg tangan dari jenis tote cukup sesuai untuk menampakkan keseimbangan tubuh.


Bertubuh besar

Jika anda berbadan besar sebaiknya cari beg yang berbentuk bersegi dan bersaiz besar supaya tidak akan kelihatan lebih besar daripada beg yang dibawa.

Pastikan corak tidak terlalu kecil atau terlampau berwarna-warni. Pilih beg jenis lembut atau berbentuk bulat kerana ia akan menampakkan tubuh anda lebih besar.


 'A' shape atau jenis pir

Biasanya mereka bertubuh jenis ini memiliki masalah agak besar di bahagian pinggul dan kecil di bahagian dada. Sebolehnya cuba alihkan perhatian ke bahagian lain di atas.

Jenis tali pendek sesuai untuk anda melindungi bahagian dada yang kecil dan memberikan keseimbangan terhadap keseluruhan bentuk tubuh.

Perlu mengekalkan beg dari jenis sling kerana ia akan memberi perhatian di bahagian pinggul yang lebih besar.



sesuai tak ngan SA yang tinggi 163cm ni? Tak gemuk tak kurus kan


Jenis beg tangan

Structured/Ladylike

Biasanya bentuknya kukuh dan kekal walaupun tiada barang di dalamnya. Ia mempunyai tali kecil dan juga tali pilihan panjang yang mudah dicabut dan boleh digayakan di bahu. Sesuai untuk majlis formal dan ke pejabat.

Genggam (clutch bag)

Tidak bertali dan lebih selesa dipegang, ia lebih sesuai untuk majlis santai dan glamor.

Beg hobo

Beg stail ini tidak berstruktur dan lembik dengan mempunyai satu tali yang biasanya disangkut pada bahu.

Beg messenger

Biasanya bertali panjang dan boleh disandang atau dipakai silang pada badan. Sesuai digayakan ke pejabat atau untuk mengembara.

Beg satchel

Beg jenis kulit ini biasanya leper di bahagian bawah dan mempunyai dua tali pemegang. Sesuai digayakan pada majlis rasmi.

Tote

Tali pendek dan terbuka tanpa zip. Bersaiz besar kerana fungsinya membawa banyak barang. Boleh dipakai untuk bersantai, membeli-belah malah sesuai juga untuk ke pejabat.

Beg Bahu

Beg jenis ini merujuk kepada semua jenis rekaan yang boleh digayakan di bahu dan mempunyai satu atau dua tali.



Tip memilih beg tangan

  1. Pastikan bentuk beg berlawanan dengan bentuk badan - apabila badan anda dari jenis 'curvy', pilih beg tangan dengan struktur solid.
  2. Jika badan anda jenis solid, pilih beg dengan struktur 'curvy'.
  3. Lebar beg tangan tidak melebihi lebar badan.
  4. Saiz beg tangan adalah seimbang dengan saiz badan.

Kredit : BERITA HARIAN


Tuesday, July 18, 2023

Tote Bag Baru The Medium Orked By NEUFA

Assalamualaikum...

Lupakan sekejap tentang kerisauan Influenza A tu..insyaallah SA sihat...cuma batuk ni je...

SA lupa nak share...SA ada hadiahkan diri SA dengan tote bag baru masa SA nyer birthday bulan June...lama SA usyar Tote bag ni sebab harga dia masa tu RM279 lebih kalau x salah..ternampak promotion RM99 untuk Tote bag Neufa ni kat FB...terus SA grab je, sekarang SA tengok harga dah jadi RM199..kebetulan dah bosan guna handbag Guess lama tu...itu la SA..memang akan pakai handbag sampai lunyai batu beli baru...En Tunang pun ada bagi hadiah birthday handbag dan wrislet Coach...beli kat Spore..tapi itu SA nak pakai kalau ada event la..sayang plak nak pakai bawak pi kerja...tapi tengok la nanti in case nak tukar-tukar handbag ke...

Jom tengok gambar...bestnya handbag ni bleh letak nama kita tau...SA plak dh lama xde totebag...zaman x banyak commitment dulu asyik la beli handbag...sudahnya x pakai sangat pas tu rosak...lunyai dan macam-macam lagi la ...



Exclusive kotak dia masa sampai...x lama pun tunggu..seminggu dh dapat dh...bagus services pihak Neufa ni...


Tadaaaaa....cantik x?


Rupa paras macam Longchamp kan?


SA letak nama panggilan SA kat office


Cantik tak?


Dia ada tali panjang gak..tapi SA suka pakai macam ni .samada di jinjit atau jadikan shoulder bag..

Jadi la...walau harga murah tapi nampak mahal...ramai dh tanya-tanya beli kat mana...nett price RM279 takde la murah jugak kan...

Dia ada dua size.. The Mini Orked dan The Medium Orked...SA amik Medium sebab banyak benda nak bawak pi kemana- mana kan...

Korang nak cuci- cuci mata gak? The Mini Orked tu RM99 sekarang...sama macam SA cuma kecik skit size dia..pi cepat check...takut habis....senang bawak pi kerja dan bawak untuk tujuan kasual...

Jom skodeng https://neufa.my/new-arrival/ mana la tau ada yang berkenan di hati...boleh hadiahkan diri sendiri dengan handbag baru...purse baru....purse untuk suami pun boleh beli...macam- macam ada kat website tu...

Ini review ikhlas dari hati dan bukan review berbayar ye...apa yang best SA share...

Sharing is loving kan?


Tuesday, August 8, 2017

Totie Bag By Sometimes Zalora, Beli Dah Lama Baru Guna

Hi korang,

SA ni kalau bag yang mahal skit jarang la beli online,masa masuk website Sometime..SA teruja dengan semua handbag nya dan berkenan dengan Totie Bag ni ha..dalam gambar nampak comel..dan banyak warna..SA plak bagus sangat dengan tak check ukuran bag segala terus je klik..klik..klik, pilih kaler dan confident betul...then check out...bayar..RM180++ rasanya masa beli tu..malas plak nak tengok balik harga bag ni kat website.Then dalam 3 hari dapat la...laaaa...apehal bukan main besar plak pack yang sampai...sekali bukak..terus tak tau nak kata apa..x kan nak pulangkan balik...dah beli kot..pssttt...SA swipe kredit card beli bag ni tau...hahaha..perangai kan...sejak dari tu dah tak berani nak beli bag mahal kat website...siyes dah tak berani...so last weekend masa balik Seremban SA pun guna la bag ni...muat segala baju, bag mekap dan beberapa barang SA....besar la tapi.....ah..boleh jer la..janji leh melawa balik kampung guna bag ni ha....



Logo Sometime Zalora


Buckle yang comel


Bag ni takde zip ke button apa ye..just masukkan tali dalam gegelung tu ha..then tarik ke bawah

tadaaa...ni la Totie bag Sometimes Zalora SA..

Sebenarnya beli dah lama 3-4 bulan lepas...huhu...sebab besar so takde la nak jadikan bag lenjan...masih lagi lenjan bag MK pemberian boss..ni pun dah rasa bosan dah guna handbag yang sama...hari tu masa pi GPO SA memang dah nak beli dah handbag...tapi masa tu masih sedar diri dan sempat selamatkan poket..hahaha...kali ni nekad nak cari gak handbag baru yang tahan lama, ada jenama dan cantik sikit untuk SA lenjan pi keja...bukan berlagak ye..tapi SA memang akan beli yang alah beli menang memakai...boleh pakai lama..so tak perlu nak beli handbag selalu kan...cuma lepas ni no more online handbag dah..setakat dapat voucher takpe lagi...tak ralat sangat..kan?

so moral of the story, kalau nak beli handbag jangan sebab cantik je..teliti betul- betul tgok ukuran dia..eh...SA tersuka tanpa sengaja kat handbag Mini Basta Sometime plak la...acaner ni....hahahahaha....meroyan la ko SA...mengada la....jangan nak membazir boleh?

Friday, January 4, 2013

Hasil Bonus 2012..

bag tangan Alfio Raldo..cantik tak...cantik tak?

Just to share with you all...hasil bonus aku utk 2012 aku meng rewardkan diri aku sendiri ngan bag tangan
ni...cukup la utk aku kan...mula2 nak la beli jam mahal tp anak nak sekolah nak guna duit..makanya...simpan duit...utk kecemasan...hehehe...utk mak ari tu aku contribute jugak 
beli dapur baru...
Alhamdulillah setakat ni aku puas hati ngan pencapaian aku...appraisal pun dah lepas dan boss sgt2 satiesfied...cuma KPI baru tahun ni agak bertambah...huhu...nak kena pi training selalu...ok noted boss..hehe...tahun lepas nyer training manjang cancel sebab x cukup kuota staff...ntah apa2 ntah...caner staff nak move on kan...boss suruh aku carik training luar jugak..dia boleh recommend kan...so readers2 aku yang baik hati,ramai yg secretary kannnnn....meh la share kalau ada training2 yang bagus...leh share sekali...leh comolot lagi kan...sure bulan 4 nanti banyak training for secretary kan?kalau ada inform aku eh...ish korang...aku cari sendiri jugak nanti....kata sharing is caring kan....

Friday, April 6, 2012

Bonus Hanya Beli Handbag Baru


Ye...aku beli handbag baru...aku kan giler handbag ngan kasut...xde makna la aku nak beli benda lain...
baper bulan bonus aku dapat???/itu adalah RAHSIA...xde la banyak mana tapi rezeki dari Allah...
alhamdulillah..ku syukuri nikmatnya...eh...
Bonus aku kali ni aku beli handbag jer memandangkan cik abang dah belikan aku macam2..Hari tu beli lagi khakis selai kan....x payah la aku tayang khakis plak...nanti korang kata aku mengada kan...

 cantik kan handbag aku...nak beli Coach x mampu....pakai la Charles & Keith ni..murah pun murah...
cantik pun cantik..
 RM189.00

Beli kat Butik Charles & Keith 1 Utama

Dan dah selamat pun aku guna sekarang..aku suka...korang suka????huhu
adeh...ntah apa la kena aku ni...duit asyik abis kat kasut...kat handbag...abis pi bercuti ...apa nak jadi ni Riz...caner ko nak kahwin ni...ni lepas raya nak pi China..caner ni...mana ko nak raba duit...
huii..jimat cermat la kan..sib baik cik abg nak tolong bayar top up nak pi China...
meh sayang lebih sikit..huhu....aku skrg kena la berjimat cermat utk simpan duit...nak pi Guangzhou for next trip...hari2 kena bawak bekal....
Padan muka ko Rizzz.......


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah