Showing posts with label Kuantan Trip 2026. Show all posts
Showing posts with label Kuantan Trip 2026. Show all posts

Wednesday, May 6, 2026

Singgah Di Joe Warung Mee Calong & Keropok Beserah, Kuantan

Assalamualaikum wrt....

Lepas kami shopping keropok kat Beserah masa last day di Kuantan, SA ajak suami singgah pekena Mee Calong dulu sebelum balik Seremban...suami SA ru kan..bila last day je dia mula la sesdih nak tinggalkan Kuantan...hahaha...macam la x leh datang lagi...kata Kampung Angkat kan...bukan jauh pun..2 jam lebih je dari Seremban kot...

So singgahlah kami di Warung Mee Calong & Keropok Beserah. Warung ni tepi jalan je..ada pelbagai menu kat sini...SA purposely nak makan Mee Calong..sebab SA masih kenyang sarapan kat hotel pagi tu..then suami makan nasi...Nasi Kukus Ayam Berempah...


Kami singgah sini..waktu perniagaan ada tertera kat signboard tu ye


SA amik mee calong special


Suami makan Nasi kukus Ayam berempah


Ayam tu digoreng panas-panas


Suami cakap pedas giler


Kuah cili ke sos khas untuk mee calong


Nescafe ais dan teh o ais...eh SA lupa SA minum air apa...hahahaha


Berhati- hati makan...panas menggelegak lagi masa mee ni sampai kat SA


Jemput makannnn...

 

Kenapa di panggil Mee Calong?

Rupanya ...Mee calong mendapat namanya daripada kebiasaan masyarakat di kawasan Pantai Timur, terutamanya di Beserah, Pahang, yang memanggil hidangan mi bersup ikan sebagai "calong". Mi calong menggunakan isi ikan segar yang direbus kemudian dilumatkan supaya halus. Selepas itu isi ikan dicampur tepung jagung supaya tidak relai sebelum direbus. Mi calong enak dinikmati bersama sos yang turut dimasak sendiri.

Berikut adalah beberapa punca atau asal usul nama mee calong berdasarkan info 

Makanan Ikonik Beserah: Ia merupakan juadah khas warisan masyarakat pesisir pantai 

Beserah.Bebola Ikan (Calong): Salah satu bahan utamanya ialah bebola ikan yang dibuat daripada ikan segar seperti ikan tenggiri, selayang, atau parang. Istilah "calong" itu sendiri sering dikaitkan dengan bebola ikan atau cara penyediaannya di kawasan tersebut.

Sejarah Warung: Terdapat kisah di mana nama ini sinonim dengan warung-warung kecil yang menjual mi sup ini, termasuklah kisah seorang wanita bernama Mak Cik Kiah yang mempopularkannya di Beserah.

Ringkasnya, mee calong adalah mi kuning (atau kadang-kadang mi hoon) yang dihidangkan dengan sup ikan dan bebola ikan (calong), menghasilkan sup yang manis dan menyegarkan.

itu info yang SA dapat dari AI Gemini.


Pandangan SA tentang Mee Calong?

Unik dan sedap sangat...cuma masa SA makan ni..SA lupa nak suruh staff warung tu tukar bihun kepada mee kuning sebab SA kalau makan mee sup ni mesti nak mee kuning...bihun macam x cukup..yang SA dapat tu campur bihun dan mee kuning...makan pun kena berhati- hati sebab panas giler..melocot lidah dibuatnya..

So SA dah rasa Mee Calong...lepas ni nak cuba apa plak lagi agaknya....

Lepas makan tu..isi minyak kat Petronas lepas tu kami terus balik Seremban..by 6pm sampai Seremban sebab jalan santai- santai dan jammed skit kat Kuala Pilah hala ke Seremban..

Beli Stok Keropok Keping Di Beserah, Kuantan

Assalamualaikum wrt...

Lepas sarapan kat hotel kat ENTRY NI ...Kami teruskan perjalanan ke Beserah sebab nak beli stok keropok keping, keropok lekor dan beli Sata gak...SA banyak beli keropok keping ni dan pastinya keropok ikan tamban nipis2 ni jadi pilihan...nanti habis stok datang lagi...malas nak beli online sebab banyak hancur keropoknya..

Lupa plak amik gambar depan kedai tu...sebab SA nak recommend Sata dia sedap...cari gak gambar macam xde je...dan memang xde rupanya...hahahaha...


Banyak betul stok


Beli gak Sata kat sini...panas2 lagi ..SA beli 2 set..so ada 8 ketul...


Keropok lekor pun beli gak...suami saya hantu keropok lekor


Hurm...sampai ke hari ini kan...keropok keping tu dah tinggal setengah paket je..ada orang rajin goreng letak dalam bekas besar...aduhai..acaner ni...nak kena balik kampung Kuantan lagi ke cemana ni...hahaha...xde lah..hujung bulan insyallah nak ke Mersing ada wedding invitation...so tengok kat sana plak la nanti...
 


Breakfast Di Swiss-Cafe Restaurant Swiss Belhotel Kuantan

Assalamualaikum wrt...

Jom sambung lagi...Rabu erk hari ni...kejap aje masa berlalu...malas SA nak buat Wordless Wednesday...banyak entry nak kena up ni...kang asyik backdated je...x bagus betul macam tu buat orang tertunggu- tunggu nak baca kan...

Kami suami isteri sarapan pagi di Swiss -Cafe Restaurant..biasa la bilik sekali ngan breakfast..ada je pilihan xde breakfast tapi SA nak feeling- feeling sarapan kat hotel...sarapan kat sini bermula dari 6.30am- 11.00am...SA dah set dalam otak nak cari Nasi Lemak...alahaiiiii...xde plak nasi lemak masa tu...frust betul...tapi frust kejap aje la sebab SA dapat makan Nasi Dagang...yeayy!!!

Jom tengok gambar...




Salad section


Bread section


Kalau ramai leh duk sini..suka ruang ni


Susunan meja pun menarik


Nasi dagang


Acar untuk nasi dagang


Gulai ikan tongkol


Section mee sup


Section bubur rasanya


Suami macam biasa amik english breakfast


Nasi dagang for me


Coffee dan orange juice


Suruh suami add on gulai ikan dia amik sekali telur


Menghayati sarapan sambil mata melilau tengok orang


Naked face


SA amik maggi sup...

Rugi bawak SA ni makan buffet...

Kenyang terus makan nasi dagang..eh SA ada amik telur separuh masak tapi x amik gambar...hajat nak makan roti bakar pun terkubur sebab kenyang nasi dagang...sedap weyh nasi dagang....

Lepas sarapan kami merayau sekitar hotel...lepas tu naik level 5 tengok kolam renang dan bergambar...lepas tu naik bilik...lepak jap sambil tunggu time nak check out...lepas checkout kami berdua terus ke Beserah...sebab? beli keropok dan keropok lekor...tapi singgah makan mee calong gak...tu SA citer next entry...


Tuesday, April 28, 2026

Belated Birthday Celebration At Ms Elliot Kuantan

Assalamualaikum wrt..

Jom sambung lagi...

Hari tu masa blogwalking blog Kak Mulan, nampak Kak Mulan share Ms Elliot ni...terus berkenan nak pergi...so ke Ms Elliot la kami berdua. Ms Elliot ni terletak di bangunan Hock Bee Bros Sdn Bhd. Kami gerak dari hotel lepas Maghrib...masalah kat area ni adalah parking dan nak melintas..hahahahaha...SA siap pimpin tangan couple muda masa nak lintas..rupanya xde la jauh sanagt dari Kuantan Pickers tu..sebaris aje...Ms. Elliot nothing too fancy, just a simple dinner date… but honestly, it turned out so nice and memorable.

From the moment kami masuk, SA dah suka vibe café ni..Simple, cozy, aesthetic jenis tempat yang tak terlalu crowded tapi still ada “feel” untuk celebrate something special. First impression..Interior dia memang cantik in a very effortless way. Soft lighting, minimal deco, and everything rasa calm. Sebenarnya, birthday dia dah lepas 13 March, tapi biasalah…dengan bulan puasa, dengan kerja, komitmen and everything, we had to delay it a bit. So bila dah ada masa, we decided to just go out, makan-makan, and spend time together. 

Simple plan, but we are really looking forward to it...

Memang “Instagram-worthy”, tapi bukan yang over but more to cozy & intimate.

Yang paling penting Ms Elliot merupakan Halal Certified Cafe in Kuantan.









First impression bila masuk Ms. Elliot memang terus rasa tenang. The space is not too big, but that’s what makes it feel cozy. Interior dia minimalist, dengan lighting yang soft dan warm. Jenis tempat yang buat you rasa nak duduk lama, slow down, and just enjoy the moment.

Tak terlalu crowded, tak bising perfect untuk:
  • Date santai
  • Small celebration
  • Catch up over coffee
Memang ada aesthetic café vibe, tapi still comfortable dan tak terlalu “try hard”









Kami order pun tak banyak just cukup-cukup untuk dinner je..

A few mains, drinks, appetizer dan si birthday boy ni x nak cake or something sweet for birthday...boleh gitu? geram je SA...paksa pun x nak nih...kita nak blanje dia kan...

Presentation memang cantik, very pleasing to the eyes. Korang tau that feeling bila makanan sampai,  dan korang pause for a second sebab nak appreciate dulu sebelum makan? That kind of moment.

Taste-wise, sedap and satisfying.

Not overly fancy, but comforting in its own way dan yang penting harga pun reasonable, so memang sesuai untuk casual celebration tanpa rasa bersalah nak spend lebih.



sebab siang dah banyak minum manis..so minuman besyer-besyer je tapi juice tu memang real juice la...cukup pekat, masam dan refreshing


Cheesy Nachos for appetizer...sedap!!!


Birthday boy x lapar tapi rasa nak mengunyah katanya



Ribeye Steak medium well of course for mem besau


Grilled Teriyaki Chicken Chop for the birthday boy


sedap dan SA pun makan ni sekali...


dia cakap portion besar betul...


Happy face sebab dapat makan steak


Dah kenyang jom balik hotel



It’s the Little Moments that Matter sebenarnya kan?

Honestly, tak ada pun moment besar yang “wow”.

Tak ada kek besar, tak ada decoration, tak ada surprise plan. Just us, sitting across each other, makan, borak benda random, gelak over small things.

But that’s the thing. Kadang-kadang kita rasa celebration kena grand baru bermakna. Padahal sebenarnya, moment kecil macam ni tenang, simple, and genuine lagi lama kita ingat. I could see he was happy. Relaxed.. enjoying the time and for me, that’s more than enough.

Belated, but still special. 

Belated birthday celebration mungkin nampak macam “terlewat” tapi sebenarnya tak mengurangkan apa-apa pun. Sebab at the end of the day, it’s not about the exact date. It’s about the time we make for each other...gittew...

Dan SA rasa, tempat atau restoran macam Ms. Elliot make it even better. The kind of place that doesn’t try too hard, but somehow fits perfectly for moments like this.

Until the Next One 

Semoga ada lagi moment kecil macam ni in the future yang tak dirancang, tak perfect… but full of meaning.

Happy (belated) birthday, sayang Khairul Khaidi Adrutdin...

Dan untuk korang pula....SA highly recommended Ms Elliot....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah