Showing posts with label Masakan NS. Show all posts
Showing posts with label Masakan NS. Show all posts

Wednesday, August 15, 2018

Masakan Eksotik Menu Masakan Tradisional NS

Hi korang...

Hari Isnin semuanya kepenatan...SA decide malas nak masak...takde selera nak masak sebenarnya...see..tukang masak pun ikut mood masak tau..bukan hari- hari rajin nak masak...penat sebenarnya masak ni...bila sesekali gantung kuali, tak perlu masak dan beli lauk kat luar adalah heaven sangat..ikutkan mana sama lauk luar dengan lauk kita masak sendiri kan...kebetulan balik dari klinik singgah sekejap kat gerai yang jual lauk pauk Masakan NS. Ada juga masakan Eksotik yang dijual disini tau..Masakan dari Kulit Lembu/ Kerbau..SA tak tau macam mana proses masakan ni tapi SA beli sebab nak rasa...Gerai ni terletak ni tepi jalan jer berdekatan dengan Restoran Warisan dan nama kedai ni Kedai Ain, Persimpangan Seri Menanti. 

SA memang perasan gerai ni dah lama dah..betul-betul lokasi kat persimpangan Seri Menanti tu..area tu ada sawah bendang tau..sekarang ni kalau pi makan area tu sure cantik bergambar..sebab padi tengah subur menghijau..cantik je pemandangan. SA mula- mula nak makan kat situ je..tapi sebab Dania nak balik sekolah dah masa tu dan kebetulan orang ramai, SA decided bungkus aje..nak ambil gambar atau video segan sebab ramai sangat orang. Famous betul kedai ni..menyesal tak singgah dulu lagi..hehehe..


See...berbungkus- bungkus lauk SA bungkus



Lauk Eksotik > Jangek (Kulit Lembu/Kerbau) Masak Lemak Cili Api...kuah dia pekat..lekat..pedas....ya allah...sedapnyaaaa...rasa jangek ni kenyal- kenyal macam tetel..sedap...


Daging Salai Masak Lemak Cili Api campur Terung Telunjuk


Burung Puyuh Masak Lemak Cili Api dengan Nanas


Pucuk Maman Jeruk Masak Lemak Cili Api

Balik tu masak nasi dan SA tambah plak dengan sambal belacan dan celur kangkung


Sambal Belacan


Sayur Kangkung Celur


Kacang Botol ni ambil kat kampung..SA x suka yang besar2..suka yang kecik- kecik..cili api tu buat ulam gak..ambil yang muda...lemak- lemak manis gitu


Sedap semua masakan tu..,cukup segala rasanya dan tak pelik la bila ramai yang singgah makan kat situ..gerai ni buka untuk minum pagi, makan tengahari dan minum petang..setiap kali lalu memang penuh gerai ni..yang datang singgah orang- orang kampung sekitar, orang- orang tempatan dan ada yang dari luar NS jugak...famous dah gerai ni...masakan lebih dari 20 jenis kalau untuk hidangan tengahari...Yang SA bungkus tu yang jarang SA masak la..Jangek tu memang tak pernah masak..ini kali ke 2 SA makan Jangek..sebelum ni makan kat rumah orang kenduri...kalau kat Indonesia, Kulit Lembu atau Kerbau memang dijadikan makanan ringan seperti keropok..kat NS dibuat masakan..jangan tak percaya kaki lembu pun boleh dijadikan makanan eksotik yang sedap tau..ada je yang pandai masak tapi SA x pernah cuba lagi...Otak lembu pernah makan?SA pernah dan suka sangat...banyak sebenarnya masakan eksotik NS..cuma tak sempat nak buat coverage je...

Okey korang..

Jumpa lagi next entry....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah