Showing posts with label Jerebu. Show all posts
Showing posts with label Jerebu. Show all posts

Wednesday, September 18, 2019

WW: Jerebu Semakin Teruk

DIGALAKKAN GUNA TOPENG MUKA N95 SEMASA JEREBU

Hi korang...

Jerebu makin teruk, banyak sekolah-sekolah yang dah ditutup akibat bacaan index pencemaran melebihi 200 kan...area Seremban anak- anak masih bersekolah...bacaan masih di bawah 200. Tapi hati seorang mama kat KL ni sentiasa risau. Anak kat sekolah tak tau apa keadaan dia..mama kat KL pun bertarung nyawa ngan udara tak sihat ni...dada rasa ketat nak bernafas payah, mata pedih dan tekak perit. Harap- harap tak batuk la..kalau batuk lagi seksa rasanya...

Benda paling penting kena ada di sisi SA sekarang adalah 2 benda ni...katanya topeng muka N95 ni yang paling bagus sebab dia cover seluruh hidung dan mulut dan mempunyai respirator yang mampu menapis udara tidak elok atau bendasing ketika jerebu. SA guna dah cuma rasa sedikit lemas masa mula- mula guna tapi bagus bila tarik nafas..tapi SA standby jugak mask muka yang biasa tu..yang tu pun ok sebenarnya...Yang jenis N95 tu macam dah takde kat pasaran sekarang, inipun company yang bekalkan dan beli dari supplier kalau tak salah. 





Jom tengok index pencemaran terkini yang SA tengok di apps MyIPU pagi tadi...SA tumpukan 2 tempat ni je la ye..tak snap yang lain..






Ni gambar pagi ni di MRT Sg Buloh...


Ni gambar semalam masa SA balik kerja...

SA pelik sebab area KL ni tak ramai pakai mask atau topeng muka, rasanya macam boleh dikira..pelik betul fikir..diorang tak rasa perit tekak or sesak nafas ke erk?Macam selamba ker semuanya...SA kat dalam office pun rasa sesak nafas..rasa macam asap jerebu dah masuk office dah...lagi satu ada jugak SA nampak yang selamba hembus asap vape dan masih ramai merokok secara terbuka...selesa erk diorang merokok dalam asap jerebu ni..tak fikir orang keliling...aduhaiiii....

Thursday, September 12, 2019

Jerebu Oh Jerebu......

Hi korang...

Letih kan setiap tahun kita hadapi Jerebu ni..dah macam musim plak dah...sana sini bacaan index meningkat dan kawasan paling teruk adalah di Sarawak, Pulau Pinang, Perak, NS, Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya, Selangor dan Johor. Terkejut SA baca bacaan index Jerebu di setiap negeri. Semalam SA alami sedikit sesak nafas, tak teruk dimana SA susah nak tarik nafas. Nasib takde rasa panik, tekak plak dah start gatal begitu juga mata dah pedih..sepanjang masa SA dalam office pakai mask petang semalam. Balik kerja dan sampai hari ni SA masih menggunakan mask..tak boleh tahan la dengan kuat bau asapnya..Tapi SA pelik plak tengok ramai yang kerja area SA selamba je tak pakai mask..maybe daya ketahanan badan diorang tinggi kot kan...SA plak memang fragile kalau bab jerebu ni..mudah sakit.



Pemandangan dari office SA level 12 pagi semalam


Pemandangan dari office SA level 12 pagi ini


Nampak tak mata dah merah pedih tu..


Ni gambar masa balik kerja semalam..


Jom SA share 10 langkah menghadapi Jerebu.

  • Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu

  • Tangguhkan aktiviti atau penganjuran membabitkan aktiviti fizikal di luar bangunan jika bacaan indeks pencemaran udara melebihi 100

  • Banyakkan berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai.

  • Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

  • Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.

  • Guna pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan

  • Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga 9 sekeurang- kurangnya 8 gelas sehari)

  • Jika mampu pasang alat pendingin hawa dan penapis udara yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus

  • Sentiasa awasi kesihatan anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas

  • Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat jika tidak sihat.



Semoga jerebu ni cepat- cepat la berlalu, dah tak tahan dah..klinik penuh, hospital penuh..kalau sakit macam mana kan..bukan la SA nak sangat sakit..penat dah sakit ni...SA baru nak merasa sedikit sihat ha...tak nak la sakit semula sebab jerebu ni..dada pun rasa ketat jer..susah nak tarik nafas. Semua rasa tak selesa kan...paling kesian tengok anak- anak kecil yang ada asthma..anak buah SA sampai hari2 pergi klinik amik neb..terpaksa cuti dari bersekolah...alahai..sangat menduga mak ayah kan...korang kalau tak sihat cepat cepat pi klinik tau....

Friday, October 30, 2015

Kuala Lumpur 30 Oktober 2015- Cerahnyaaaa....

Alhamdulillah....2 hari ni di beri peluang untuk menikmati pemandangan yang cerah...pagi dah ada matahari...dah tak kelabu seperti jerebu sebelum ni...dah boleh nampak hutan seciput...awan pun cantik je...langit apatah lagi...cuma petang -petang nanti akan hujan lebat....dah sampai musim hujan kan...

jom aku share gambar -gambar yang sempat aku snap hari ni...


tgok langit...walau mendung tapi nampak awan cantik kan...


dah nampak perumahan dan sedikit pokok belakang bangunan Hilton tu...


celah bangunan ni pun dah nampak dah


kat area KL Sentral pun dah terang benderang...sebelum ni tak nampak langsung....

Alhamdulillah..allah beri peluang kat kita semua merasai kembali udara bersih...pemandangan yang terang dan cantik ini...harap akan dapat lihat semua ini berterusan sampai bila-bila...semoga tiada kejadian jerebu lagi akan datang...sesak dengan bau asap...ada hikmah di sebalik semua ini...membuatkan kita lebih dekat dengan yang Maha Esa...

Sunday, September 27, 2015

Jerebu Teruk Di Seremban

Jerebu Makin Bermaharajalela

Assalammualaikum...
Selamat pagi..Selamat berhujung minggu semua...hey...cuaca makin buruk terutama di Selangor...jaga kesihatan ye..kalau boleh jangan adakan apa2 aktiviti di luar..ramai yang x sihat sekarang ni...aku sendiri tak sihat...demam Dan dah mula batuk...what a bad haze tp bacaan di Seremban x berapa tinggi tp masih terasa tebalnya jerebu dan teruknya keadaan walau bacaan tak tinggi..aduhai macam mana la anak aku nak sekolah esok..bukan apa..kalau boleh tak nak anak aku sakit...

Bertabahlah tunggu pengumuman kalau-kalau kena tutup sekolah lagi...hari ni pun ada sekolah di buka kan...



Dua gambar kat atas tu keadaan kat Seremban..area umah aku...semalam lagi teruk..sampai aku x berani nak keluar rumah...nak plak tengah demam kan...takut lagi mudarat...ni dalam rumah pun dah bau asap dan nak semput..sampai bila la nak hidu udara tak sihat ni...setiap tahun macam ni...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah