Showing posts with label Majlis Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Majlis Ilmu. Show all posts

Wednesday, February 25, 2026

Kelas Tajwid Pertama Bulan Puasa

Assalamualaikum wrt...

Hari ni kelas tajwid lagi tapi kelas pertama di bulan puasa...hari ni x ramai plak attendees..perempuan berapa kerat je ada..Masing-masing  sedang sibuk dengan urusan kerja..lepas tu hari ni ada Board  Meeting plak...makanya ada la yang berkenaan x dapat join. .

Jom tengok apa yang sempat SA snap..lebih kepada bab pelajaran la sebenarnya..SA share kat sini boleh sama-sama dapat ilmu





Cuba cari mana SA
















 

Sebenarnya banyak lagi yang nak kena belajar..x habis pun gajuk hari ni....memandangkan masa x cukup kan..kalau kat masjid kelas macam ni lama dalam 4-5 jam..

Kelas kurang dari 2 jam ni x banyak boleh catch up kan...bertabahlah kami...tapi kelas ni sampai hujung tahun insyaallah...

SA tengah tunggu  risalah lengkap dari Ustaz...harap-harap dapat cepat..waktu rehat 1/2 jam boleh belajar dan ulangkaji kan...sebab kelas Tajwid setiap Rabu je....kelas Fiqh setiap hari Isnin...

Friday, December 5, 2025

Bacaan Surah Ad-Dhuha Dalam Rumi dan Terjemahan

Assalamualaikum wrt..

Jom ulangkaji skit...sama- sama kita belajar dan refresh semula...


وَالضُّحٰىۙ
Wad duhaa
Demi waktu dhuha
 
وَالَّيْلِ اِذَا سَجٰىۙ
Wal laili iza sajaa
Dan malam apabila ia sunyi-sepi

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلٰىۗ
Ma wad da'aka rabbuka wa ma qalaa
(Bahawa) Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak membencimu

وَلَلْاٰخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْاُوْلٰىۗ
Walal aakhiratu khairul laka minal oola
Dan sesungguhnya kesudahan itu lebih baik bagimu daripada permulaannya

وَلَسَوْفَ يُعْطِيْكَ رَبُّكَ فَتَرْضٰىۗ
Wa la sawfa yu'teeka rabbuka fatardaa
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikan kepadamu sehingga engkau reda

اَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيْمًا فَاٰوٰىۖ
Alam yajidka yateeman fa aawaa
Bukankah Dia mendapati engkau yatim lalu melindungi?

وَوَجَدَكَ ضَاۤلًّا فَهَدٰىۖ
Wa wajadaka daallan fahadaa
Dan Dia mendapati engkau dalam kesesatan lalu memberikan petunjuk

وَوَجَدَكَ عَاۤىِٕلًا فَاَغْنٰىۗ
Wa wajadaka 'aa ilan fa aghnaa
Dan Dia mendapati engkau miskin lalu memberi kekayaan

فَاَمَّا الْيَتِيْمَ فَلَا تَقْهَرْۗ  
Fa ammal yateema fala taqhar
Maka terhadap anak yatim, janganlah berlaku kasar

وَاَمَّا السَّاۤىِٕلَ فَلَا تَنْهَرْ  
Wa ammas saa'ila fala tanhar
Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdik
 
وَاَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ  
Wa amma bini'mati rabbika fahaddith
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan sebagai tanda syukur

 


 Kelebihan dan Manfaat Surah Ad-Dhuha

1. Dimurahkan Rezeki dan Kehidupan yang Mencukupi

Amalan membaca surah ini dikaitkan dengan kemurahan rezeki, terutamanya apabila disertai dengan solat sunat Dhuha. Dalam satu hadis riwayat Abu Dawud, Rasulullah SAW bersabda bahawa mereka yang mendirikan solat sunat empat rakaat di awal pagi, Allah akan mencukupkan keperluan mereka sepanjang hari.

2. Perlindungan daripada Musibah dan Ancaman Luar

Menurut Ustaz Muhadir Haji Joll, membaca Surah Ad-Dhuha sebanyak tujuh kali ketika matahari terbit dan terbenam akan melindungi pembacanya serta keluarganya daripada musibah, sihir, binatang buas dan kecurian.

3. Penguat Semangat Saat Putus Asa

Tok Guru Nik Aziz pernah menyatakan bahawa setiap kali membaca surah ini, seolah-olah Allah sedang berbicara secara langsung dengan dirinya. Surah ini amat sesuai dibaca ketika sedang dilanda tekanan hidup, berasa kecewa atau berputus asa.

4. Meredakan Tekanan dan Keresahan Hidup

PU Amin pernah menyarankan agar ayat kelima surah ini diamalkan bagi mereka yang sering merasakan hidup serabut, masalah kewangan atau keluarga yang tidak terkawal. Ia dapat membantu meredakan tekanan dan memberikan ketenangan.

5. Mendidik Jiwa untuk Bersyukur

Ayat terakhir surah ini menekankan pentingnya menyebut dan mengingati nikmat yang Allah berikan sebagai tanda syukur. Dalam surah Ibrahim ayat 7, Allah berjanji akan menambah nikmat bagi mereka yang bersyukur.


Semoga Bermanfaat dan salam Jumaat buat semua...


Wednesday, February 15, 2023

Ceramah Perdana "Ibrah Peristiwa Israk Mikraj" Oleh Ustaz Dato' Dr Izhar Ariff

Assalamualaikum..

Hari ni SA dan kawan- kawan office berpeluang menghadiri majlis ilmu Ceramah Perdana " "Ibrah Peristiwa Israk Mikraj" Oleh Ustaz Dato' Dr Izhar Ariff yang merupakan Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ceramah ini bersempena dengan sambutan Israk Mikraj pada Sabtu nanti...

Majlis bermula pada pukul 12.30 dan alhamdulillah majlis berjalan lancar...SA x berapa kenal ustaz ni...kenal Samsul Debat je...hahaha...rupanya Ustaz ni pun popular dan mempunyai ramai pengikut di media sosial...kelakar sama lebih kurang dengan Samsul Debat.





Nampak jerawat tu x? dia macam bukan jerawat tau...x tau apa..x surut2 dan kalau jerawat dah tentu menanah ke apa kan...ni dah 2 mingu dah...macam tu je keadaanya..


Boleh than jugak kehadiran








Memandangkan majlis ini di adakan waktu lunch tengahari so makanan memang dah disediakan...SA ambil la makanan cuma SA x makan..SA bagi kat kakak cleaner..SA dah bawak bekal kan...sayang plak kalau tak makan bekal tu...jom tengok bekal SA hari ni...


Sup Ayam by Pak Zain..SA olah tambah daun sup dan bawang goreng yang goreng sendiri ye...masa panaskan tadi semerbak bau..sorry kawan2 kalau tergoda..


Ayam masak merah patut nak bg akak cleaner..dia x nak plak..erm..orang lain pun x nak..so SA makan aje



Nasi sesenduk


Alhamdulillah rezeki hari ni...dapat ilmu..dapat makanan untuk tengahari, SA panjangkan rezeki bagi kat kakak cleaner..sama- sama merasa kan...bagus kalau kongsi sama- sama untuk elakkan pembaziran...nasib nasi hujan panas tadi ada dalca, papadom, acar dan telur sebiji..ada ayam masak merah kakak cleaner tu x nak...dah jemu dik...katanya...takpe la janji rezeki tak terbuang...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah